Berselera Makan Sambal Ikan Kapak

Berselera Makan Sambal Ikan Kapak|| Aku jarang beli makanan yang jiran jiran jual. Tapi musim MRO ni buat aku rajin baca group jiran jiran untuk tahu aktiviti dan info dari dorang... So last week ada yang jual sambal ikan kapak ni.. Berselera pulak aku nengoknya..tambah pula mak aku pun bagi izin... Haa..Kita try ler..

Makan dengan nasi panas panas..
Sedap woiii! Padu rasanyaa! Disebabkan ikan kapak tu adalah ikan Masin, so rasanya pedas pedas masin, nak cakap rasanya macam sambal belacan pun iye jugak, tapi ni ada ikan kapak..

Bila makan dengan nasi goreng kampung, lagi terasa sedapnyaaa oi... Nikmat!
Ni bikin aku makan bertambah nok! Kih kihhhh ..

RM10.00 sebekas.

Dah dua kali beli..Makan seisi rumah..ngam sangat dengan tekak..

First beli, masin lebih terasa, second time beli, pedas lebih terasa..Haha.. apa pun, bersyukurlahhh...Sekurangya bantu dorang cari pendapatan di kala musim Covid nih.. Dan kita pulak makan sepuasnyaaaaa.....

Jiran-jiran uols camana? Ada jual macam macam takkkk?Musim cenggini? Lehla share...

Actually, aku jealous tengok orang lain sambung berkurung at home sedangkan aku masih kerja...kah... Tapi bersyukur masih ada kerja...Alhamdulillah..jangan mengeluh.. Walaupun takut takut nak keluar gi kerja..




------------------------


 Cepat lah hapus wabak durjana Covid 19 ni... Amin.

7 comments:

  1. aaa sedapnya! baca pkul 1 pagi pulak, peh laparr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kahh.. sabo jela kann.. dah baca time time gituu....

      Delete
  2. Oitt orderkan hahahaha...
    Nona ko keje pun untuk bantu negara gak Nona, kalau ko tak keje, takdelah kami nanti nak makan tepung MFM tu heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM.. haahhaa.. sis, buat sendiri aje lerrr.. buat rasa pedas pedas.. ahhahaha..

      Delete
  3. jiran2 aku takde jual ape2..huhuhu
    aku rasa nak menjual brownies tapi kedai bakery tutup pulak..sobsss

    ReplyDelete
  4. pergh!!memang bertambah makan kalau dapat sambal macam nie..
    Setakat ini, beli roti dengan kuih je dekat jiran..

    ReplyDelete
  5. Perghhh nama sambal ikan tu 😎

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐