Tiga Hari Dua Malam Bercuti di Rumah Nenekku Sayang

Tiga Hari Dua Malam Bercuti di Rumah Nenekku Sayang || Finally pulang menjenguk nenek kat kampung! Raya haritu tak dapat balik kampung sebab tak boleh rentas daerah..Kami kat Pasir Gudang, nenek kat Batu Pahat...Hm. First time tak dapat balik sana! Sedihh behtol! Alhamdulillah, awal bulan Oktober haritu, PM dah bagi rentas, laju lah plan dengan mak. Jadual kerja pulak masih dalam mode bukan normal time , so tak perlu mintak cuti tapi kena inform team in case ada apa apa urgent, aku taklehlah masuk kerja. 

On the way balik kampung, maklong tanya dalam group kalau kalau nak makan Nasi Briani Mad Shah (popular kat Batu Pahat). Ko rasa, aku nak ker tak?? Sudah tentulah mahu! Sampai je kampung, nenek dah standby bukak pintu, terus aku menjerit 'Rinduuuuu Nenekkkk!. Tapi aku tetap tak salam serta tak peluk nenek. Just cakap, okay letak tangan kat bahu sambil tundukkan kepala sikit..Nenek pun layanzzz! HAHA

Bunga Kekwa

Kekwa

Bunga

Bunga

Rumah nenek banyak pokok bunga! Cantik cantik pulak tuh!

Apa yang aku mesti buat kalau sampai kampung? Shoot gambar pokok bungaaaa yang berwarna warni dan pelbagai jenis! Kahhh! Aktiviti lain? Teman nenek singgah rumah kawannya, then jumpa member yang duduk BP (dia siap urut aku ngan nenek). Besoknya, aku tolong nenek bakor sampah, teman beli ikan kat kedai sebelah, teman petik daun kari kat rumah jiran nenek, tolong angkut daun pisang yang nenek tebang...Adeh, Nenek i tau tebang, i tak reti ler. 

Eh banyak aktiviti lah kan bersama nenekku sayang. Teman nenek tengok teater dalam TV pun adaaa! Kemain keluar lagu P. Ramlee semua..HAHA

Nenek

Inilah nenek sayaaa! Nenek makin kurusss lahhh..Hati kecilku terasa sayu... 

Bulan Oktober ni pun bulan birthday nenek, nak mintak korang doakan semoga nenek Nona sihat selalu, dipanjangkan usianya untuk terus berbuat kebaikan, dan diberkati Allah dunia akhirat. Amin! Oh ya! Nenek aku bela kucing sekarang tapi nasib baik dia tak kacau aku! Mau lari aku satu rumahhh kalau dia lompat kat aku..HAHA.. Nah tengok kucing tu minum teh tarik.

Parit Sulong

Settle tiga hari dua malam bercuti di rumah nenekku sayang!
Kat mana? Parit Sulong, Batu Pahat.

Lega bila dah melawat nenek depan mata, cukup nampak beliau masih ingat kita, boleh bercakap dan bergerak, masih ada selera nak makan, sihat...Tu pun dah bersukur sangat. Rindu berbalas.. Agituh! Bila lah cucunya ni nak bawak jodoh jumpa nenek..HAHAH!
 
Korang pulak, dah puas merentas ker tuh?? Hm, mana pernah puasss, kan? Lepas merentas melawat family, merentas bercuti tempat menarik dalam negara pulak lah. Kan?? Janji stay safe and take care guys!



Notahati: Start November ni, jadual kerja dah back to normal, masuk 0830 pagi..Huhu!

Post a Comment

15 Comments

  1. oo.. tak jauh... tapi tu la.. masa PKP hari tu.. Yang tak jauh pun rasa jauh... sebab takleh rentas daerah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya behtul tuhhh! Rasa jauh bila tak boleh merentas daerah gitu...fuhhhh

      Delete
  2. Seronoknya dapat jumpa nenek. Samalah aktiviti kita bila balk kampung. Alhamdulillah nenek nona sihat. Semoga sihat dan happy selalu. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syokk! Hihi...Ohh..sama aktiviti kita...Semua aktiviti ke tu..hehe..
      Alhamdulillah, sihat..Amin doanyaaa~

      Delete
    2. mostly sama aktiviti kecuali mengurut tu. hihi

      Delete
  3. Semoga nenek nona dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  4. La kg nona kat parit sulong ye.. Belah mana tu? Dullu masa abin dok parit sulong, tetiap bln kita cuti ke sana je hehehe kita suka makan asam pedas kat telok warisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh, sedap ehh kat situ, nak try la..jarang makan luo kalau ke sana..Huhu

      Delete
  5. Waaa cuti sakan Non.. tersenyumm Nenek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..of course cuti sakan..tersenyummm je nenek i

      Delete
  6. bestnyaaaa dpt jmpa nenek.. =)
    comel nenek nona..
    best kan dpt blk kmpung.. blh lepaskan rindu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besttt...hehe..thank you...comel kan...Memang best balik kampung, rindu terluahhh gituuuu

      Delete
  7. semoga nenek Non sihat2 sahaja di kampung, manis nenek Non

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐