Farewell Dinner di Restoran Sri Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor

Farewell Dinner di Restoran Sri Pantai, Kampung Pasir Putih, Johor || Selesai sudah farewell dinner yang dihadiri department aku sahaja sempena meraikan minggu minggu last our boss, Daisy. Boss yang nak berhenti, boss lah yang belanja! Gituhh! HAHA.... Kami memilih Restoran Sri Pantai yang berada di tepi laut nih. Aku booking dua minggu awal untuk persediaan order menu. 

Rambang mata masa tengok menunya kat sini! Kejap kejap pilih tu, kejap kejap pilih lain pulak.... Last-last Daisy cakap gini, order yang set punya terus. Tak perlu pening-pening.. Haaa.. senang!

kedai makan

Kemain besar nama aku. Kah!

Lima minit sebelum jam 8 PM aku dah sampai menunggu makanan dan orang lain. Jadi aku berkesempatan untuk ambil gambar atau video terlebih dahulu. Haha, dah namanya blogger, memang sebolehnya nak datang lagi awal daripada yang lain, dah macam buat food review ek! Aku excited sebab ada beberapa masakan yang memang aku nak sangat makan. Salah satunya lauk ikan siakap. Aku request masak tiga rasa dan stim limau! Fuh.. Rasanya macam dah lama tak makan siakap. Huhu..

Dalam set 10A yang kitaorang order, terdapat banyak gila menu untuk 10 orang makan! Menu-menunya ialah:

Nasi Putih                         - 10 orang makan

Ikan Siakap                      - 2 Ekor

Ketam Bangkang             - 1kg

Tomyam Campur            - 2 orang makan

Sup Campur                     - 2 orang makan

Sotong Bakar Meletop   - 1 set

Sotong Goreng Tepung  - 2 orang makan

Udang Nestum                - 2 orang makan

Udang Blackpepper       - 2 orang makan

Kailan Ikan Masin         - 2 orang makan

Kangkung Belacan        - 2 orang makan

Telur Dadar                    - 2+2 orang makan

Air Minuman                 - 2 jug

ABC + Cendol                 - 2 set

FREE Takoyaki Family Set - 1


Restoran Sri Pantai

Ini baru sikit! Tak muat kamera i tau! Kahh! (Baru perasan susunan pinggan tu tak berapa cantik, lol)


Salted egg

Meleleh tengok masa sampai tu! Ketam salted egg!

Siakap

Helloo siakapp kup kapppp!

First time rasa masakan siakap steam ni! Shedapnya! Ratah bersama kuahnya je pun sedap! Lepas siakap, makan siakap lagik! Siakap masak tiga rasa pulak. Ini memang menu kebiasaan dari dulu..
Masak tiga rasa.. Korang makan siakap tak??


siakap

Siakap Pasir Gudang cmani tau... Hihi.. Gurau je~


Udang nestum

Udang nestum! Nyummm!

Sotong bakar

Sotong Bakar Meletop


Takoyaki

Takoyaki Family Set!

Takoyaki nih sedap! Boss aku pun suka! Lembut dan cukup rasa. Boleh order lagi nanti..Huhu..Terliur balik tengok gambar! Macam nak kena carik je ni..Ngidam punya pasal..Kahhh

sate

sate

Sate takda dalam set, boss order lain. Sate kambing, ayam dan daging gituh! Lembut, saiz nya taklah terlalu tebal or nipis. Sedang-sedang je. Semenatara tunggu orang datang, ngap sate dulu..Bila dah kenyang, sate pun tak habis..Hadui.. Err, no worries, bawak balik! Kikiki... 

ABC

Mestilah sedap! Siap tepek aiskrim atas tuh! Ngehehe~

Bubbye Daisy kurus! Banyak pembaharuan dan support yang Daisy telah berikan untuk company! Tahniahh!  Ehh kejap, nampak nice tengok anak kak Nisak dua orang tu beri kerjasama ambil gambar! HAHAHA. Oh ya, Daisy ialah chinese. So of course yang free hair tu my ex boss (Now dah jadi ex boss!). Kitaorang sedang ternanti nanti kehadiran boss baru..Macam mana gayanya ek.. 

restoran sri pantai

Thank you boss! We love you lah! Will miss you!! Take care and all the best for your future! Now jauh berada di Pulau Pinang! Kalau jumpa lagi, boleh ngopi ngopi..Kan! Tibberr!

Overall, semua makanan sedap dan mampu kutelan. Harga berbaloi dan tidaklah terlalu mencekik darah. Boleh repeat kalau nak buat farewell lagi, try menu lain pulak..Menu western ke...atau masakan lain. Aku siap tumpang letak hadiah kat office dorang. Sempoi, terbaik Restoran Sri Pantai! Ramai jugak manusia masa kami datang makan. Aku rasa, memang sentiasa full lah kat sini..Huhu... 

Tepi Laut

Kedai Makan Johor

Ini meja kami. Pandangan waktu siang

Pasir Gudang

Nice view! Dapat tengok bot bot nelayan dan sunset bila senja menjelma!

Restoran Sri Pantai

Welcome! 

Oh ya, ada sesiapa nak buat farewelll dinner di Restoran Sri Pantai, Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor? Atau saja nak makan makan bersama yang tersayang? Korang boleh contact dan refer semua info dalam media sosial dan nombor seperti di bawah:


Waktu Operasi           : 4 PM- 12 AM setiap hari KECUALI hari Selasa ( OFF DAY)
Facebook                     : Sri Pantai Seafood Restaurant
Handphone number : Kak Ayu- 0197455714
Maps                             : Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor


farewell

Mini love for you all!




Post a Comment

5 Comments

  1. Meriahnya makanannya..
    View pun cantik..

    ReplyDelete
  2. cantiknya view dia... makanan pun nampak sedap sedap belaka...

    ReplyDelete
  3. Meleleh tengok ketam salted egg dengan udang nestum tu. Semua menu sedap sedap tu nona. Ikan siakap tu yang penting tu sejak jadi harga kayangan. Hehe... Rezeki bakal jadi ex-boss belanja.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐