Iftar Bazar Ramadan 2021 di Amansari Residence, Seri Alam, Johor

Iftar Bazar Ramadan 2021 di Amansari Residence, Seri Alam, Johor

Iftar Bazar Ramadan 2021 di Amansari Residence, Seri Alam, Johor || Alhamdulillah, syukur masih bernyawa. Semakin terasa Ramadan yang menghampiri. Bestnya! Moga sampai ke Ramadan tahun ni dan seterusnya. Amin.

So harini Nona nak ajak ramai ramai yang mungkin berdekatan area sini untuk datang dan grab promo berbuka puasa di sini... Sebelum 12/4 ni tau! Beli lima, percuma satu! Beli selepas tu, harga masih sama cuma takda promo camni la.. Ok..

Jom tengok menu yang berbaloi baloi dengan harga yang ditawarkan. Makan dalam suasana sejuk, dan didendangkan dengan lagu lagu raya. Pasti bertambah selera nak menikmati juadah yang ada.. Hihi..


Nasi Briyani Kambing Kuzi di Chef Kamal Kuzi Stall

Dah lama tak makan otak otak..sekali jumpa, terus ngap! Sedap..pedas pedas manja.

Nasi Kemuli, dan nasi putih untuk dimakan bersama lauk pauk yang lain.

Ikan asam pedas Johor, Ayam Merah Padang, Daging Masak Gulai Kawah dan banyak lagi.

 Ikutlah selera nak makan mana..Secukup rasa semuanya...Segala sambal belacan, tempoyak, sambal kicap pun ada!! Ikan masin, telur masin, kerabu, ehhh...macam macam adaaaa!


Ikam pari bakar pun Nona try!


Ada ruangan spageti kat sini tau..Pilihlah nak bolognese atau carbonara. I love bolognese more! Hehe..Mi nya pulak ada tiga jenis.. Nak jenis pasta atau mi lain.. Terbaik! Aku campur semua! Kah!


Kuih Muih dan Dessert 

Cute sangat! Dahla cute, lembut pulak tu keknya!
I like lahhh!


Kuih berlauk my favourite! I like! Lepastu ada puding roti tau, lagi mantap!



PELBAGAI MINUMAN 

Bukan sahaja meriah dengan makanan, malah minuman pun ada bermacam macam! Puas hati la kalau harga camni, berbaloi woo!

ABC!
Ini bahan bahan untuk ABC pilihan anda!
Hihi..



Ha, apa tunggu lagi? Sedap belaka, harga pun berbaloi baloi..Tambahlah beberapa kali pun makan benda yang awak suka... Surau dan toilet ada. So tak perlu risau tau.




Iftar Bazar Ramadan 2021 di Amansari Residence Resort 

RM85 nett per Dewasa
RM40 nett per Kanak-kanak

Promo Early Bird sehingga 12 April 2021:
Beli 5, PERCUMA 1

Untuk tempahan, sila hubungi
+6073817070 sambungan 811 (F&B department), 831 (sales department)

Ada jugak pakej penginapan yang murah!!
RM280.00 untuk Deluxe Room 
Penginapan selama 2 hari 1 malam, Ramadan Buffet dan Sahur untuk dua orang!


#buffetramadan2021
#buffetramadanjohor
#buffetramadan






Post a Comment

3 Comments

  1. Nasi beriyani, ikan bakar bungkus daun pandan menarik perhatian betul. Untunglah tu beli 5 percuma 1.

    ReplyDelete
  2. me akan sampai tempat dessert dulu haha

    ReplyDelete
  3. kak ret tgk otak2 je wakk....
    lama jgk x makan...
    ni nak pose, ada yg kena cari nnt hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .