Sajak 'Kita Ni Dah Tua'

 Sajak 'Kita Ni Dah Tua' || Alhamdulillah. Masih bernyawa... Aku sebenarnya, suka this sajak.. Copy from group abahku...Special Buat sahabatku....Yang cantik, yang handsome, yang manis, yang kelakar, yang baik budi bicara..


❄ Kita Ni Dah Tua

❄ Wajah Luntur Ditelan Usia

❄ Lain Didengar Lain Dikata

❄ Lain Dicari Lain Yang Dijumpa

❄ Mata Kabur Tak Kenal Rupa

❄ Wang Di Saku Kadang-Kadang Lupa


❄ Kita Ni Dah Tua

❄ Ada Cucu Elok Dijaga

❄ Buat Teman Di Waktu Senja

❄ Anak-anak Sibuk Tah Ke Mana

❄ Kita Dok Termenung Di Jendela


❄ Kita Ini dah Tua

❄ Gigi Dah Tak Tumbuh Uban Merata

❄ Sekali Ingat Sekali Lupa

❄ Macamana Nak Jadi Juru Kira


❄ Kita Ni Dah Tua

❄ Ada Harta Elok Diguna

❄ Bayar Zakat 

❄  Derma Ikhlas Masuk Dana

❄ Entah Esok, Entah Lusa Entah Bila

❄ Jangan Lagi Sibuk Nak Bina Empayar

❄ Lebihkan Amal Tambah Pahala


❄ Kita Ni Dah Tua

❄ Tubuh Lesu Lutut Ketar

❄ Elok Berzikir Dari Mengira Harta

❄ Elok Berehat Dari Bekerja

❄ Urut Kaki Pulas Tangan

❄ Putar Kiri Putar Kanan

❄ Sampai Dada Rasa Lega

❄ Alhamdulillah Umur Masih Ada


❄ Kita Ini dah Tua

❄ Intai Sahabat Mana Yang Ada

❄ Ajak Bergurau Ajak Bersenda

❄ Jangan Lagi Kata Mengata

❄ Ajak Berlawak Ketawa Berjela

❄ Lupa Seketika  Kita dah Tua 




*Salam Ukhuwwah Buat Semua*

8 comments:

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐