Lebat dan Sihat! Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics

Lebat dan Sihat! Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics

Lebat dan Sihat! Safi Shayla Kini dengan Teknologi Hijab Scalp Biotics || Rambut merupakan salah satu aset wanita yang sangat penting dan perlu dihargai. Aku tak dapat bayangkan kalau aku botak, mesti sedih. At least kena ada rambut walaupun pendek. Ada jugak orang suka bela rambut panjang, sayang nak potong..Ada jugak yang suka berfesyen fesyen, macam macam style gituh.. Ikutlah keselesaan memasing. 

Apa yang penting, kesihatan rambut perlu dititikberatkan agar tenang nak beraktiviti sepanjang hari. Contoh macam Nona yang bekerjaya ni, sepanjang hari memang pakai tudung lah cerita dia..  Bayangkan berejam rambut terperam dalam tudung time kerja. Fuh!! Lemas rambut! 

Tak lama lagi nak raya dah ni, of course ler tudung dipakai seharian, time amek wudhu dan tido baru bukak hijab! Haha.. H

So harini Nona nak bagitau, kalau ada dalam kalangan korang yang mengalami masalah kulit kepala dan rambut yang merunsingkan seperti berkelemumur, rambut gugur, rambut kering, berminyak, berbau, dan macam macam masalah... Jomlah try mandikan rambut dengan syampu Safi Shayla nih!! 

Safi Shayla

Chak! Perkenalkan Safi Shayla, Pakar Rambut Wanita Berhijab (Hijab Haircare Expert,), kini dipertingkatkan dengan teknologi pertama Breakthrough Hijab Scalp Biotics yang dikenali untuk mengekalkan keseimbangan dan kesihatan mikrobiom kulit kepalaa bagi mendapatkan rambut berhijab yang lebih sihat dan lebat. 

Nampak macam botol luar tu sama je design dengn sebelumni, rupanya isi kat dalam dah upgrade!! 

Safi Shayla

Nona memang pengguna Safi Shayla dari dulu sebab suka dengan baunya yang wangi dan tidak mengeringkan kulit kepala. Sesuailah dengan saya yang berhijab agak lama sepanjang hari. Ada syampu bila Nona pakai, gatal gatal..Mungkin tak sesuai kot tapi dengan Safi Shayla, yes, boleh guna sampai habis! 

Safi

Satu set lengkap, rangkaian Syampu, kurma ajwa, habbatus sauda dan sejadah 👍

Korang tahu tak, hasil penyelidikan Safi Research Institute (SRI), kesihatan mikrobiom kulit kepala wanita yang berhijab didapati kurang seimbang berbanding dengan kulit kepala yang tidak berhijab. 

Hm. Komposisi bakteria jahat yang ada pada permukaan kulit kepala adalah berlebihan daripada bakteria yang baik, dek kerana faktor cuaca yang panas dan lembap. 

Hasilnya, pelbagai masalah kulit kepala dan rambut seperti kelemumur, rambut gugur dan kulit kepala berbau serta gatal, mudah berlaku kepada yang berhijab. Oleh itu, rambut berhijab perlukan penjagaan yang rapi. Kan..

TERKINI! Safi Shayla telah upgrade dan diformulasi dengan rumusan revolusi teknologi Hijab Scalp Biotics, pertama di dunia. Diinspirasi daripada Microbiome Science, ia dicipta khas dengan rumusan probiotik untuk membantu penumbuhan bakteria baik, bagi mengembalikan semula atau mencapai keseimbangan mikrobiom kulit kepala. Dengan kulit kepala yang sihat, rambut berhijab lebih sihat dan lebat tau!

HABBASTUS SAUDA

Ia juga diperkuatkan dengan tujuh Habbatus Sauda Complex untuk membekalkan nutrien yang secukupnya kepada kulit kepala dan rambut. Haa, banyak tu khasiat Habbatus Sauda! Terbaiklah Safi Shayla baru ni...

Bagi membantu mengatasi masalah rambut kepam yang sering dialami oleh wanita berhijab, rangkaiannya juga dipertingkatkan untuk memberi haruman yang berpanjangan sehingga 72 jam meskipun kita berhijab sepanjang hari! Huyyoo! Bestnya! Barulah rambut tumbuh lebat secara sihat dan nampak bermaya!

Berminat?? Jom mulakan penjagaan rambut dengan syampu Safi Shayla. Tersedia dalam pelbagai variasi yang khas dirumus untuk mengatasi pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang kerap dihadapi oleh rambut berhijab. 

Safi Shayla


Top 5 Syampu Safi Shayla yang paling popular: 

1. Syampu Anti Kelemumur Safi Shayla (Botol Biru) – berkesan mengatasi masalah kelemumur dengan menghilangkan 99.9% penyebab kelemumur, serta legakan kegatalan kulit kepala itdengan sensasi dingin 

2. Syampu Kawalan Rambut Gugur Safi Shayla (Botol Oren) – menguatkan struktur rambut dari akar, kurangkan keguguran rambut & membaiki rambut yang rapuh

3. Syampu Licin Terurus (Botol Pink) – melembut & melicinkan rambut yang kering dan susah diurus. Rambut licin, lembut & senang disikat, tidak lagi frizzy dan serabut! 

4. Syampu Segar Bermaya (Botol Hijau) – rasa segar dengan sensasi dinginnya, syampu ini akan membersih secara mendalam & kurangkan minyak kulit kepala agar rambut ringan, segar & bermaya 

5. Syampu Itch Kontrol (Botol Turqoise)– hilangkan kegatalan kulit kepala segera dengan sensasi dingin agar rasa lega & selesa


Safi Shayla

Senang je nak jumpa syampu nih. Boleh didapati di mana-mana stor berdekatan seperti Mydin, Econsave, Lotus, 99 Speedmart, Giant, TF Value, Watsons, Guardian dan sebagainya .
Anda juga boleh dapatkannya dari lama e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee : https://shopee.com.my/shop/35308287/search/?page=0&shopCollection=



Post a Comment

3 Comments

  1. Shampoo pilihan ni....bestnya dapat stock banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Pengguna jugak ekk.. Best kan... Hehe.. Alhamdulillah.. Simpan buat stock

      Delete
  2. Upgrade guna teknologi barulah kiranya kan. Banyak pilihan shampoo Safi shayla ni. Tak silap shampoo safi ni ada jual refill jugak kan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .