Berbuka Puasa dengan 'Santapan Rasa Paragon' Buffet Ramadan, Grand Paragon Hotel, JB

Berbuka Puasa dengan 'Santapan Rasa Paragon' Buffet Ramadan, Grand Paragon Hotel, JB

Berbuka Puasa dengan 'Santapan Rasa Paragon' Buffet Ramadan, Grand Paragon Hotel, JB|| Ramadan bakal tiba tak lama lagi pada Mac 2024 ni. Eh, betul ke Nona update bulan ni, bulan Januari?? Awal lagi kan! Uit awak, sekarang dah bulan Rejab.. Pejam celik, pejam celik, dah bulan Ramadan! Sekejap saja masa berlalu nanti. Tiba tiba dah nak puasa, and seterusnya raya. Oleh sebab itu, awal awal ni Nona nak share tentang buffet Ramadan kat JB ni yang korang boleh singgah untuk Berbuka Puasa time Ramadan nanti. Save sesiap! 😃 Tak kalut! Jom try Berbuka Puasa dengan Santapan Rasa Paragon Buffet Ramadan, Grand Paragon, Hotel, JB ❤️

Nikmati variasi Juadah masakan ala ala kampung Dan fusion yang enak lagi mengujakan! Terdapat lebih 100 jenis hidangan pada setiap hari di Cafe Para Para level G sepanjang bulan Ramadan soon!

Lemang

Lama tak makan lemang... Bila tiba bulan Ramadan, of course ada Syawal vibes kan..hihi... Bukan sahaja lemang, ketupat pun ada ye 😄

Siput sedut
Siput Sedut. SURRR! 🫶

Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had yang disajikan dalam TUJUH MENU ROTASI yang memaparkan sajian yang istimewa terdiri daripada Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsah & Telur Rebus Safron, Siakap Goreng bersama Sos Kerabu Mangga, pelbagai Kerabu Somtam, Thai Laksa, Dan pelbagai jenis Lok Ching. Selain itu, terdapat juga menu istimewa seperti Ekor Asam Pedas Siput Sedur Masak Lemak Cili Padi, Ikan Bakar Maroo bersama Herba, Ketam Goreng Cili, Udang Goreng Bersalut Nestum, Sotong Goreng Telur Masin, Kawah Umbut, Gulai Daging Dan banyak lagi Tau! 

Kambing

JOM MAKAN KAMBING TIME BERBUKA PUASA

Selain daripada hidangan utama, terdapat juga kepelbagaian makanan pembuka selera seperti bubur lambuk, pelbagai jenis satay, Mee Goreng Mamak Style Penang, Sup Utara Berempah, Dan banyak lagi pelbagai jenis ikan, bakar, sup Utara, pelbagai jenis Kerabu, salad segar Dan many many more! Kalau nak rasa makanan sihat, boleh try ulam ulaman segar bugar kat sini! 😍

Sup tulang

Buah buahan

Buah buahan tidak dilupakan. Pelbagai jenis buah buahan, sayur sayuran, ulam ulaman, Dan sambal tersedia untuk time Berbuka puasa. 

Bubur Lambuk

Bubur lambuk adalah menu Wajib you all kena try Kalau pergi sini sebab sedap Dan tak sia Sia makan. Bulan puasa memang sedap Kalau start Berbuka dengan ni ye... Berdekatan dengan temapt bubur ni, ada orang goreng Mee goreng. Terliur je aku tengok, terus mintak sepinggan! Haha.. And jangan lupa jugak pemanis mulut, one of special hidangan kat sini iaitu DURIAN GORENG! 🥰 Kuih Muih, kek, Dan Puding semestinya turut memeriahkan ruangan dessert tu ~

Air minuman

Air takda ke?? Ishhh, mestilah ada awak! Bukan air biashe biashe ye.. Air kat sini special tau and Kalau nak Air Batu Campur pun ada awak! Pelbagai pilihan minuman yang menghilangkan dahaga, seperti air tebu, air jagung Royale, air Bandung, Air Yogurt Mangga, Yogurt Anggur Dan macam macam lagi lah!!  Aiskrim pun ada! 

Lokcing

Nice, kat sini ada itik Dan lokcing tu! Semua yang Nona ambil, semua kena pada tekak. Itik kat sini dimasak lembut Dan juicy Tau! Nona excited bila tengok ada lokcing kat sini! 😃 Berbatang batang I ambil lokcing nya! My favourite!

Angklung

Selain Dari hidangan makanan Dan minuman yang enak, para pengunjung jugak akan dihiburkan dengan persembahan Angklung pada setiap malam bermula Dari 13 Mac sehingga 8 April 2024 😍 Seronok ye dengar...Tenang je masa makan tu dengar bunyik alat Muzik Tradisional ni, lagi lagi bila keluar lagu sempena bulan Ramadan. Hehe.. 

Ok, apa lagi nak tunggu, Jom try 'Santapan Rasa Paragon' on Ramadan nanti!! Kalau Nona, memang book harga early bird lah awal awal 😆 Gambar menu lain, seperti biasa di Facebook Nona Qiyah ye.


BUFFET RAMADAN: SANTAPAN RASA PARAGON


✅ DATE: 13 MARCH-8 APRIL 2024
✅ TIME: 7PM-10PM
📍 CAFE PARA PARA 

⏩ADULT: RM155.00 nett
⏩CHILD: RM75.00 nett (5-11 years old)
⏩SENIOR CITIZEN: RM110.00 nett (55 years and above).

But, if you buy or purchase on OR Before 29th February. Boleh dapat harga EARLY BIRD OFFER iaitu RM128 nett adult ✅ 

✅ EXCLUSIVE OFFER: RM110 nett adult (Dine in 1st week of Ramadan (13 Rd March-17th March) -Limited to 50 seats per day

⏩ For Booking& Inquiries

Handphone number- 0167337463
Telephone Number - 6072685255

Terms and conditions apply | Prices are inclusive of service tax 



Post a Comment

10 Comments

  1. Wah! Promosi Berbuka Ramadan dah bermula!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye! Hehe..Masuk list awal awal ler...Cepat jer masa berlalu nanti ❤️

      Delete
  2. Nampak pekat masak lemak siput sedut tu. Kambing pun mengiurkan 🤤

    ReplyDelete
  3. wah awal dah ada promosi ramadhan. semua menu nampak sedap

    ReplyDelete
  4. wahhh kambingg golekkkkk!
    arrrhhh siput sedutttt sedapnyaaa!

    ReplyDelete
  5. Menu berbuka puasanya benar-benar mengundang selera, Mbak.
    Dipandang mata saja sudah bikin lapar...

    Salam,

    ReplyDelete
  6. Kalau santapan buka puasanya sedap begini,pasti puasanya semangat ya sis😀👍

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .