Segmen: Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas PKP

Segmen Apakah Perkara Pertama Yang Anda Ingin Lakukan Selepas PKP || Dah lama tak join segmen, alang-alang soalan yang diberi tu menarik, aku nak join lah...


Apa perkara pertama itu?

Sudah tentu jogging di taman atau tasek berdekatan tempat tinggal aku. Untuk bercuti jauh, belum lagi rasanya sebab kalau semua dah pulih, banyak kena buat kat tempat kerja aku nanti, busy audit lah, busy itu ini. Susah jugak nak cuti. So aku cuma nak sangat jogging kat luar sana. Tak sama ye, jogging dalam rumah dengan lari atas treadmill, lagi syok lari kat tasik. Ok, itu aku mengaku. Dulu tak rasa macamni, tapi bila dah lama PKP, berubah pulak rasanya. Rindu. Lari sorang-sorang pun jadiklah... Walaupun dua, tiga round aje... KAH!



Selain daripada tu, nak jumpa nenek aku...Nun jauh di kampung Batu Pahat. Dapat cuti sehari dua, bolehla singgah kampung. Harap masa tu bolehlah cuti sekejap..sebab member lain confirm nak cutii jugak, kan! Sambung PKP sendiri jela. HAHAHA...

Ok, you guys, apa aktiviti pertama korang nak buat kalau PKP settle?? Tengok wayang? Makan di kedai favourite? Cuci mata kat mall? Lepak dataran? Hihi... Mesti banyak sangat aktiviti.. Jomlah join segmen ni Dan story, boleh buat topik entri untuk blog. Kan.. Dan Hadiah pun ada.... mana tahu kalau ada rezeki... Klik je banner untuk join sebelum due date tiba!

15 comments:

  1. Kalau Sis nak pergi pulau, nak tengok laut dan duduk atas pasir pantai...tapi.....

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab support dik. outdoor exercise salah satu perkara yang ramai org rindu, biasa dulu dlm perjalanan pulang dari office ramai org jogging sebab office pinggir pantai. so far belum terlintas nak join, tapi tengok ramai yg nak kembali menjalankan riadah sihat ni, terasa nak juga. smoga pkp segera berakhir dan c19 cepat2 nyah dari bumi ni

    ReplyDelete
  3. saya kalau susun perkara nak buat lepas pkp habis satu kertas A4. hahahha. moga semuanya baik2 lepas ni. good luck juga sis join segmen ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa, betul..betul.....moga semua baik-baik sajaaaa

      Delete
  4. Mudah2an cepat wabak covid19 ni berakhir
    Dapatlah berjogging semula

    ReplyDelete
  5. Perkara pertama : Nak pergi jalan jalan kat shopping mall hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Rasanya macam banyak sangat benda nak buat lepas habis PKP ni haha
    Kalau tulis tu kira boleh jadi novel la entry ni.
    Macam menarik ja segmen ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, buat novel..buat novel..Hiks ...Jemputlah joinnnn

      Delete
  7. nak naik kereta drive ke mana sahaja hati nak pergi, then stop minum kopi, lepas tu balik rumah...

    ReplyDelete
  8. Rindu nak keluar kan masa pkp ni.

    ReplyDelete
  9. ha'ah tak sama perasaan jogging atas treadmill dengan jogging dekat tasik ataupun nature.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐