Hukum Melakukan Ibadah Qurban

Hukum Melakukan Ibadah Qurban || Assalamualaikum, hai. Alhamdulillah masih bernyawa. Tak lama lagi raya Aidiladha bakal menemui kita tahun ni pada 10 dan 11 Julai 2022. Tahniah kepada mereka yang dapat panggilan menunaikan haji. Moga mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi serta pulang ke sini. Amin. Selain daripada ibadah menunaikan Haji, ada jugak ibadah Qurban yang diadakan pada hari raya nanti. (10 Zulhijjah). 

Apa itu ibadah Qurban?

Ertinya ibadah menyembelih  haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kerbau, dan unta.  


Apakah hukum menunaikan ibadah Qurban?

Sunat Muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam Islam. 

Info lanjut boleh refer DI SINI.

Ya, bila ia disebut sunat muakkad, jika seseorang itu berkemampuan, lebih elok jika dilakukan. Banyak kebaikan dan bermanfaat melaksanakan amalan tersebut tapi kalau tak buat sebab tidak berkemampuan, tetap tidak berdosa. Hmm.. Dulu pernah terfikir, bercuti sakan aku boleh, apa sangat kalau buat Qurban.. Terpulang diri memasing. Niat dan rancangan memasing kan.. Kita je tahu situasi kita macam mana.

Korban

Setiap kali hari raya Qurban, aku mesti nak selfie dengan haiwan sembelihan dulu. Haha..

So harini aku tertarik untuk share pasal ibadah Qurban. Carilah agensi yang betul betul boleh dipercayai ataupun lebih senang share dengan ahli keluarga, biar orang yang lebih berpengalaman berurusan face to face dengan pihak yang sebenar.

Harga kalau buat ibadah qurban kat negara lain memang berbeza beza, dan kalau kat Malaysia sendiri memang agak lebih pricey ya. Tapi satu haiwan tu boleh dikongsi bersama pembayarannya. Cuma untuk satu pembayaran, khas untuk satu penama atau satu peserta sahaja. 

Contoh: Seekor haiwan ternakan yang ingin disembelih berharga RM6300. Bahagi dengan 10 orang dari lain lain family. So bila salah seorang dari ahli keluarga Encik A join untuk berkongsi, dia perlu membayar sebanyak rm630 untuk satu bahagian dalam haiwan tersebut. Maka cuma nama dia sahaja yang dimasukkan sebagai peserta yang membuat ibadah Qurban. 

Kalau share duit pun untuk satu bahagian dalam seekor haiwan ternakan, hanya nama seorang sahaja dikira sebagai peserta ibadah Qurban. Tak boleh letak dua nama. So yang terbaik, satu orang mewakili satu bahagian dalam seekor ternakan korban tersebut. 

Cerita pasal ni, last year aku pernah berurusan dengan agensi ibadah Qurban yang mana memang murah murah harga untuk buat Qurban tapi bahagian luar negara. Siap iklan tu ada libatkan seorang ustaz selebriti yang selalu keluar di kaca televisyen tau. Tapi tup tup masa aku mintak invoice, dia cakap nama aku takda dalam list. Harga memang ler murah.. RM300+ per bahagian. Oversea punya gituh. 

Memula nak naik angin tapi setelah bertanya itu ini, pihak tersebut jujur dan betul betul buat refund. Alhamdulillah tak kena scam kaw kaw. Haha.. Moga agensi tersebut berjaya melaksanakan tugas ni sebaiknya di masa lain dan tak culas lagi. After that, baru nombor tu dah tak digunakan lagi. Perbualan seperti di bawah.

Korban
Setelah kejadian tu, aku jadik fobia kejap. Takut nak percaya tapi banyak lagi yang boleh dipercayai, yang mana setiap tahun nampak iklannya tu. Okay aje sebenarnya. Buat masa ni, aku percaya dengan insan yang kita boleh face to face, deal sampai jadik. 

Ibadah Korban

Dapat pahala sunat bilamana melihat sendiri proses sembelihan tuh.

Jadik, setelah ketahui hukum melakukan ibadah Qurban, apa plan korang?? Hehe...






Post a Comment

8 Comments

  1. moga da rezeki dan peluang nak buat nanti jugak :)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak buat ibadah Qurban untuk sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Kalau berkemampuan.. Belanja tuk semua.. letak semua nama ahli keluarga.. Kan.. huhu

      Delete
  3. Tahun ni jangan lupa selpie dengan lembu yaa Non hahahaha

    ReplyDelete
  4. Hahahahaa.. Terima kasih di atas peringatan tersebut

    ReplyDelete
  5. In syaa Allah, mudah-mudahan ada peruntukan rezeki untuk ibadah korban.

    ReplyDelete
  6. Takut juga kalau buat quran melalui online ni .kadang ada juga yg ambil kesempatan

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐