Lunch dengan Buffet Boss Serendah RM28+ di ibis Style Johor Iskandar Puteri || Pertama kali jejak ke ibis Style Johor kat Iskandar Puteri last week. Baru kutahu inilah satu satunya hotel yang berdiri teguh kat sekitar kawasan perindustrian. Akhirnya daku sampai ke sini jugak untuk mencuba Buffet Boss yang berharga murah iaitu Serendah RM28+ sahaja?!! Tak menahan tengok iklan gambar gambar makanan kat tempat dorang.. Teringin try sendiri rasanya Dan kualiti makanan.
Masuk masuk je nampak interior design hotel yang simple tapi bersih Dan menenangkan. Kelihatan dinding yang bermotifkan coklat. Ini adalah kerana ownernya merupakan seorang pemilik kilang pembuatan Coklat. Huhu.. Ok jom kita masuk tengok apa ada dalam Buffet Boss ni sebenarnya?
Dari cermin kereta. Snap satu gambar!
Bersih Dan selesa ruangan makan di ibis Style Johor.
Sekiranya ada plan nak buat private event kat sini, mereka ada menyediakan sebuah ruangan khas untuk untuk apa jua private event. Muat dalam lebih kurang 30 orang. Barulah terasa lebih dekat dengan team atau keluarga yang dijemput hadir, betul tak. Hehe.. Modal tak perlu banyak tapi masa yang diluangkan bersama tu sangat berharga. Ewah!!
My favourite!
Selain itu, terdapat jugak sayur sayuran seperti salad, ulam ulaman,.kerabu Dan lain lain lauk yang menyelerakan! Member Nona suka betul dengan Daging masak kicap kat sana sampai bertambah tambah kuahnya lagi. Bukan sahaja lauk Pauk malah terdapat jugak menu
Sup Tom Yam, Dan
bubur kacang merah sebagai pembuka selera.
Dessert, buah buahan Dan aiskrim turut tersedia kat sana ye! Ya, complete dari makanan berat sehingga ke dessert! Aku suka sangat kek Choco Oreo tu! Mantap sedap! Berketul ketul Masuk mulut! Haha
Bagi Nona, Memang berbaloi harga dengan sajian yang dihidangkan. Makan bertambah tambah selagi ada masa. Ye tak?
Ruangan Coffee pun ada Tau. Bukan tiga jenis minuman ni je yang ada. Bolehlah mengopi setelah Makan semua!
Rojak jangan dilupakan. Sedap kuah rojak tu. Secukup rasa!
Semua terjaga rapi dari segi kesihatan Dan keselamatan makananyya. And also ada
HALAL Certified ye! Boleh makan tanpa ragu. Gituh! Gambar lain ada di
Facebook Nona
Overall, semua just nice. Juadah yang cukup mengenyangkan, not bad rasanya, tempat selesa, Dan harga murah!! Nona loves it! Korang pun kena try Buffet Boss ni ye. Suggested!
Info seperti di bawah:
Masa: 12:00PM - 2.30PM (Isnin-Jumaat)
Harga: RM28+ Sahaja
Contact atau Hubungi
Sosial Media
Syukur, Alhamdulillah! Kenyang betul!
12 Comments
murah tu RM28+ je...byk jg menu nya...rojak kangkung dah lama tak makan..
ReplyDeleteHa ah murah..dia ada plus sebab tax 6% gitu.. hehehe..
DeleteFavorite saya rojak tue....
ReplyDeleteWhoaa..sama macam mak sayaaa
Deletemurah sangat pada kak ana ni Nona , menu pun nampak okay semua :)
ReplyDeleteYe betul...Murah sangat dah..hehehe
DeleteJarang dapat harga murah macam ni. Berbaloi tu dapat menjamu selera macam-macam menu. Lagi best kalau dapat menginap di sini kan.
ReplyDeleteYe..jarang nak dapat harga tu sekarang..Berulang kali pulak tu leh makan..hehe..
DeleteBetul, lagi best kalau dapat menginap! Ehek..
salams adik manis, kakmieja BW....
ReplyDeleteTQ Kak Mieja Manis sudi menyinggahhh..
DeleteHarga mampu milik
ReplyDeleteYup, betul betul betull
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .