Kerap Sakit Belakang dan Lemah Otot Tangan, Mungkin Inilah Petanda Kanser TulangTanda Kanser

Kerap Sakit Belakang dan Lemah Otot Tangan, Mungkin Inilah Petanda Kanser TulangTanda Kanser

Kerap Sakit Belakang dan Lemah Otot Tangan, Mungkin Inilah Petanda Kanser TulangTanda Kanser || Fuh, seram jugak nih...Ada orang ingat tu sakit tulang biasa, nanti boleh lurus balik selepas baring and so on, tapi kalau dah banyak kali rest, terbaring lama pun masih tak elok jugak, ini bermakna perlu dapatkan rawatan berkemungkinan ada kaitan dengan kanser tulang. 

Anda mungkin pernah mendengar mengenai kanser tulang, namun anda mungkin tidak familiar mengenai kanser tulang belakang. Ada beberapa tanda kanser tulang belakang yang anda kena tahu. Artikel ini ada menyatakan simptom kanser tulang belakang tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser, sila dapatkan di sini.

Apakah itu kanser tulang belakang?

Tumor vertebra adalah sejenis tumor tulang belakang yang boleh menjejaskan tulang atau vertebra tulang belakang.

Tumor tulang belakang yang bermula di dalam saraf tunjang atau penutup saraf tunjang (dura) disebut sebagai tumor saraf tunjang.

Tumor yang menjejaskan bahagian vertebra ini sering berpunca daripada tumor yang berkembang pada bahagian tubuh yang lain.


Namun, ada beberapa jenis tumor yang bermula di dalam tulang belakang seperti kordoma, kondrosarkoma, osteosarkoma, plasmasitoma dan sarkoma Ewing.
Tumor vertebra boleh mengancam nyawa dan menyebabkan kecacatan kekal, tidak kira sama ada ia sejenis tumor kanser atau bukan kanser.

Jenis-jenis tumor kanser tulang belakang

Untuk pengetahuan anda. tumor vertebra dikelaskan mengikut lokasinya di tulang belakang atau bahagian vertebra.

Tumor vertebra juga dikenali sebagai tumor ekstradural kerana ia berlaku di luar saraf tunjang itu sendiri.

Kebanyakan tumor yang berlaku pada bahagian vertebra ini berkembang daripada kawasan tubuh yang lain seperti payudara, prostat, paru-paru dan buah pinggang.

Walaupun kanser ini biasanya dikesan sebelum berlakunya masalah pada tulang belakang, namun seseorang individu tersebut mungkin akan mengalami tanda kanser tulang belakang seperti sakit-sakit belakang.

Plasmasitoma adalah jenis tumor vertebra primer yang biasa berlaku walaupun tumor dalam tulang belakang agak jarang berlaku.

Selain daripada plasmasitoma, seseorang individu tersebut juga boleh mengalami jenis kanser tulang belakang yang lain seperti hemangiomas, osteoblastomas dan osteoid osteomas.

Tanda kanser tulang belakang yang perlu anda ketahui

Apabila tumor kanser yang berlaku itu semakin merebak atau membesar, ia boleh menyebabkan simptom kanser tulang belakang yang berbeza.

Ini kerana, ia boleh menjejaskan kawasan tubuh badan anda sedikit demi sedikit mengikut peringkat.

Antara kawasan tubuh yang boleh terjejas dengan kanser tulang belakang ini ialah saluran darah, akar saraf dan tulang itu sendiri.

Antara simptom kanser tulang belakang yang mungkin berlaku ialah:

Tanda kanser tulang belakang ini juga mungkin berbeza mengikut jenis kanser tulang belakang tersebut.

Selain tanda kanser tulang belakang, anda perlu juga tahu punca ia berlaku

Tidak dapat dipastikan dengan jelas mengapa tumor kanser tulang belakang ini boleh berlaku.

Namun, pakar perubatan menyatakan bahawa ia mungkin disebabkan oleh gen yang mengalami kecacatan atau kerosakan.

Tidak diketahui sama ada kerosakan gen ini berlaku disebabkan faktor keturunan atau berlaku dari semasa ke semasa.

Ia juga mungkin boleh berlaku disebabkan pengaruh persekitaran seperti pendedahan kepada jenis bahan kimia tertentu.

Kebanyakan daripada tumor kanser tulang belakang ini berpunca daripada tumor bahagian tubuh lain yang telah menyebar sehingga ke tulang belakang.

Kanser tulang belakang juga lebih kerap berlaku dalam kalangan individu yang pernah menghidap kanser sebelum ini.

Komplikasi kanser tulang belakang

Tidak kira sama ada ia tumor yang bersifat kanser atau tidak, kedua-duanya boleh memampatkan atau menyekat saraf tunjang.

Jika ini berlaku, ia boleh menyebabkan kelumpuhan atau kehilangan deria pada bahagian tubuh yang berada di kawasan bawah tumor tersebut.

Malah, kerosakan saraf juga boleh berlaku secara kekal.

Selain itu, tumor pada tulang belakang juga boleh menyebabkan kerosakan pada struktur tulang dan menyebabkan ia menjadi tidak stabil.

Ini menjadikan tulang mudah patah dan mencederakan tulang belakang.

Namun, kesemua komplikasi ini boleh dikurangkan risikonya jika tumor tersebut dikesan lebih awal dan dirawat dengan baik.

Rawatan bagi kanser ini

Terdapat beberapa jenis rawatan yang tersedia bagi kanser tulang belakang yang berlaku.

Rawatan untuk jenis kanser ini dilakukan bagi membuang tumor tersebut daripada tulang belakang anda.

Beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menentukan jenis rawatan yang sesuai seperti umur, tahap kesihatan, jenis tumor dan keadaan tumor tersebut.

Antara kaedah rawatannya adalah seperti pembedahan, terapi radiasi, radiosurgeri stereotaktik, kemoterapi dan penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui simptom kanser tulang belakang serta beberapa risikonya jika ia berlaku.

Ingatlah, ia bukan sahaja boleh melumpuhkan tubuh badan, tetapi juga boleh membawa maut jika ia benar-benar menjejaskan saraf tunjang anda.




Info: Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Post a Comment

7 Comments

  1. seramnyeeee baca !! kdg2 memang dok sakit belakang juga ni..
    dlu penah jatuh ada slip disc.. tpi baca ni alooo seram tetiba..

    ReplyDelete
  2. Allah.. minta dijauhkan cancer ni...

    ReplyDelete
  3. mama tgh ada masalah sakit belakang takut pula nak baca. tapi bila tgk simpton tu mmg tak sama laa

    ReplyDelete
  4. Fuhh memang seram dengar. Sakit belakang sikit pun dah rasa sakitnya. Semoga kita dijauhkan dengan penyakit tahap kanser berbahaya ni.

    ReplyDelete
  5. scary la baca ni sbb mcm ada yg sama hhuhu

    ReplyDelete
  6. seram pulak baca. sis teringat kawan sis keje kuat bela anak2 sebab suami kena kanser otak then lepas operation kaki dia tak kuat jalan. sangat kuat orang yang menanggung tu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .