Salam Maulidurrasul 1443H-2021

Salam Maulidurrasul 1443H-2021 || Alhamdulillah, masih bertemu 12 Rabiulawal pada 2021 kalini. Pesanan cikgu aku, jangan harini je lebihkan selawat. Teruskan berselawat setiap hari.. Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Kisah Nabi kalau dibaca, kita mesti terasa betapa kuatnya nabi menghadapi segala cabaran hidup baginda. Menitis air mata kalau fikir aku sendiri berada di tempat Rasulullah. Aku sebagai manusia biasa memang tak mampu. 

Cikgu dulu selalu cakap, kalau sayang nabi, selawat banyak banyak dna cuba ikut sunnah nabi. Kat sana nanti dapat syafaatnya. Untung kita tau. Jadi, sesama lah kita selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Moga istiqamah!

Antara nasyid yang aku suka berkaitan nabi adalah seperti di bawah, Kisah Sang Rosul. Korang suka lagu nasyid yang ni jugak tak?


Syahdu!

Tahniah kepada semua tokoh Maulidur Rasul 1443H/2021M. Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tahun 2021 adalah milik pakar perubatan di Institut Jantung Negara yang bernama Datuk Dr Suhani Kadiman.Bagi tokoh untuk negeri negeri lain, boleh google terus ya.


Notahati : Perkahwinan merupakan sunnah Nabi, harap dapat aku ikuti jugak.. EHHH!

Post a Comment

2 Comments

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐