'Ramadan Escape' Dua Hari Satu Malam Di Renaissance Hotel, JB

'Ramadan Escape' 2 Hari 1 Malam di Renaissance Hotel, JB || Alhamdulillah, selesai menikmati penginapan di Renaissance Hotel, JB selama dua hari satu malam. Lama dah plan nak bercuti sambil berpuasa kat hotel time Ramadan...tapi last year kan Covid 19 masih teruk. 

So this year, kasik ONZ!!!! Dapatlah rest kejap dari kesibukan di tempat kerja... Seumur hidup, inilah kali pertama Nona jejakkan kaki ke hotel untuk percutian bulan Ramadan. Check in, sahur dan berbuka pun kat sini! Memang sebuah pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Ada yang tanya, tak rasa rugi ke bercuti ke hotel bulan Ramadan ni?? Jawapannya, TAK. Rasa seronok je sebab selagi namanya 'Me Time', pasti ada benda best lain yang kita boleh buat, kan??

Jom tengok bilik Nona! Inilah Deluxe King Bayview Guest Room. Luas, bersih dan selesa! Hiasan yang simple dan menyejukkan mata.



Setiap kali naik lift untuk ke bilik, kena masukkan kad dan keluarkan semula..
Then baru tekan floor number bilik kita. Kalau tak buat camtu, tak sampai sampai la ke bilik..Kah!

(Nasib ada abang hotel tolong teman i, angkut barang naik bilik) 

Lengkap dengan pelbagai kemudahan. Antaranya:

1. Iron dan Iron Board disediakan. (Tak payah susah susah angkut dari rumah atau mintak receptionist)

2. Selipar untuk diguna di dalam bilik

3. Bantal tambahan

4. Baju tuala (tengok gambar gambar di bawah nanti) dan hanger

5. Wi-Fi FREE

6. Televisyen

8. Peti Sejuk 

9. Peralatan di dalam toilet

10. Arah Kiblat untuk Solat (Penting untuk aku ang tak download apps kiblat)

11. Emergency Plan


Masuk masuk bilik je, terus terpampang ni atas rak.
Nak makan takleh, sebab masih berpuasa..Huhu


Meja study atau meja kerja..Dedua pun boleh dan sebuah kerusi untuk berehat. 

Selak langsir nampak laut dan pokok pokok terbentang luas kat sana~ Sorry, gambar ni sebenarnya baru lepas hujan..So tak clear sangat.

Cantik view dari sini tau. I Like! Rindu pulak pasir laut!

Ada beberapa plug untuk caj dalam ni. Senang!
Emergency plan dan baju tuala pun ada! 

TOILET 
Ok, kita tengok toilet pulak.  
Keadaan toilet paling dititikberatkan kalau pergi bercuti. 

Bersih Sangat! 

Lengkap! 
Dari sabun, losyen syampu, penutup kepala, 
pengilat kuku, kapas sampai ke sikat pun adaaa!! Psst, tidak ketinggalan pengering rambut.

Haaaa..syok, kan?

Next, memula terkejut tengok tempat shower, kenapa toilet transparent ek?? Aku boleh nampak katil kat luar tu...Jangan memacam ea walaupun aku tidur sorang je haritu..Haha..

Mujur cik Sun dan Sis Lin datang singgah bilik petang tu, bagitau pasal sliding door yang ada boleh digunakan untuk tutup cermin transparent tersebut. Haishhh...rasa noob pulak! Haha..

Nampak pintu coklat belakang tu?? 
Sebelah katil sana? Actually, boleh slide la untuk menutupi cermin transparent tu.
Tapi tetap bukak tutup hanya boleh dari luar sahaja.

Lelapkan mata sekejap sebelum masuk Asar, tapi jangan berlebihan pulak waktu tidur tuh. Boleh buat aktiviti berfaedah yang lain okay. Banyak rancangan menarik bulan Ramadan ni. Siaran TV dorang pun banyak, ada TV 1,2,3, dan beberapa siaran Astro. Berbaring atas katil empuk atau duduk kerusi di tepi tingkap menikmati view luar. 




SWIMMING POOL 

Kolam renang berada di level 6. 
Ada gazebo untuk kita berehat sambil pantau anak-anak mandi 
Ishh....Bawak bebudak mesti best wooo!




IFTAR TIME

Nah, tibalah waktu berbuka puasa. 
Nyumm!! 'JEMPUT MAKAN' !




Fuhyoooo! Terdapat lebih daripada 400 Menu!
Puas hati kalau berbuka kat sini. 
Sedap belaka! Kalau korang tak stay sini, tapi nak try berbuka jer pun boleh! Rujuk SINI

Nanti Nona cerita lanjut kisah berbuka kalini kat entri lain ye. Nak bagitau banyak menu menarik! Dan ada Something special gitu.


SAHUR TIME 

Esok paginya pula kita bersahur untuk teruskan berpuasa. Ye, sahur dari hotel! List menu mereka akan remark sewaktu kita register untuk check in. Boleh pilih nak set yang mana dan waktu penghantaran pukul berapa. I suggest better pilih waktu lebih awal dari kebiasaannya

Aku mintak dorang hantarkan ke bilik terus... So standby awal tunggu dorang buat penghantaran juadah sahur. Dengan baju tidur je aku sambut, malas nak bersiap bagai...Haha~ Mujur pakai baju labuh lengan panjang.

Sahur atas katil guys!! 
Start dengan jus dulu, saja ambil mood bersahur.
Tapi makan tidak di atas katil. I makan atas meja. Haha~

Menu yang pelbagai! I choose this set! 
Nasi Briyani with Kambing Bakar, Bubur Lambuk, Kurma, 
Buah-buahan campur dan jus. 

Sedap dan amat mengenyangkan. Syukur, bertenaga sampai waktu berbuka oi!

Semangat sahur tengok menu yang melazatkan ni!

Yesss,
Check in, sahur dan berbuka puasa di sini done!
Will never forget the memories! 

Hello Renaissance Hotel, JB!

Inilah Cik Sun dan Sis Lin yang explain pada aku 
pasal sliding door untuk tutup pintu cermin transparent tu..Muahahahah~

Overall, puas hati sangat! Berbaloi-baloi harganya dengan kebersihan dan keselesaan di sini!
Sesekali spend duit untuk merasa nikmat bercuti, berpuasa, bersahur dan berbuka di hotel,
apa salahnya... Kan.. 

Oh ya!
Selain bilik yang Nona duduk ni, ada jugak jenis bilik lain. 
Sebagai contoh, bilik yang didiami Cik Sun dan Sis Lin seperti di bawah.

Credit Photo : Sis Lin
Deluxe Twin Bayview Guest Room


-------------------------------

So, berminat nak merasai pengalaman yang sama macam Nona dapat nih?? Jom!

'Ramadan Escape'

 Check in hotel with 'Jemput Makan' Ramadan Buffet Dinner & Sahur at Renaissance Johor Bahru Hotel 

Survey all the packages and rooms available here: http://bit.ly/RenJBRamadanEscape




Jangan lupa, grab your 'Ramadan Escape'!

Post a Comment

10 Comments

  1. Bestnyaaaa! Sampai ke sahur sekali ye, memang senanglah.
    Bilik pun cantikk and luas :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah rezeki....seronok!

    ReplyDelete
  3. ahahahah nasib baik kitorang datang jenguk ko kann..kalo tak, mesti ko gelisah nak mandi malam tu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. sebabtu x mandi lagi mse uolz dtg tuuuu.. hihi

      Delete
  4. Cantik dan luas biliknya. View pun lawa haihhh..Udang dan daging tu tempting betul tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh.. luassss..hihi.. sedap woo udang+daging ituuuu.. kekeke

      Delete
  5. Best giler bilik dia tu ha....seronok...

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐