Dinner Sup Tulang Merah kat Mai's Kitchen, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

Dinner Sup Tulang Merah kat Mai's Kitchen, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor  || Hai, Sihat semua? Moga bebaik aje ye. Ini sebenarnya cerita sebelum bulan puasa lagi. Baru nak story.. Member aku ajak singgah dinner sambil berborak kat salah satu restoran yang ada kat area Kota Masai tuh. Namanya Restoran Mai's Kitchen. Aku teruja sebab situ pun antara kawasan yang baru nak membangun. Pelbagai kafe dan restoran menarik telah dibuka termasuklah kafe Youtuber terkenal si Aqil tu, 17th Street Cafe & Barber 

Mai's Kitchen

Kota Masai

Dimulakan dengan bismillah, sesedut air dan makan!

Sup Tulang Merah

Sup Tulang Merah 

Serious, sedap rasanya! Kuahnya tu sedap, agak pedas tau. Kak Ain cuma rasa rasa sikit je, lepastu tak makan dah, aku lah melantak ini sup tulang merah! Kalau kat rumah makan ni, habis semua aku ratah kot. Tapi kat kedai, nak makan ni kena berjaga-jaga. Jaga kesopanan dan kesusilaan. Mana tahu ada jodoh nampak. Tibberr!


Maggi Goreng

Konon aku tak nak makan berat. No nasi. So pilih maggi goreng berserta ayam...Sekali ayam besar datang daaa..Haha....Pedas yang memuaskan hati. Boleh pilih nak kepedasan tahap berapa. Nice.

Kentang

Side dish mesti ada. Ini memang sedap aje kat tekak...


Mai's Kitchen

Kat bahagian dalam ada jugak disediakan meja camtu. Duduk lantai, bersila ala-ala orang Jepun. Kalau nak duduk kat kerusi dan meja macam biasa pun ada. Don't worry. Nampak haritu Haji Nabil datang singgah sini. Tak sure masa tu program apa...Aku tengok story IG nya je.

Kedai Makan Johor

This one lah kak Ain yang belanja saya malamtu.. Terharu Nonaaaa... Dia yang cakap sini sedap.. Moga sihat terus, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kesabaran yang tinggi, dipertemukan jodoh tahun 2022 ni dan mendapat keberkatan hidup dunia akhirat. Amin!

Overall makan kat sini okaylah to me. Harga pun tak terlalu pricey. Harga standard kafe kafe zaman sekarang. Kalau korang nak ushar-ushar, boleh singgah Instagram Mai's Kitchen ye.


Post a Comment

18 Comments

  1. Nampak sup tulang merah tu terus kecur tau. Didoakan lagi sekali Dik Non datang dengan jodoh laaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kecurrrr kann... Kena carik la kalau dah kecurrr.. hehe.. Amin doanya.. Amin

      Delete
  2. alahai... jauh la pulak nak rasa sup tulang merah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kan.. Jauhhh.. Kalau ada jalan jalan ke sini... Leh try ler.. hehe..

      Delete
  3. Nak terkam sup tulang merah dengan sambal dekat ayam tu...menggoda... menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. rasa nak terkam ek.. haha... Betul tuh.. Menggoda woooo

      Delete
  4. Ooo nanti boleh try laaa sini..

    ReplyDelete
  5. terus rasa lapar tengok sup tulang merah tu :)

    ReplyDelete
  6. nampak menyelerakan & nampak pedas jugak tu...

    ReplyDelete
  7. boleh try ni.. bila2 datang Masai

    ReplyDelete
  8. Pehhh nmpk menyelerakan pepagi singgah blog kau ni non.

    ReplyDelete
  9. Merah menyala. Tidak pernah makan sup tulang merah. Hehe agaknya kalau makan tidak sopan habis mulut warna merah.

    ReplyDelete
  10. Hehehe ..sup tulang supp tulang jgk .kesopanan masa makan tetap kena ada kan .hehehe

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐