Makan Makan Kenduri-an kat Tebing Bandar Dato Onn

Makan Makan Kenduri-an kat Tebing Bandar Dato Onn || Durian! Durian! Musim durian kan sekarang! Ada yang jual berlonggok-longgok tepi jalan, makan kat dusun, makan kat kedai. Eh banyaklah.. So baru baru ni Nona singgah satu kenduri, namanya Kenduri-an. Kenduri ni sekejap aje, sampai 30 Jun nanti. Benda lain seperti food truck dan jualan bundle tu masih beroperasi setiap hari yo. Kenapa namanya Kenduri-an tuh? Sebab kat sini lebih banyak jual buah durian dan makanan lain yang berasaskan durian. Tagline dorang: 'Durian Dulu Baru Kamu'. Hehe

Durian

Untuk buffet, satu tempat tu makanlah banyak mana pun tapi dalam masa 30 minit sahaja ye dan lagi satu tu kena buat timbangan durian. Kerusi, meja dan bakul nak buang kulit durian telah disediakan. 

Buffet Durian



Buffet Durian


Makan Durian

Inilah tukang belah buah durian tu..huhu..
Dia cakap, makan sampai kembungggg! HAHAHAHA

Durian Kahwin

Durian kahwin namanya. Nanti penjual tu bagi durian kampung pulak. Haa..ada yang manis, ada yang lemak-lemak sampai memuakkan. Kahhh!

Manggosteen

Manggosteen! My favourite ever!

Kat sini bukan sahaja ada buah durian tapi ada jugak buah buah lain seperti honeydew, manggis  rambutan dan lain lain. 

Donut durian

I told you makanan dan minuman berasaskan durian. Kan. Hamek, cream puff, egg tart, bomboloni, donut, air dan banyak lagi diselitkan perisa durian! Hahaha..Nice!

Jualan bundle

Aku dengan adik, bukan nak sangat makan durian sebab bukanlah terlalu hantu doyan cuma sebab ni first time datang Tebing Bandar Dato Onn, so buatlah aktiviti lain malamtu.  Kitaorang naik beca yang khas datang dari Melaka dan kereta api unik. HAHHAA... Kat Melaka, tak pernah naik beca, try kat Johor ler.. Ada jugak permainan macam skuter, kereta dan motor mainan elektrik untuk budak-budak. Selain tu, kawasan Tebing Dato Onn ni kalau takda 'Kenduri-an', memang sekitarnya ada banyak kedai makan serta food truck, petting zoo, dan pelbagai booth yang buat jualan pakaian bundle yang dibuka setiap hari bermula jam 4 petang sehingga 12 malam. 


Tebing Bandar Dato Onn

Nasi Ayam Penyet

Makan makan sambil dengar penyanyi buskers. Gituh! Kedai makan kat bangunan putih yang ada kat situ. Nampak menu sedap sedap belaka oi! Overall, puas hati sungguh singgah sini! Anak-anak mesti happy. So maybe next time bolehlah aku lepak lepak sini kalau nak lepak jejauh sikit..HAHHA... Macamlah gigih Nona nak hadap jalan atau jammed ek. 

Kenduri-an

Orang Johor, atau sesiapa yang berminat, ayuh terjah makan makan kenduri-an kat Tebing Dato Onn, Johor.Tamat pada 30 Jun 2022 nanti. Start dari pukul 4pm sehingga 12am.










Post a Comment

11 Comments

  1. Haaa.. nampak semalam dan tahu, tapi belum ada hati nak pergi sebab takut nanti ada yg kenduri tahlil pulak.

    ReplyDelete
  2. Maaaaakkkk! Nak durian...adeehhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. sana takda kan... Ce cari cari pelosok pelosok mana...

      Delete
  3. maaakk aaiii meriah nyaaaa oiii!! Syiok ar dapat lepak sini

    ReplyDelete
  4. Wahhhh, yang dekat ni pun tak sempat singgah. Haha plan nak singgah, tp tak sampai juga hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Ko dekat kan... Haa.. singgah lerrr sehari.. Hahaha.. Petang sampai malam.. sana ada surau dan toilet... Selesa aje rasanya

      Delete
  5. Ingat kenduri kahwin rupanya kenduri durian.
    Semua orang boleh datang.

    ReplyDelete
  6. Dapat pulak makan durian isi tebal kekuningan tu memang puas laa

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐