Throwback Berbuka di Cupchai Cafe & Resto

Throwback Berbuka di Cupchai Cafe & Resto|| Aku ingin bercerita kisah berbuka sekaligus celebrate birthday haritu tapi rasa nak tergelak jap bila diingat semula masa ajak member makan sini. 

Cakap dengan dia, nak makan Nasi Masjid, dia tanya semula, 'masjid mana? FREE ke? ' Haha..Terketawa kita wak... Ini tak free, kena berbayor.. Kahh!

Ya, Nasi Masjid nama menunya tapi tempat bukan kat masjid ya. Di Cupchai Cafe&Resto ni ada menu dalam dulang camni. Agak agak teringin makan berdulang, bolehlah ke sini...Aku biasanya makan camni bila singgah masjid atau surau je..Itupun time sambutan maulidurrasul...Haha.. .Tak biasakan di rumah...Elok sebenarnya makan dalam dulang. Sunnah Rasulullah.

So kami share la makan satu dulang ni. Add on roti bersama kacang pool dan meatball. Nyumm! 

Nasi Masjid

Nasi Masjid Gulai Kambing -RM50

Meatball

Meatball - RM19.50

Cupchai Cafe & Resto

Muafakat membawa berkat.. Gituh!

Harga Kacang Pool- RM7

Bagi kami tiga orang,  Nasi Masjid ni sedapp tapi kuahnya agak kurang ye. Huhu... Nak tambah kuah dah tak boleh. Tak disediakan kuah tambahan. Err.. 


Bila digoogle tempat makan sedap dan menarik dalam Bandar Baru Uda, ini salah satunya. Tu member onz ke sini... Surau? Ada kat atas. Cuma ngam ngam untuk dua orang je solat. Sekiranya nak makan kat bahagian atas pun ada disediakan meja serta kerusi. Beraircond siap..

Alamat: 23 Jalan Padi Emas 1/4, Uda Business Centre, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor





Notakaki: Tengah fikir TV kat rumah dah start rosak 😂 Baru semangat nak tengok TV sebab esok cuti


Post a Comment

1 Comments

  1. Nasi masjid sebab kaedah makan dia macam kat masjid bila sambutan Maulidur Rasul. Lauk macam sikit. Nasi dia banyak betul kan.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐