Pantau Penggunaan Internet Anak Anda atau Bahaya Menanti!

Pantau Penggunaan Internet Anak Anda atau Bahaya Menanti! || Anak-anak dah terbiasa dengan internet?? Takda masalah kalau ibu bapa sering memantau atau block link link yang tidak berfaedah. Risau mereka tetiba terbukak temubual berkaitan benda yang bukan bukan seperti cerita dalam kain seperti yang viral baru-baru ni. Pendidikan awal berkaitan seks tu biarlah belajar dengan cara yang betul..Huhu


Ok, ada beberapa aspek keselamatan anak yang perlu ibu bapa ketahui.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Keperluan penggunaan internet

Internet boleh menjadi medium yang menyeronokkan buat kanak-kanak yang boleh digunakan dengan tujuan menyelesaikan tugasan sekolah, berkomunikasi dengan cikgu dan rakan-rakan serta untuk bermain permainan interaktif.

Namun mendapat akses internet ini juga turut meningkatkan risiko keselamatan anak seperti kandungan tidak sesuai, buli siber dan pemangsa dalam talian.

Sebagai ibu bapa, anda harus mengetahui apa yang dilihat, didengar dan dikongsikan anak, serta dengan siapa mereka berinteraksi.

Seiring pertambahan usia anak, ibu bapa akan semakin sukar untuk mengawasi masa yang dihabiskan mereka untuk melayari internet.

Tidak dinafikan, mereka mungkin mahu dan memerlukan sedikit privasi. Ia adalah situasi sihat dan normal kerana anak akan semakin berdikari.

Internet dapat menyediakan persekitaran ‘maya’ yang selamat kepada anak jika ada langkah berwaspada diambil.


Bahaya penggunaan internet kepada kanak-kanak

Penggunaan komputer dan gajet dengan sambungan internet adalah perkara biasa pada masa kini, malah menjadi tuntutan bagi menyiapkan tugasan sekolah atau kerja mahupun bermain.

Namun ada kalanya ibu bapa mungkin terlepas pandang mengenai aspek keselamatan anak berkaitan ancaman yang boleh berlaku semasa menggunakan laman web.

Terdapat pelbagai bahaya yang boleh mempengaruhi anak semasa mereka melayari internet:

#Berhubungan dengan individu tidak diingini seperti:
  • Pemangsa. Contohnya dalam mesej di media sosial atau ruang sembang permainan interaktif
  • Buli siber. Kanak-kanak boleh menjadi sasaran dalam talian termasuklah kehidupan sebenar
  • Penipuan dalam talian. Pihak tertentu akan menipu anak untuk mendapatkan maklumat peribadi mengenai diri mereka atau anda
#Kandungan tidak sesuai, seperti:

  • Kandungan seksual eksplisit terutamanya gambar dan video pornografi
  • Kandungan atau grafik ganas seperti perbuatan menyerang
  • Kandungan lucah atau tidak sesuai dengan usia melibatkan bahasa kotor atau penggunaan dadah dan alkohol
  • Muat turun bahan cetak rompak termasuk fail muzik atau video

Waspada ketika menggunakan internet

Keselamatan siber untuk kanak-kanak adalah penting. Anda harus menetapkan peraturan kepada anak demi memastikan tahap keselamatan mereka terjamin.

Pastikan anak tidak berinteraksi dengan individu tidak dikenali di media sosial atau forum dalam talian mahupun ruang sembang. Ia adalah tempat pemangsa kanak-kanak dan pembuli siber.

Pedofil sering bersikap seperti kanak-kanak di media sosial dan ruang sembang untuk mendorong anak berjumpa dengan mereka. Berikan amaran kepada anak tentang bahaya yang boleh terjadi.

Berbual dengan remaja mengenai ancaman dalam talian dan sentiasa pantau aktiviti mereka. Ingatkan kepada mereka tentang bahaya menyiarkan lokasi sebenar semasa melayari internet.

Ajak mereka untuk berbual secara terbuka dengan anda jika menghadapi masalah atau keadaan tidak menyelesakan ketika di dalam talian.

Sebaiknya, hadkan masa mereka dengan internet, terutama jika masih kecil.



Post a Comment

4 Comments

  1. berpada2 bagi anak2 main gadget dan ngadap internet...

    ReplyDelete
  2. Memang bahaya kalau tak dikawal. Kena pantau selalu. Ada juga apps yang boleh pantau aktiviti anak anak bila gunakan gadget.

    ReplyDelete
  3. setuju.. mesti kena pantau. antara cara senang guna google family dan kalau wifi saya buat auto off untuk waktu2 tertentu hehe

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐