Padu Ayat Khalish dalam Drama 'Perempuan Itu'

Padu Ayat Khalish dalam Drama 'Perempuan Itu'

Padu Ayat Khalish dalam Drama 'Perempuan Itu' || Hai, korang layan drama 'Perempuan Itu' kat Tonton? Aku taklah layan sangat.. Langkah langkah jugak engok bila nampak beberapa scene lalu kat feed Facebook, Tik Tok ataupun Instagram.. Ramai geram Dan betul betul sakit hati ek 😡 Kalau dah terlepas episod, cari je kat Tik Tok, beberapa episod ada diupload part by part.. Fuh, confirm kita sebagai perempuan, akan terkesan serba sikit emosi bila menontonnya 💥

Siapa yang tonton drama ni mesti kenal ayat padu ni dari scene yang mana satu. Yaaa.. Scene si Emir tu kantoi ada scandal dengan girlfriend nya tu.. Tetiba access card ada pada wife Emir.. Haaa terkejut beruk dorang! Niat asal nak bergaduh dengan girlfriend nya sebab jealous..sekali terkantoi dengan bini sendiri..Adeh.. Antara ayatnya yang simple Dan padu:


 "Sampai bila awak nak bagi dia harapan? Saya pun perempuan, Emir. Saya paham apa dia rasa. Dia pun manusia jugak, rasa benda yang sama macam saya rasa"


"Kau pun tak selama lamanya nak jadi perempuan simpanan kan? Perempuan baik dia tak suka title tu"


"Awak sampai bila nak jadi munafik? Hidup dalam penipuan..Tipu, Tipu, Tipu lagi" 


Fuh! Lebih pilu bila Khalish cakap, ''Biar saya pinangkan dia". Perghhhh hancur hati rasa. Jarang jarang jumpa ada wanita yang sanggup pinangkan perempuan lain buat suami yang tercinta melainkan terpaksa sangat atau dipaksa. Errr. 

Dalam drama ni, watak Khalish yang dibawa Mimi Lana tu sejenis manusia yang matang dan bertenang. Dia bukan jenis perempuan yang meroyan tampar tampar laki selalu, terjerit jerit di khalayak ramai atau tarik tarik rambut orang ketiga apabila tahu dirinya dicurangi dan dikhianati. Cuma banyak memerli dan dia fikir sendiri apa yang dia boleh buat untuk membantu mempermudahkan urusan. Nangis serta kecewa pada mulanya tapi kemudian bangkit semula dengan rancangan tersendiri ✅ 

Kalau aku, memang mintak pisah dah. Mana mungkin suami aku boleh cintakan perempuan lain kalau betul sayang aku, kan!! Tak sabar nak tengok next jadik apa pulak! Bagaimana kehidupan setelah Emir (Zul Ariffin) dibenarkan berkahwin dengan perempuan lain yang dicintai tersebut.

Jujur aku sendiri akui, ada masanya sukar menjadi seorang perempuan! Kejap teremosi lebih, kejap termarah.. Kejap boleh bertukar balik mood tu 😂 Tapi kami sentiasa ingin difahami isi hati! Haha.. 

Ada orang cakap, ni macam sinetron Layangan Putus tapi versi Malaysia Dan ada perubahan sikit sikit.. Haaa..part kelainan tu kita kena tengok lah kan...Kikiki... 

Bunga Ros

Nasihat Buat Kaum Perempuan atau Wanita di Luar Sana:

⏩ Kamu boleh berteriak Dan menangis, akan tetapi kamu tidak boleh menyerah. Berjuang Dan terus kuat semangat! 

⏩ Perempuan adalah cahaya kehidupan, berharga bak emas Dan bunga yang mekar. Dia harus lembut tetapi bukan lemah. Dia kuat Dan hebat kerana dia luar biasa. 

⏩ Jadilah perempuan atau wanita yang berdikari Dan tahu diri (Bukan bererti tidak bergantung dengan lelaki langsung ya)

⏩  Wahai perempuan, bila banyak yang menyakitimu, itu maksudnya kamu orang yang baik. Ingat, hanya pohon berbuah manis yang dilempari batu.

⏩ Berusaha Dan berdoalah untuk menjauhi suami atau laki orang lain meskipun cinta kita mendalam sehinggakan jodoh mengatakan itu tetap jodohmu.  

⏩ Sayangi Dan Hargai Dirimu Sendiri. Salah satunya, boleh amalkan penjagaan rambut dengan baik jika pernah mengalami masalah rambut.  


Wahai lelaki terutamanya suami, jagalah hati Dan emosi wanitamu. Jangan menduakan semudahnya. Lebih lebih lagi jika tetiba si isteri mempunyai penyakit seperti penyakit endometriosis ni, supportlah kami sebagai perempuan yang kamu sayangi. 

Nah, ingat! Kalau suatu saat hati perempuan telah hancur. Baru baru ni aku ada tertengok video pasal ni... Tolong hadam..


Perempuan mencintai sepenuh hatinya. Oleh sebab itu apabila dia terluka, dia merasai sepenuh kelukaannya. Bukan kerana dia lemah tetapi kerana cintanya terlalu kuat.

 Kerana cinta, wanita menjadi luar biasa. Dan kerana cinta Dari perempuan jugak, lelaki biasa menjadi versi terbaiknya kan 🌹

Lagi, apa yang Padu Ayat Khalish dalam Drama 'Perempuan Itu' yang korang suka? Cuba bagitau sikit! Hihi..





Notahati: Hati sedang berdebar menunggu hari nak pergi healing 😅






Post a Comment

3 Comments

  1. Sy x follow sgt sbb x nak sakit hati tp part yg emir kawen tu sy tgk... mmg padulah ayat khalish... tenang je melontarkan kata²... so sweet katanya bila tgk frame gambar emir & sierra padahal sblm tu mukanya sedih giler... eh, sy tgk kat TT je... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..ada orang nak jaga emosi so sebabtu tak nak tengok..saya saja tengok sebab nak kelainannya apa dengan lagi satu cite yang dorang buat persamaan tu... hihi..tapi tu pun lompat lompat...

      Ye..Part tengok frame laki dy ngn orang lain kan..sedih

      Delete
  2. tak follow gak drama ni tapi tertengok part by part kat TT..Mmg sakit hati giler kalau kat tmpt khalish tu tapi dia rilex. Siap boleh pi pinangkan lagi penyondol tu..eiii kalau in real, mmg kena ganyang pompuan penyondol tu..Sis pun malas nak layan sebab tak nak sakitkan hati sendiri..tapi tertengok jugak sebab ramai share part sikit2 kat TT..udah sangkut pulak nengoknya..ni tgh geram kat mak bapak si khalish..tak ada bgi sokongan langsung kat dia..sian dia sorang2 tnggung semua...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .