Lirik Lagu 'Segalanya Telah Berakhir' nyanyian Fieya Julia dan Yazid Izaham

Lirik Lagu 'Segalanya Telah Berakhir' nyanyian Fieya Julia dan Yazid Izaham || Banyak kali terdengar kat corong radio baru baru ni tapi tak tahu tajuknya. Rupa rupanya lagu lama nyanyian Eddie Hamid yang diberi nafas baru oleh kedua dua penyanyi terkini bernama Fieya Julia dan Yazid Izaham.

Aku tertanya tanya siapa ek Yazid Izaham... Fieya tu aku kenal ler dari zaman beliau belum berhijab lagi. Bila digoogle, oh... Yazid Izaham ni artis baru bawah naungan Aries Music.. sama macam Fieya Julia, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.. Muda dan hensem wooo! 

Aku tak pasti ler pernah dengar ke tak masa Eddie Hamid nyanyi dulu.. Tapi sedap aje suaranya. Suka pulak lagu ni tetiba.. Mendayu dayu muziknya.. Pedih jugak hati bila nyanyi lagu ni.. Haha.. 

Tajuk: Segalanya Telah Berakhir

Penyanyi: Fieya Julia dan Yazid Izaham

Penyanyi asal: Eddie Hamid


Di dalam diri ini

Tersimpan duri-duri

Luka yang kau tinggalkan

Tak terpadam walau 'ku membalutnya


Pedihnya hati ini

Mengenangkan kembali

Kemesraan cinta kita

Hancur berkecai di simpang jalan


Mengapa tergamaknya hatimu

Menghancurkan impianku

Untuk memilikimu


Apakah tidak layak untukku

Menyuntingkan dirimu

Menghiasi kamarku yang gelita


Mengapa tergamaknya hatimu

Menghancurkan impianku

Untuk memilikimu


Apakah tidak layak untukku

Menyuntingkan dirimu

Menghiasi kamarku yang gelita


Segalanya telah berakhir

Tanpa kerelaan daku


Kuterima suratan takdir

Untuk 'ku melupakan dirimu


Kuterima suratan takdir

Untuk 'ku melupakan dirimu




Post a Comment

2 Comments

  1. Pertama kali dengaar versi dorang ni. Okay, memang hensem. Kbai

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!