Hipnosis Bukan Seperti Dalam Movie- Tiada Babak Hayun Jam Poket Depan Mata!

Hipnosis Bukan Seperti Dalam Movie- Tiada Babak Hayun Jam Poket Depan Mata!

OH, HIPNOSIS?! || Hipnosis. Pernah dengar? Of course! Dalam TV, banyak drama menampakkan pasal seseorang dihipnosis. Ada manusia tak ingat apa yang berlaku, maka orang tu melalui proses hipnosis untuk mendapatkan jawapan. Jawapan yang pasti gituh. Kita pun percaya ~ Aku pun macam...OHHHHHH camtu eh Hipnosis??
Kadangkala terdapat adegan di mana seseorang itu melalui cara hipnosis dengan menggunakan sesuatu yang dihayun di hadapan matanya, biasanya menggunakan jam poket.. Tahu jam poket? 
Kononnya, penghipnosis tersebut boleh membuatkan seseorang itu memasuki alam tidak sedar dan boleh bercakap benar dengan memberitahu segala maklumat yang ingin diketahui.
Adegan tersebut sangat menarik kerana bukan itu sahaja kaedah hipnosis yang dilakukan. Terdapat banyak lagi kaedah-kaedah hipnosis yang didakwa mampu membuatkan seseorang itu memasuki alam yang mereka tidak sedari.
Persoalannya, adakah kaedah ini benar-benar digunakan? 

Adakah cara hipnosis seperti di atas sesuatu yang benar?

hipnosis
Sebenarnya hipnosis adalah satu proses terapi psikologi, tetapi ia sering disalah tafsir dan tidak begitu banyak dipraktikkan.
Untuk menjalani terapi ini, seorang ahli hipnotis atau hipnoterapi yang berkelayakan akan membawa anda pada keadaan relaksasi yang mendalam. Kadang-kadang ia digambarkan sebagai satu keadaan seperti anda sedang berkhayal.
Semasa anda berada dalam keadaan ini, ahli hipnotis boleh membuat cadangan yang direka untuk membantu anda menjadi lebih terbuka kepada perubahan atau penambahbaikan terapeutik.
Perasaan seperti berkhayal ketika dihipnosis ini bukanlah satu keadaan yang pelik atau baharu. Jika anda pernah menonton filem dengan khusyuk atau pernah berangan dan mengelamun, keadaan tersebut adalah sama sahaja dengan keadaan ketika anda dihipnosis. 
Walau bagaimanapun, tidak seperti adegan-adegan lazim terapi dalam sesebuah filem, proses ini sememangnya tidak melibatkan sebarang ayunan sesuatu barangan seperti jam poket di hadapan mata seseorang individu.
Malah, proses hipnosis ini tidak dilakukan sebagai sebahagian daripada aksi hiburan yang dipertontonkan kepada orang ramai.

Mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan cara hipnosis!

Terdapat beberapa mitos berkaitan hipnosis yang sering digembar-gemburkan dalam masyarakat. Mitos atau salah faham ini mungkin sekali berlaku akibat pengaruh filem atau drama berkenaan terapi ini.
Mari kita lihat apakah mitos-mitos yang sering kita salah anggap berkenaan dengan cara hipnosis.

#1. Ahli hipnotis mempunyai kuasa ajaib

Sekali dengar sahaja kita sudah tahu bahawa ia sememangnya satu idea yang salah. Ramai yang menganggap bahawa ahli hipnotis ini mempunyai kuasa tertentu disebabkan oleh pengaruh filem. LOL.
Kebenarannya ialah, ahli hipnotis TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KUASA AJAIB seperti yang anda lihat melalui filem atau persembahan silap mata. Ahli hipnotis hanya mempunyai kemahiran tertentu, ilmu psikologi yang mendalam serta pemahaman terhadap jiwa manusia. 

#2. Individu yang dihipnosis mempunyai minda yang lemah

hipnosis
Ia ternyata adalah satu mitos. Sebenarnya, individu yang boleh memberikan penumpuan penuh dan mempunyai imaginasi yang kreatif akan menjadi ‘subjek’ terapi yang terbaik. Individu yang mempunyai ciri seperti berikut lebih mudah untuk memasuki keadaan hipnosis.
Ini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai ciri minda yang kuat adalah lebih mudah untuk dihipnosis.

#3. Anda boleh disuruh untuk melakukan apa sahaja ketika dihipnosis

Ini juga salah. Proses terapi ini tidak boleh menyuruh seseorang itu untuk melakukan sebarang perkara yang mereka tidak ingin lakukan.
Hipnosis boleh membantu seseorang itu untuk mencapai sesuatu yang diingini, TETAPI ia tidak boleh menyuruh seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini. 
Sekiranya sesuatu cadangan disarankan kepada seseorang yang sedang dihipnosis, dan cadangan itu berlawanan atau menyinggung perasaannya, individu tersebut boleh sedar daripada keadaan hipnosis dan berlalu pergi tanpa menamatkan sesi hipnosis tersebut.

#4. Anda boleh ‘terperangkap’ dalam hipnosis dan tidak boleh bangun

Seramnyaa! Haihh... Kebenarannya, tiada siapa yang pernah ‘terperangkap’ dalam situasi terapi ini kerana ia adalah satu perkara yang mustahil. Perkara yang paling teruk boleh berlaku ketika dihipnosis ialah anda didorong untuk terlelap dan tidur. 
Kan. Ada aku tengok movie tu, kalau tak jumpa pintu masuk yang awal tu, kita boleh terperangkap! Adoi! Percayalah, tiada siapa yang akan terperangkap dalam keadaan hipnosis ketika dihipnosis.

#5. Anda mampu untuk mengingat kembali semua perkara yang pernah berlaku semasa menjalani hipnosis

hipnosis
Ini juga adalah salah satu mitos yang sering berlegar dalam fikiran kita berkenaan terapi ini. Sesetengah ahli hipnotis menggunakan metodologi tertentu seperti hipnoanalisis yang mungkin membantu seseorang itu untuk mengingat kembali perkara daripada masa lampau jika ia bermanfaat untuk mereka. 
Pada kebiasaannya, tiada keperluan untuk melihat kembali kepada sejarah lampau atau memori lama seseorang individu tersebut. Ini kerana hipnosis adalah satu proses terapi yang menenangkan, bukannya yang memberikan tekanan.

#6. Cara hipnosis adalah sama dengan proses tidur

Anda mungkin kelihatan tenang dan seperti sedang tidur ketika dihipnosis, tetapi sebenarnya tidak! Semasa proses hipnosis dijalankan, diri anda sememangnya berada dalam keadaan sedar. Anda hanya berada dalam keadaan relaksasi secara mendalam, bukannya tidur.

#7. Anda boleh dihipnosis melalui internet

Pada masa sekarang, terdapat banyak aplikasi telefon pintar dan juga video internet yang mempromosikan cara hipnosis yang boleh dilakukan sendiri. Tetapi sebenarnya ia tidak begitu berkesan. Kajian pernah menyatakan, kebanyakan aplikasi yang menyediakan perkhidmatan terapi sendiri ini tidak dihasilkan oleh ahli hipnotis berdaftar atau organisasi hipnosis itu sendiri. 
Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini memandangkan ia tidak diselia oleh mereka yang berkelayakan.

Apa yang perlu anda fahami

Jelas sekali, apa yang kita fahami berkenaan hipnosis sebelum ini kebanyakannya adalah tidak benar sama sekali.
Adegan filem berkenaan bagaimana terapi ini dilakukan jelas sekali tidak benar dan tidak tepat. Pertunjukan silap mata atau sarkas dan juga filem telah mewujudkan satu stereotaip terhadap terapi psikologi yang dinamakan hipnosis ini. 
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Info lanjut : HERE 

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .