Shopping Buku kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Shopping Buku kat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 || Ini kisah Isnin lepas. Setelah bertahun tak singgah pesta buku, tahun ni member ajak pergi PWTC beb. Haaa, memang onzz lah cite dia! Last zaman SPM tak silap.. Ikut rombongan sekolah naik bas. Haha.. You all ada yang dah singgah sini? Harini last day tau. 

Pssttt: Korang minat membaca buku? Genre macam mana? Sesungguhnya membaca itu banyak manfaatnya kan. Mesti ada sesuatu yang kita pelajari daripada pembacaan tersebut. Mata pun boleh rehat sekejap tengok helaian kertas yang bertulis berbanding melihat cahaya telefon bimbit. 

Alkisahnya aku dulu memang peminat novel. Kalau tak beli, mesti pinjam. One day terjumpa blog... dah bertukar ler membaca melalui online je. Sekarang ni jarang beli dan simpan buku sebab nanti mak aku bising bebanyak bukan baca nau pun. Hahaa.. Ye.. sekarang agak busy la jugak.. 

Pesta Buku Antarabangsa

Hadir ✅

Macam biasa, harga buku murah murah daripada biasa! Offerr pun banyak!!! Macam macam publisher ada..Sebut je nak beli buku dari publisher mana. Nanti ada yang bagitau kat level berapa dan sebagainya. Terdapat buku pembelajaran, buku agama, majalah, komik dan pelbagai lagi.. Meriah betul! Seronok tengok! 

Ops...bukan sahaja meriah dengan buku malah meriah jugak dengan manusia dan jammed! Haha.. 

Novel murah

Novel tebal tebal harga puluhan, sampai sana, diberi pengurangaan harga. Ya, ada novel lama dan baru. Memang ambil masa yang agak lama ya nak pilih sebab nak kena baca sinopsis la, belek belek dulu yang mana okay dan best. Tapi ada jugak yang memang dah siap siap list buku apa yang nak dibeli. Lama aim, tup tup murah kat pesta buku. Pergh... Memang memborong lah kan... 

Kartunis

Sesi bersama penulis, kartunis dan artis pun ada. Terdapat jugak talk dekat pentas bersama menteri atau insan terhormat tertentu. Sementara penat menunggu, boleh duduk dulu dengar talkshow. Hehe.. 

Dalam gambar tu, kartunis Mie tengah melukis wajah seorang kanak kanak yang sedang menunggu nak mintak sign beliau. Ramah orangnya. 

Alhamdulillah, aku ngan member selamat pergi dan balik setelah melalui beberapa hal yang memeningkan. Phew..  

Now, unboxing time! Sikit je aku beli.. tak sebanyak orang lain. Ada tu sampai bawak luggage nak memborong buku. Hebat lah. Kalau aku ada library kat rumah, memang aku pun borong la kot. 

Buku FIXI

Pilihanku ialah buku motivasi, dan Fixi. Actually, buku FIXI tu favourite adik aku tapi aku pun baca jugak sikit sikit.. Fixi tu sebuah rm24, tapi haritu bayar RM55 untuk tiga buah buku! 

Buku murah

Majalah legend bagi aku. Ujang+Apo. Rembat latest edition punya woooo... Buku Pantun Teka Teki daan Hidden Pictures tu RM1 sebuah. Nampak menarik, i beli lah for diri sendiri weh! Banyak betul buku budak budak berharga seringgit aje. Rambang mata anak anak oi.

Tak ketinggalan... novel cinta. Dua buah je.. Hahaha.. Novel Umar Hatta share dengan Marlissa (Offer RM25 untuk tiga buah). Campur campur novel.. Bukan kena beli tu sejenis je. Novel 'Bahagia Yang Jauh' tu aku nampak tebal, harga RM5 je. Pulak tak pernah baca... Haruslah aku beli... Sekali penulisnya ada kat booth tu jugak. Bergambar terus kami! Huhu.. Next! 

PWTC

Chak! Kemain tajuknya kan! Now dalam proses baca buku bertajuk 'Melihat Anjing Bekerja'. Aku suka je baca penulisan pasal perli memperli dalam bentuk kiasan gini. Kadang ada benda terkena kat batang hidung sendiri... 😂

Sekian cerita tahun ni di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022. So happy dapat jejak ke sini semula. Thanks Marlissa ngan Khairun.. Drive ke sini ❤️ Moga Nona berjaya menghabiskan bacaan segala buku yang telah dibeli... Kalau rajin, buat review buku.. Gituhh! 






Post a Comment

12 Comments

  1. Membaca jambatan ilmu. Tahun ni akak tak sempat pergi campur malas nak bersesak, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tuh. Membaca jambatan ilmu. Okayy, tahun akan datang lah pulak pergi...hehe...

      Delete
  2. Hehe lama juga Nona tidak pergi sejak sekolah, tahun ini pergi ya.
    Samalah buku banyak di rumah. Ada kutub khanah bagus juga boleh beli buku banyak-banyak.
    Ada lagi ya majalah Ujang dan Apo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamaa.. sebab habis SPM.. macam baru nak start belajar, dann kerja.. so ni ada orang ngajaak, barulah pergi.. hehe

      Delete
  3. Saya pun sempat berkunjung ke PBAKL minggu lepas sempena cuti hari keputraan YDPA. memang meriah cuma rimas sikit sebab cowded sangat. By the way, okey la.. Sempat la berjumpa penulis dan kartunis yang saya minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss..agak crowded woooo....Kan..Okaylah jumpa penulis and kartunis yang diminati..hehe

      Delete
  4. Bestnya dapat pergi Pesta Buku. Tahun ni tak dapat pergi ...

    ReplyDelete
  5. wah jauh dia turun KL semata2 cari buku ye :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahhaa, jauhhh behtols kannnn...Ye...Sebab member la borong sampai beratus ringgit..Kami tukang hangkut...kahhhh

      Delete
  6. sungguh teringin nak ke pesta buku begini...kalau ada kesempatan nak beli 100 naskah terus untuk bacaan setahun hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... Seratus ek.. untuk setahun.. saya yang ada ni pun x pasti la berapa lama siap...Huhu

      Delete
  7. Time pbkl ni laa dpt shopping buku2 ..diskaun pun ada

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!