Makan Supper Pukul Satu Pagi kat Kedai Wan Mad Ikan Singgang, Kampung Baru, KL

Makan Supper Pukul Satu Pagi kat Kedai Wan Mad Ikan Singgang, Kampung Baru, KL || Ye, tengah malam buta makan nasi bersama singgang yer tanpa ragu-ragu. HAHAHA. For the first time in my life, makan ikan singgang tengah malam buta. Kami gerak KL lepas Maghrib, member bawak laju, siap hadap jammed semua, pukul 1 pagi. Lapar pun iye, mengantuk pun iye. So dahulukan perut yang berbunyi tu first. Member teringin singgang. I follow je memandangkan aku pun peminat ikan dan dia pesan, jangan diet malamtu. Aduh, memang nasi jugak aku telan sebab amek set 2 pax punya. Gituh! Err, hampir tertidur kat meja sewaktu menunggu order sampai. Lulz..

Kedai Wan Mad Ikan Singgang

Sikit je letak kerabu mangga yang dicampurkan dengan budu sebab nak lebihkan rasa kuah singgang tu ha.. Budu merupakan salah satu makanan dari Kelantan. Jujur cakap, ikan kembung goreng tuh sedap sangat! Ada manis manis, tak kering sangat macam kebiasaan aku makan tuh. Rangup yang sedap!

Ikan singgang

Ikan singgang ni of courselah menyelerakan. Kuah singgang putih rupanya. Selalu aku makan singgang kuning. Not bad singgang putih. Tetap sedapp!

Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit. Selalunya ayam goreng kunyit. Kalini daging la pulak. Ini semua dalam set menu yang kitaorang pilih. Alamak, lupa dah harga tapi tak mahal sangat. Sesuai harganya. Licin ke Nona makan? OF COURSE! Makan dalam mengantuk pun masih berselera tau! Ramai jugak walaupun dah pukul 1 pagi. Aku nampak ada parent bawak anak, baby time makan sini. Dah terlentok lentok budak tu... Haha..kesian betul tapi yela..mak pak lapo....Kena ler angkut join sekali....Kan.. 

Apahal Nona sampai ke KL eh? Hehee..Kami plan besoknya pergi Pesta Buku kat PWTC nun. Tengok buku apa Nona beli..

Okaylah, korang kalau nak try, singgah je Kampung Baru, area kawasan makanan tuh. Confirm jumpa kedai Wan Mad Ikan Singgang nih. I tell you, mesti cuba! Banyak lagi menu lain yang ada kat situ...masa menaip ni pun aku dah terliur semula...Wahduh! Kena naik KL lagi ke ek?! KAHHH!




Post a Comment

6 Comments

  1. pukul 1 pagi kat KL ibarat pukul 8 malam hahaha... eh eh kita jarang dah jejak kg baru sbb x tahan sesak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, sesak sangat!!! Kena park yg berbayar rm5 tu... Fuhhhh!!! Gigihlah sesekali je datang.. Kalau dah banyak kali, x hadap la jammed bebanyak tuuu... Hahaa.. .. Betul, kul 1 mcm kul 8 je ekk.. Meriahhh wooo

      Delete
  2. Kg baru area selalu full he hee siang atau malam
    sama cam Ako walau dekat dgn Keramat tp memanggg jarang kecuali ada hal lalu je

    ReplyDelete
  3. aku carik kerabu mangga tapi tak jumpa non..

    ReplyDelete
  4. Berselera juga walaupun makan pukul 1 pagi.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!