eOperasi KPM : Aplikasi Buat Guru dan Bukan Guru

eOperasi KPM : Aplikasi Buat Guru dan Bukan Guru|| Pernah dengar pasal eOperasi? Aku belum ada akaun ni lagi..tapi harini aku nak share sikit pasal Modul ini..  eOperasi  merupakan salah satu antara 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.

Modul pengurusan e-Operasi melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalam kategori seperti:

  • Pentadbir Portal E-Operasi (pegawai pengurusan peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah)
  • Pengguna Portal eoperasi Malaysia (guru dan bukan guru)

Kalau dilihat kepada Paparan utama laman e-Operasi, ianya memaparkan beberapa maklumat penting mengenai portal ini seperti Pengumuman, Log Masuk, Bantuan dan Paparan Ralat.

Pengguna portal eoperasi, guru dan bukan guru, boleh memperoleh update terbaru mengenai e operasi kpm dari ruangan pengumuman.

Bagaimana ingin Login ke dalam eOperasi KPM ??

Perkara utama, fahamkan info di bawah sebelum meneruskan step seterusnya. 

  • Pengguna – ID yang telah didaftar dengan Pentabir Sistem sahaja dibolehkan untuk login modul portal e-operasi ini.
  • Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem adalah mereka yang dilantik secara rasmi oleh pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)

  1. Pengguna pertama kali perlu isi maklumat diatas dengan betul dan tepat terutamanya Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  2. Kemudian masukkan kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu ditulis supaya lebih mudah untuk ingat
  3. Lepastu tekan butang SIMPAN untuk terus proses pendaftaran.
  4. Kemudian anda boleh terus ke ruangan LOG MASUK sistem eOperasi menggunakan butiran login anda tadi.
  5. Setelah berjaya masuk login portal, semak butiran anda seperti nama, no kp dan lain-lain dan pastikan ianya betul.

Bagi mereka yang perlukan panduan manual pengguna boleh download seperti dalam gambar dibawah. Seandainya terdapat maklumat tidak tepat, anda perlulah memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk kemaskini.

manual pengguna eoperasi
Ha, Log in ler e-Operasi untuk info info terkini berkaitan hal ehwal pendidikan di negara kita.

Untuk pengetahuan, eOperasi ni ada di dalam website Portal Malaysia tau. Apa yang menarik dengan portal Malaysia ialah terdapat banyak kategori yang boleh dibaca oleh pengguna yang melayari website mereka. Sebagai contoh, kategori hal agama, isu semasa, pendidikan, permohonan, perbankan dan pelbagai lagi. 

Di dalam kategori yang ada, terdapat kategori tentang Portal Rasmi. Ianya berhubung kait dengan pembelajaran, tips dan banyak lagi. Antaranya ialah Cara Semak Keputusan Peperiksaan Anak,Sistem Pesanan Buku Teks untuk anak, tentang SSPN, atau PTPTN dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal dalam sistem di negara ini.

Pendek kata, website ini membuat pengguna merasa lebih teratur dan mudah menerima info yang betul terkini serta benar. Aku pun nanti nak cuba untuk register dan sign up! Hihi.. Jomlahhhhh sesamaa!







No comments

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐