Makan Makan Arabian Food di Zaituna Restaurant, Johor

Makan Makan Arabian Food di Zaituna Restaurant, Johor || Ya Habibi! Throwback hari Isnin lepas, Nona makan makan Arabian food kat sini bersama family. Alhamdulillah, puas hati, sama feedback seperti kawan kawan dan relatives lain yang berkunjung ke Zaituna Restaurant. Before makan makan sini, Nona ternampak dalam status kawan Nona, Solehah tu celebrate birthday kat sini. Nampak meriah je ada pak Arab bergendang segala... Hehe.. Dia cakap lazat, dan dah dua kali singgah! Haruslah Nona try jugak! Finally, lepas ngidam makan nasi Arab! Lama betul tak makan Nasi Arab kat mana mana kedai..Kalini try Zaituna Restaurant pulak. 

Sanggup tau aku ambil cuti hari Isnin, nak elakkan kesesakan masa sampai sebab kawan aku cakap, sini kalau hujung minggu memang ramai sungguh weh! Nampak nau lazat menunya ui! Jomm tengok aku makan apa sampai kembung perut! HAHA...

Arabian Food

Nasi Arab.

Nasi Arab

Wajiblah try nasi Arab kalau datang kedai Arabian food. Cuba perhatikan bebetul, nasi dalam tu berlainan warna. Kan? Yaaa, sebab dalam tu ada tiga jenis nasi yang berbeza iaitu nasi Makloubah, Kabsa & Mandi. Ikut sunnah Nabi gituh, makan dalam dulang beramai ramai. (Jangan lupa selawat)

'Dulang Offer' ni, harganya RM65, terdapat dua lamb dan dua chicken berserta tiga jenis nasi di dalamnya tau. Sangat berbaloi, dalam buku menu tu tulis menu dulang ni for two person but kami boleh makan empat orang kot! Cukup mengenyangkan sampai malam! (Kami datang dalam kul 3 petang)

Apa rasanya? Sedap sangat! Isi lamb shank dan ayam tuh lembut betul. Katakan gigi tak banyak, still boleh makan dengan berselera sebab lembutt sangat! Tak bau hamis pun. Member yang katanya tak makan kambing pun tetiba leh telan ek menu ni..Huhu~

Keluarga Nona suka nasi Arab kat Zaituna Restaurant, gigi mak Nona yang dah tak kuat pun tetap boleh makan jugak lamb shank dalam nasi Arab ni.. . Aaaaa..memang padu!

Kunafa

Kunafa

Oh, begini rasa kunafa! Tak pernah beli kat memana, so kita try this one. Wow, not bad lah! Kena makan ngap dengan isi dalam tuh baru ngam. Jangan makan tepi tepi gitu je, tawar pulak rasanya! Haha~

Baklava

Appetizer

Baklava sebagai appetizer.

Many types of baklava here! Perghhh, lazat, لَذِيذ, delicious baklava kat Zaituna Restaurant, JB nih! Rangup, isi pun banyak yang sedap, pelbagai flavour yang ada! I love most of the baklava here. Yang saiz kecik kecik tu memang sedapnya kat lidah dan tekak aku! Rasa nak kunyah sampai balik rumah...Haha! Nona memang peminat baklava ye tapi tengok juga isi dan flavour apa kat dalamtuh. 

Shawarma

Chicken Sandwhich Shawarma

Ini pun not bad! So nice, isinya menyelerakan jugak. 
Kalau tak makan ayam, kuranglah rasanya kan. 

Caramel

Cream Caramel

Manis dan sedap! My family loves this dessert too!

Okay, selain menu makanan Arab kat atas, we all try makan Pizza sini jugak ko

Pizza

Margherita Pizza

Paduuuu meletops! Try ler rasai nikmat makan Pizza kat sini! Ehhh, siap order take away lah time nak balik tuh! Hahaa, maybe sebab lama jugak tak makan Pizza, and murah kat sini, haruslah take away..tak puas makan situ...Kah!

Burger

Nak jugak try burger. Agak kering tapi bila dah ngap semua sekali dengan mayonis, sedap jer!
Lepastu makan dengan mushroom soup. Haaaa, lagi nice! Air pun ada pelbagai jenis. Gambar bergegar pulak. Aku minum air Roselle, sedaplah masham mashamm gituh!


Arabian

Nampak eksklusif! Terasa lah macam kat Arab jap. Tibber! 


Zaituna Restaurant

Terpulang kamu mahu duduk bawah atau duduk atas kerusi.
Bagusnya duduk ikut sunnah Nabi, kan?

Susun atur yang menarik, tengok sinki dalam gambar kat bawah pun menarik weh! Haha...

Zaituna Restaurant

Love the sink design ni oi! 


Baklava

Nak baklava tu, nak yang ni lah, errr....nak semuaaaa lah!
Overall, aku memang suggest sangat Zaituna Restaurant ni kat koranggg! Sepupu sepapat aku pun selalu cari baklava kat sini.. Baru tahu bila dah post kat FB haritu.. Kiranya memang lazat (لَذِيذ),  terbaiklah dan kena datang sini la bagi korang yang turun JB atau berada dalam JB ni ye... 

Zaituna Restaurant

Dibuka setiap hari.
Jam 11 pagi sehingga 11 malam KECUALI
 hari Jumaat, open pada jam 2 petang sampai 11 malam.

Alamat: 27 Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200, Johor

WhatsApp: +60137356645
Facebook: Zaituna JB





Post a Comment

17 Comments

  1. Sampai sekarang terasa-rasa kesedapan baklava dia .. haritu singgah beli tapau lagi hahahaha... sampai cashier dah kenai ..

    ReplyDelete
  2. Ni bukan tempat yg sama Sislin penah blog sebelum ni ke? Bila tgk nasi arab ni, terliur rasa sbb mmg kesukaan saya jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tuh.. Saya baca blog dia tuhlah jadik teringinn.. Hahaa

      Delete
  3. Sedap semua menu
    terliur tgk.pizza.tu yummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, sedappp... Pizza tu lagi lerrr sedapppp! Hehee

      Delete
  4. Banyak Nona pesan tapi itulah alang-alang jalan jauh makan banyak nanti sampai rumah lapar balik. Hehe.
    Ramai buat ulasan sini sedap. Baca pos SK pun kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. Ye jugak... kalau balik jauh, lapo semula .. Bagi tekak rasa shedap shedap sesekali gitu aje.. mantap.. kan.. hehee...

      Delete
  5. Sedapnya..feveret nih..jarang beli kunafa, baklava..manis bebenor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapp.. haha.. ya.. ada memang manis . lelagi kunafa.. kan

      Delete
  6. aduyai sedapnya nasi arab lamaa mama x makan, bila tgk makanan kat zaituna ni terus terliur la nona

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoa... Boleh mencari tu Mama.. hehehe.. Nanti teringat ingattr...

      Delete
  7. Sapa2 kalau turun JB bolehlah singgah ke Zaituna Restoran ni

    ReplyDelete
  8. lamanya tak makan nasi arab.. kunafa smpai skrng busyra belum try sbb tak terasa nk makan..

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!