Syok Singgah Jalan Jalan Japan (Kipmall), Masai, Johor

Syok Singgah Jalan Jalan Japan (Kipmall), Masai, Johor || Hai! Pernah dengar pasal Jalan Jalan Japan? Haaaa.. Jalan Jalan Japan (JJJ) menjual pelbagai barangan preloved aka barangan terpakai. Kebanyakan harganya dalam range rm3, 5, 10, dan 30! Ada jugak yang lain harga, melebihi rm30, tapi lagi murah daripada selalu. Kali pertama aku pergi tu ada nampak bag saiz A4, harganya rm1 weh! Baru ni pergi nampak ada file rm1

Yes, sesiapa pengguna preloved item, of course you guys boleh jadi gila masuk sini!!! HAHA.. Lagi-lagi kalau jumpa pakaian yang muat dengan saiz badan, dan nampak banyak barang yang boleh digunakan, mesti berganda-ganda seronok lah! 

Untuk pengetahuan, Nona and family sometimes memakai dan menggunakan barangan preloved tapi sebelum beli tu haruslah check check terlebih dahulu. Kan?

So kalini Nona singgah cawangan Jalan Jalan Japan (JJJ) yang kelapan di Kipmall Masai, Johor. Keluasannya mencecah 20,000 sq.ft. Make sure you dah dua dose campur 14 hari, baru boleh masuk ke sini yer~

Preloved item

Di JJJ, terdapat pakaian dewasa, kanak-kanak, kasut, barangan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan,  handbag, bag laptop, barangan bayi seperti stroller dan mainan, baju kostum, aksesori, alatan golf, alat camping, basikal, payung, kipas tangan, alat muzik seperti gitar, dan bermacam-macam lagi dijual dengan harga yang murah serta mampu milik tau!!!! 

Barangan berkaitan negara Jepun pun ada seperti set Kimono berserta terompahnya dan lelain, kipas tangan yang diprint muka artis Jepun, set cawan, piring yang bertulisan Jepun,dan  patung perhiasan anime Jepun ada jugak! Siapa peminat anime, mesti rasa nak simpan satu!

Aku dah pernah pergi sebelum ni tapi beli sikit je untuk bagi pada member. So ini kiranya kali kedua aku singgah JJJ Kipmall, Masai dan survey lama sikit.. Kalau adik aku si Akilah tu, dah berpuluh puluh kali pergi JJJ sebab dia pun kerja kat kedai dalam mall ni jugak...Hehee...Of course la dia always singgah check stock yang ada..

Jomlah tengok betapa meriahnya barang-barang preloved kat dalam ni!!! Ada few gambar saya letak kat FB terus..Huhu.. 


Baju preloved


Pakaian preloved

Saiz pakaian yang berbeza beza telah menggunakan warna huruf yang berlainan pada hanger. 


preloved item

Skirt dan seluar. Aku rembat satu seluar jeans!

preloed item

Kasut preloved

Gerammm tengok kasut bercorak camni!! RM10! Kulit masih elok. 


preloved item

Barangan baby

preloved item
Alat muzik Japan, 
namanya Taishogoto (Nagoya Harp). Gitar pun ada tau,
 pilihlah nak ada tali atau tak.


Preloved item

Aksesori pun banyak!

Oh ya! Ada jugak seksyen barang branded.

Preloved item

Saja try kimono. Acah acah model! Kahhhh!



Banyak bilik persalinan, no worries!

Done shopping! Total harga barang my sister and me ialah RM101.00! Penuh dua troli... Berejam pilih barang dalamtu tau!



Haa..not returnable and refundable. So please pilih bebetul before masuk troli..

NOW,
Let OOTD!

Blaus Biru

RM5 je blaus ni! 


Blaus Belang

Suka yang ni, ada poket kat depan!

OOTD Blaus Hijau

Ewahhh! Tak nak kalah buat OOTD!
RM10 oi!

Preloved Item


Knitwear: RM5
Jeans: RM30

Kedua-duanya beli di JJJ~

Blaus Biru Putih

My sisturrr doing OOTD! Banyakk lagi outfit dia sebenarnya tau! Topi tu pun beli kat JJJ.
Aku beli baju, seluar jeans, topi, cawan berkartun mickey mouse dan payung lipat! Payung berharga RM6 je dengan condition yang boleh diterima, seharusnya saya beli. Betul tak? 

Jalan Jalan Japan

Nanti datang lagi, tengok apa stock baru yang lain..Hihi..

Ok, kalau ada sesiapa berminat nak pergi Jalan Jalan Japan, ini cawangan mereka yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia dan waktunya seperti berikut:

1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm
2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm
3.) JJJ CennterPoint, Seremban 10am-10pm
4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm
5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm
6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm
7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-10pm
8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pm


KIP Mall, Masai
A011, Kipmall Masai,
2, Persiaran Dahlia 2,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Masai, Johor Bahru

Open daily including Public Holidays.
Hours: 10.00 am - 10.00 pm



''JOM SHOPPING DI JALAN JALAN JAPAN (KIPMALL)!''


Notahati: Bab shopping ni memang best aje! 




Post a Comment

10 Comments

  1. ni yang terasa nak pergi menyopping jugak ni

    ReplyDelete
  2. seronoknya dpt masuk JJJ..
    lama dh teringin nk ke sni tp tu la.. jauhh..
    kat terengganu xde JJJ.. uwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhhh..nanti bebila leh rentas ke mana mana cawangan, try ler..hohoo

      Delete
  3. besar jugak kedai dia tu ek..baju pun nampak best2..nanti nak pergi jugak la..cuba bukak kat skudai pulak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besor woiii, pergi lerr...survey time tak ramai..hohoh... nanti aku suh bukak kt Skudai...kih3~ Mesti u jadi loyal customer kat sana...Kann~ HAHAHAH

      Delete
  4. Suka gak masuk JJJ ni. Kadang ada jugak terbeli. Masuk sini memang berjam jam membelek barang yang banyak. Selalu pergi Centerpoint Seremban lah terpaling dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh, cari apa tuuu berejamm..baju jugak eh

      Delete
    2. Suka membelek pinggan mangkuk dan barang rare untuk props. baju baju tu kurang sikit. Hihi

      Delete
  5. Bestnya shopping.. Cantik-cantik bajunya..

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐