Hadiahkan 'Graduation Bouquet' dari Cinta Deco untuk Adik

Hadiahkan 'Graduation Bouquet' dari Cinta Deco untuk Adik || Alhamdulillah, masih bernyawa. Ini kisah haritu, di mana Nona dan family tak dapat hadir ke majlis konvokesyen adik kat Kolej Vokasional yang berlangsung pada Sabtu lepas. Ya, dek kerana mematuhi S.O.P, pihak family cuma boleh hantar, tunggu kat parking dan ambil bawak balik rumah. Tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk dalam hall walaupun hanya seorang ahli keluarga dan tidak boleh bergambar di kawasan sekitar.

Fuh...fuhhh... Kesian pulak. Kakak kakaknya ni settle dah lama...Meriah graduasi tau...Huhu.. 

So kita surprisekan dia dengan bouquet ni sebagai tanda ucapan tahniah, akhirnya berjaya tamat pembelajaran kat sana.

Actually, majlis dah postpone dari last year.. Tuh berharap this year boleh tengok dia, tapi still...keadaan tidak mengizinkan..

Tadaaaa...
Cute gilaaaaa kot! Nona suka sangat woo!

Memang saya yang pilih tema ni. Dua hari sebelum baru aku lelaju google gambar, nampak tema hitam, ada frame putih dan riben pink!! Simple but Kawaiii! 

Ye, aku sendiri mintak nak selit beberapa barang makeup (Beli kat Watson je) sebab dia ambil kos kosmetik dan wajib ada anak patung pegang scroll tuh.  Even nanti just tinggal sebagai perhiasan aje, tetap perlu ada..Kalau takda anak patung tu, aku request print dan tampal bagi timbul pun cukup la. Hahahaha..Nampak tak betapa wajibnya ia.

Terima kasih Cinta Deco merealisasikan permintaan seketul Nona! Hihi..

Jom tengok cerita si adik apabila dapat hadiah ni...

Of course dia tak sangka! Memang dia nampak aku dah sesiap nak pergi kerja...Lepastu lama duk kat kereta (parking jauh sikit dari rumah) sebab baru nak tulis ucapan kat kad....

Muka si adik pagi tu dah masam mencuka..Yela..sedih sebab family takleh datang... dan dia ada tanya masa malam sebelum tu pasal bunga sempena dia nak graduasi ni .. Aku bagitau la tak ada... Sebab bukan boleh pergi pun. Kihkih...

And pagi tu, dia dah menjerit sebab nampak dari sliding door tu! Haha..Terharu behtul itu budak!

Congratulations my sister! All the best for your future...
Gambar takda. Simpan sendiri aje.


Oh ya! Nona memang pernah order bouqet dengan Cinta Deco ni, member Nona pun ada try order. Memang trusted dan suggested area Taman Rinting, Masai/Pasir Gudang/Seri Alam

Entri:

Contact No: 0127444018








Notahati: Rindu zaman belajar kat sekolah dan Universiti. Tapi kesian lagi belajar musim sekarang.



13 comments:

  1. Memang cute lah. Siap ada skincare dengan coklat lagi tu. Untung yang dapat pun :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. saya pun suka kalau dapat ni... inspirasi untuk org lain jugak. huhu.. Memang beruntung yg dpt tu.. hoho

      Delete
  2. OK nanti bole try servis "Cinta Deco" plak lps ni hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantikk! Siap skincare lagi tuuuu, menarik ideanya hahaha.
    Betul, belajar zaman sekarang betul mencabar. Nasib baik saya sempat odl satu sem je hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masheh... kan. kusss semangat belajo zaman skrg.. nasib sempat ehh.. tahniah ler.. hahaa

      Delete
  4. Cantikk bouqet tu. Rabia pun patutnya bulan march baru ni konvo. Tapi postpone tahun depan. Covid kan 🥺

    ReplyDelete
  5. wow menarik sgt bouquet dia special <3

    ReplyDelete
  6. menarik bouquetnya siap ada skincare

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐