Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata

Tujuh Penyebab Kulit Gatal Angkara Gegata || Pernah dengar? Pernah kena? Masa awal awal kena, mesti aku ingat demam campak, tapi sebenarnya gegata. Perit tau kalau kena ni..Dulu fikir sebab tak jaga kebersihan kot...sampai terkena penyakit gegata ni...Lorh..tapi bila baca semula, stress pun boleh menjadi penyebab. Nak tahu apa lagi, sila lah baca sampai habis yer.

Nama lain bagi gegata sebenarnya ialah urtikaria. Urtikaria adalah keadaan kulit yang berbahaya? Penyakit yang lazim kita panggil sebagai gegata ini sebenarnya biasa berlaku namun jarang dihebohkan.

Bukan hanya itu, ramai juga yang mungkin belum tahu penyebab penyakit ini terjadi dan hanya menjangka ia sekadar ruam pada kulit yang tidak bahaya.

Untuk mengetahui apa punca gegata, jom ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Urtikaria adalah kondisi kulit yang berbahaya?

Buat anda yang mungkin belum tahu, gegata adalah kondisi kesihatan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, merah dan gatal.

Kebiasaannya, ia adalah berpunca daripada alahan atau pelbagai lagi faktor lain termasuklah persekitaran dan lain-lain.

Dalam kebanyakan kes, ia boleh pulih dengan sendirinya selepas 24 ke 48 jam jika ia melibatkan gejala yang tidak serius.

Terdapat dua jenis urtikaria yang utama iaitu:

  • Urtikaria akut – Ia terjadi dengan tiba-tiba sahaja dan berterusan kurang daripada enam minggu
  • Urtikaria kronik – Ia terjadi bukan dengan tiba-tiba dan berterusan lebih daripada enam minggu

Untuk pengetahuan anda, gegata akut biasanya tidak akan membahayakan kesihatan berbeza dengan gegata kronik yang memerlukan perhatian perubatan.

Persoalannya, apakah punca sebenar urtikaria kronik ini berlaku kepada individu? Sila teruskan pembacaan anda!

Apa punca sebenar urtikaria kronik terjadi?

Menurut Pakar Alergi, Dr Miriam Anand, gegata kronik akan berlaku apabila ia tidak kunjung sembuh setelah 6 minggu berlalu.

“Ada juga banyak kes di mana kondisi ini kekal berterusan sehingga 5 tahun lamanya kerana tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera,” jelas beliau lagi.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kita semua tahu punca sebenar ia berlaku iaitu:

#1. Jangkitan bakteria dan virus

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advances in Dermatology and Allergology, gegata kronik adalah disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan.

Jangkitan yang dimaksudkan itu termasuklah bakteria penyebab jangkitan salur kencing (UTI) dan strep throat serta virus hepatitis dan norovirus.

Ada juga kemungkinan di mana antigen Heliobacter pylori juga boleh menjadi dalangnya kerana 92% penderitanya mempunyai antigen ini dalam tubuh badan.

#2. Kerap menggaru kulit badan

Setiap kali rasa gatal, sudah menjadi tindak balas normal untuk kita menggarunya namun ia mungkin hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit.

Terlalu kerap menggaru kulit badan boleh merengsakan lantas meradangkan ia sekali gus menjadi salah satu punca gegata.

#3. Kerap bersenam dan berpeluh

Aktiviti fizikal mungkin memang bagus untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan. Namun tahukah anda, ia boleh jadi punca urtikaria?

Ini kerana kerap bersenam akan membuat anda banyak berpeluh dan peluh inilah yang mungkin menjadi dalangnya.

Untuk mengurangkan risiko ia berlaku, doktor mungkin akan menyarankan anda untuk mengambil antihistamin sebelum beraktiviti.

Punca urtikaria #4. Stres

Menurut pelbagai kajian, stres memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak jenis penyakit sama ada melibatkan mental atau fizikal.

Ini termasuklah kondisi kulit yang dikenali sebagai gegata kerana mungkin wujud kaitan di antara kedua-dua keadaan kesihatan ini.

Bagi mengelakkan ia terus berlaku dan berulang, adalah wajar untuk kalian cuba mengurangkan stres di dalam kehidupan seharian.

#5. Suhu terlalu sejuk

Suhu terlalu sejuk akibat iklim atau persekitaran mungkin adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.

Bagi memastikan ia adalah dalangnya, doktor mungkin akan menjalankan ujian dengan meletakkan kiub ais di atas kulit.

Jika memang terbukti benar, maka kalian perlu kurangkan berada dalam persekitaran yang sejuk dan mengambil ubatan.

#6. Suhu terlalu panas

Suhu terlalu panas akibat iklim atau persekitaran juga adalah salah satu daripada penyebab urtikaria kronik berlaku.

Ini kerana sinaran ultra ungu tidak kira jenis UVA atau UVB daripada cahaya matahari boleh menembusi dan merosakkan kulit.

Meskipun sukar untuk dielakkan, mungkin kalian boleh cuba untuk menjauhi cahaya matahari dengan kerap duduk di dalam rumah.

Punca urtikaria #7. Haiwan peliharaan



Jika anda perasan gegata mula muncul selepas kalian membelai haiwan peliharaan di rumah, ia mungkin adalah puncanya.

Jadi, cuba elakkan daripada menyentuh haiwan kesayangan anda itu untuk sementara waktu sebelum mendapatkan diagnosis doktor.

Dalam masa yang sama, bersihkan pakaian dan barangan di rumah untuk memastikan ia bebas daripada bulu, air liur, atau najis si comel anda.

Konklusinya, urtikaria adalah sejenis penyakit kulit yang biasa namun jarang diketengahkan kerana ramai yang kurang cakna mengenainya.

Jika kalian perasan diri mengalaminya, maka segera berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis, ubatan dan rawatan.



Info : Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



3 comments:

  1. Pernah dengar dan pernah kena! Gatal dia tak boleh bawak berbincang!
    Dulu selalu ikut aktiviti asrama pergi hiking, balik hiking terus naik gegata ni, tak tahu punca apa. Makan ubat selsema then tidur sekejap, bangun tidur terus okey hahaha.

    ReplyDelete
  2. pernah kena gatal macamni satu badan, sampai terpaksa jarum dua kali ok sebab tak tahan gatal.

    ReplyDelete
  3. Kalau gegata ni paling tak tahan bila nak asyik menggaru je tu. Lepas tu seram tengok kulit semua gegata merata. Ohh sejuk pun boleh jadi juga ye. Ingatkan panas je.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐