Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022

Juadah Berbuka Hari Pertama Ramadan 2022 || Alhamdulillah, selesai berbuka pada harini. Tahun 2022 pasang niat nak berbuka puasa simple dan tidak terlebih lebih. Macam biasa, bulan puasa memang jarang masak untuk berbuka. So beli yang nak dimakan aje. Harini badan panas semacam. Tekak tak tahu nak makan apa.

Nampak sup pipi kat bazar macam sedap je, terasa macam lama tak makan. So order sup pipi lah. Sayur dan buah oren tu memang ada simpan dalam peti sejuk. Air kelapa beli tanpa gula dan ais. Kosong je.. Nak bagi suhu badan stabil semula. 

Selesema datang pulak lepas sakit tekak sehari dua lepas... Allah... Ujian betul awal Ramadan kalini. Mujur duk rumah je harini ngan esok.. Kalau dah kerja, confirm tak selesa kot.

       Buka puasa

Sup pipi, buah oren, mix salad and air kelapa for first day Ramadan. Actually kenyang je sebab lepastu banyakkan minum air masak. Seharian terasa kekurangan air..Huhu.. 


Sedapnyaaa.. Favourite aku memang bahagian pipi lembu! Lembut gila...Macam teringin lagi  😋 Ada lagi 29 hari boleh pilih menu berbuka yang berbeza beza...Hihi.. 

Korang berbuka apa tuuu hari pertama Ramadan 2022??






Notakaki: Harap sangat naik kerja Selasa nanti dah takda sakit pape..


Post a Comment

5 Comments

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐