Pakej Photoshoot Raya di Photo Studio Raya, The Empire Studio, Johor

Pakej Photoshoot Raya di Photo Studio Raya, The Empire Studio, Johor || Selamat Hari Raya! Eh, baru dua hari puasa! Haha..Tahun ni memang plan nak photoshoot raya awal bersama family.  Nona teringin bergambar dekat studio bersama family untuk turut rasai pengalaman bergambar dalam studio. Tahun ni try ajak mak abah dengan adik lagi sorang. Mujur dorang bersetuju! 

Seronok jugak photoshoot dekat studio rupanya. Lagi lagi bila tengok hasil yang keluar tu cantik cantik belaka. Since last year sampai this year, Nona try bergambar raya dengan The Empire Studio so this year haruslah sekali lagi dengan mereka sebab dah percaya hasil kerja dorang! Kalau korang berada dalam Johor atau ada singgah JB, jomlah try servis dorang The Empire Studio. Sampai pagi raya pun boleh book slot ok! 

Photo Studio Raya JB

Posing je sebanyak mungkin dalam masa yang diberikan dan pilih gambar kemudian. Memang ada komputer yang terus keluar gambar kita nanti cuma takdalah dan dan time tu mintak delete or fikir okay ke tak..HAHA.. Just ubah pose untuk next snap ler..

Boleh ushar dulu background yang ada. Tahun ni Nona suka gila dengan background yang disediakan! Tema modern dan kampung boleh dipilih bagi memberikan hasil berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Jom tengok hasil air tangan The Empire Studio menghasilkan gambar kami dengan indah ui!

1. TEMA PHOTO STUDIO RAYA A: JOM RAYA KAMPUNG

Tema yang mengingatkan emak abah pada kampung halaman. Tahun ni boleh balik kampung, inshaAllah meriah! Hehee~ Kampung atok negeri Sembilan ada tangga gini! Suasana kampung sentiasa dirindui dan disukai ramai. Gambar yang ni nampak hidup bak kata abah Nona! Lebih-lebih lagi bila diprint, menyerlah sungguh lah!

Jom Raya Kampung

Saya lahir dari rahim wanita yang bertudung warna gelap tu.

Photoshoot Raya

Love you all my readers, followers and stalkers! Hehe..


2. TEMA PHOTO STUDIO RAYA B: RAYA SAMPAI KE BULAN

Raya Sampai ke Bulan

Aku suka background ni, cantik sangat..Pulak tu memang suka tengok awan kalau kat luar... Cuba tengok bebetul, kena tema ni dengan baju adik aku, kan! Terserlah gigi besi dia...Kahkah.. Menarik dia campak awan camtu! 

Memula aku risau gak kalau bulan tu tak kuat atau leh tumbang tapi bila dah duduk atas tu, eh stabil, bulan tak tumbang! Kukuh lah props 3D nih! Posing terus lah macam kat bawah...

Photoshoot Raya Johor


3. TEMA PHOTO STUDIO RAYA C: MOROCCON DREAM

Photoshoot raya

Mereka berdua adik saya! Tiga anak dara in family!

The Empire Studio

Complete keluarga kecilku. Aku suka diapit camtu, tak nampak lemak!
Kami memang tiada bertema warna setiap tahun. Bebas memilih warna baju ikut mood memasing. Hehe.. Janji ada gambar bersama, sudah memadai. Meriah colourful ler...

4. TEMA PHOTO STUDIO RAYA  : HITAM PUTIH KEHIDUPAN

Background hitam putih. Semua item dan lukisan berwarna hitam putih. So untuk background ni, pakailah apa apa warna baju sekalipun, tetap cantik terserlah. Cuma kalau betul betul putih sama dinding, selitlah warna lain sikit pada pakaian anda...Hehe.. Macam kawan Nona guna off white, haa..itu cantik benar!

Raya 2022

Selamat Hari Raya in advance!

Saja aku reveal baju raya. Tapi ni bukan baju raya untuk hari raya pertama nanti...Cuma teringin pakai, since last year raya kat rumah tak pakai baju raya ni langsung. 


Emak dan Abah...Itulah Permulaan kami..... Syurgaku.
 Awww! Bersemut! Cameraman yang suruh posing gini..HEHE

Okayh, kenapa Nona suggest korang bergambar kat sini,  The Empire Studio?

1. Gambar Cantik dan Berkualiti (Siap edit pencahayaan semua)
2. Gambar Dapat Cepat dan Mudah Digunakan untuk Facebook dan Instagram.
3. Empat SETUP / BAKGROUND yang Power dan Cantik
4. Studio yang Selesa (Tertutup dan beraircond)
5. Sistem Booking yang Mudah
6. Harga yang Berpatutan dengan Hasil.

Dan lagi satu, photographer mereka adalah yang sudah mempunyai lebih kurang 10 tahun pengalaman tau. Kat sana nanti mereka tolong bagitau posing macam mana yang sesuai atau tidak. Kalau blur tak tahu dah nak buat gaya apa, mereka bantu dan mereka ramah ramah orangnya tau! 




Lebih bagus kalau korang dah standby tengok model model bergaya serta posing apa yang boleh dibuat untuk nampak kurusss! Kahhh! Kitaorang memang buat gaya behave (sopan santun, korperat, professional) dan bebas! Aku tunjuk gambar berlambak yang lain kat Facebook! Nanti tengok eh!

Nah, aku share Pakej Photoshoot Raya di Photo Studio Raya, The Empire Studio, Johor:

The Empire Studio

Hari Raya 2022

Photo Studio Raya



Untuk kalian yang tercari-cari tempat bergambar photoshoot hari raya di studio atau mencari studio raya yang murah berbaloi dengan kualiti sekitar Johor, korang dah boleh book slot sekarang sampailah ke hari raya nanti bersama The Empire Studio segera!

THE EMPIRE STUDIO

53-02, JALAN ALIFF 4, 
TAMAN DAMANSARA ALIFF, 
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR

013700889 ATAU 0134273320


WAZE je nama The Empire Studio pun jumpa jugak nanti. 




Post a Comment

9 Comments

  1. Amboiiii sakan dia posing2 ye hehhe

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kan.. betul tuh.. rasa suka tengok hasilnya... Haha

      Delete
  3. benda yang paling teringin nak buat setiap kali raya. hehe abadi gambar keluarga.

    ReplyDelete
  4. Eee bestnyeee...cantik baju ko non!

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!