Selesai Tugas Sebagai Pengapit. Selamat Pengantin Baru Ziqah dan Suami

Selesai Tugas Sebagai Pengapit. Selamat Pengantin Baru Ziqah dan Suami || Panjang tajuk entri ye. 13 Ogos lepas aku diberi tugas sebagai pengapit! For the first time eh! Haaha... Cuba untuk menolak tapi pengantin dah request jugak.. Ok.. i is pasrah... 

Serious tak reti sebab kadang tengok pengapit buat tu, kadang tengok tak buat pun benda tu . Hahaha.. Ikut situasi majlis... Aku pulak datang hari majlis je.. komunikasi semuanya melalui phone.. Lepas aku beli baju sendiri ikut warna yang dia inform, then dia bayarkan duit baju! Bila tiba hari kejadian, sambung briefing nak kena buat apa bagai nanti๐Ÿ˜… Berdebar debar jadi pengapit mengalahkan pengantin rasanya. Kahhh! 

Dalam otak aku, camana kalau terpijak gaun dia yang labuh tu, then pengantin terjatuh.. camana kalau tetiba rasa nak terkentut, nak terkucil masa kipas mengipas tuh ๐Ÿ˜‚ Ishhh, memacam lah perasaan dan fikiran i time tu tau! 

Jadi bridesmaaid tak pernah, inikan pula pengapit.. Haha.. Tak dapat imagine weh! Haruuu!

Akhirnya, tiba masa yang dinanti. Hari persandingan mereka. Aku tak datang masa nikah sebab masatu hari Khamis, pulak kat Batu Pahat... Tak dapat nak cuti.. Sabtu jadi pengapit untuk majlis persandingan. 

Pengantin Baru

Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah.. Telah temukan Haziqah dengan husband, yang boleh teman, menjaganya dan hidup susah senang bersama. Kitaorang kurang berjumpa dah... tapi sentiasa tengok status memasing lah.. Kadang whatsapp.. Gituh.. 

Semoga Allah lindungi perkahwinan Nurul Haziqah dan husband. Semoga Allah kurniakan kesihatan, rezeki yang melimpah dan zuriat yang baik buat mereka berdua... Amin ya Rabb! 

Pengapit

Chak! 

Thanks Fiza for the picture!
I plan nak diet.. harap nampak slim masa jadi pengapit.. Sekali....non hado... Nafsu makan menjadik awak! 

Bride

Beautiful bride! 

Suka gila lah tengok gaun tuh! Teringin jugak nak sarung tapi kena kurus lah.. Huhu.. Bertemakan English wedding, nampak elegant ui! 

Raikan Cinta

Amin doanya!
Thanks Ziqah for invite me. 

Majlis Perkahwinan

Zul & Azian. 

Sekian lama tak jumpa dorang!!! Lepas habis Diploma, memang tak jumpa at all ler..Rupanya Zul kerja dekat area tempat aku jugak.. dalam Pasir Gudang ni ha.... Tinggi orangnya.. Bila bergambar kena menunduk gitu.. Hahaa. Dalam gambar pun nampak beza, kan?!  Rindu zaman belajar dulu.. Tua dah aku ek.. Bertahun tinggalkan zaman dulu... Sobbs.. Lap air mata ๐Ÿฅบ

Sesungguhnya, haritu..Yan banyak membantu.. Dia tolong angkat kek kahwin yang dua tingkat tu di saat aku kerisauan nak angkat kek tu... i is syeram lahh! Thanks Yan!!! Ingat nak suruh dia je jadi pengapit ๐Ÿ˜‚

Tugas pengapit

Done bertugas. Pegang bunga pengantin, kot kot melekat pasni. 

Sorry ye Ziqah and husband atas kekurangan i sepanjang menjadi pengapit you sehari. Ada masa terlari, terhilang kejap dan terlupa pulak jadi pengapit.. Bukan tetamu, pengapit oi.... Adoi...Yang pasti, takda adegan kipas mengipas guna kipas pelamin pon ๐Ÿคฃ Bagi bunga telur, senyum, ucap thank you.. Pass kipas tangan bagi pengantin pegang sendiri! Alhamdulillah, majlis selesai. Nampak untuk majlis bertandang pun settle. Syukurlah!

Selesai Tugas Sebagai Pengapit. Selamat Pengantin Baru Ziqah dan Suami ๐Ÿ’•





Notahati: Majlis aku nanti nak buat malam hari lah..









Post a Comment

12 Comments

  1. Tahniah buat mempelai
    Tunggu giliran pengapit pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Thank youuu ๐Ÿ’• Ya.. giliran pengapit pulok ๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. Tahniah buat pasangan pengantin .. Sama cantik la nona dan pengantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... Haha.. Pengantin moreer cantik... ๐Ÿ’•

      Delete
  3. Buat malam sanding ke? Hehe amin.
    Pengalaman itu jadi pengapit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. ye.. nak buat malam la sanding.. ok tak.. hahaa.. Kejap je masa persandingan nnti .. cuma photoshoot kt luo.. cam takda ler

      Delete
  4. Ok lepas ni giliran awak plak di apit heeheh

    ReplyDelete
  5. Sis doakan lepas ni datang jodoh Non yaaa.. aamiinnn

    ReplyDelete
  6. Selamat Pengantin Baru Ziqah dan Suami!

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!