Lunch Dengan Nasi Beriani Mohd Shah

Lunch Dengan Nasi Beriani Mohd Shah || Haritu sebelum sampai ke rumah nenek aku, maklong cakap nak makan nasi beriani yang popular kat Batu Pahat. Aku pun..apa lagi...of course lah nak try jugak. Hehe..  Sebelum tu, aku nak tanya ejaan nasi beriani memang betul 'beriani' ataupun 'briyani' ek??

Kalau tengok pada signboard kedai tu, ianya bertulis 'Baryani Mohd Esa' (Mohd Shah). Mak aku sebut Mad Shah je terus...Ok, kedai ni tak sah kalau tak ramai orang....Hm... Kalini pergi memang ramai sangat. Lebih ramai daripada kedai kedai lain yang menjual nasi beriani. Pernah jugak ke sini, tapi tak pernah try nasi beriani Mad Shah, tak sanggup nak beratur panjang.

Kalini, aku teruja nak tahu apa la yang terlalu menarik sampai panjang beratur harituuu.. 

Nasi Beriani Mohd Shah

Aku pilih lauk ayam.

Bila bukak bungkusan nasi tu, nampaklah nasinya banyak ui, sesuai dengan harganya yang murah. Lepastu, nasinya memang lembut, kuah ayam dan sayur tu pun sedap. Takdalah kismis ker herba herba yang banyak kat dalamtu. Kalau ada, comfirm aku letak tepi..Kurang berkenan bila kismis dicampur ke dalam nasi. 

Overall, sedap, dan berbaloi dengan harganya yang tak cekik darah. Suggested! 

Nasi Beriani Mohd Shah

Saja makan nasi beriani bersama-sama petai, dah alang-alang sepupu bawak seikat haritu...Sedap jugakkkk! 

Haaaa, jomlah tengok  video di bawah, betapa ramainya manusia menunggu nasi beriani memasing..heheh..


LOKASI:
Medan Selera, Jalan Peserai, 83000 Batu Pahat, Johor Bahru. 

Kalau korang nak try kesedapan Nasi Beriani Mohd Shah, sila lah ke sana dan tengok suasananya ye... Nona confirm ramai dah pernah try kat sini, kan? Just standby beratur panjang and stay safe. Agak seram suasana sesak camtu buat masa ni..Huhu.. 




Notakaki: Blog dah laju sekarang... Hihi




Post a Comment

5 Comments

  1. sedap! peha ayam pulak tu! yumss!

    ReplyDelete
  2. Ammi check Kamus Dewan.. BERIANI katanya

    ReplyDelete
  3. kegemaran saya tu. di kelate ni susah nak cari nasi beriani yg sedap sbb menu ni jrg2 sekali dbuat. lainlah nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk tu..ari2 ada dijual...

    ReplyDelete
  4. Rare betul makan nasi beriani dengan petai ni.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi beriani. Kalau ramai orang datang tu maknanya memang sedaplah makanan kat situ. Siap berpetai bagai tu. hihi

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐