Sedapnya Makan Makan di Gerai Silver Fork, JB!

Sedapnya Makan Makan di Gerai Silver Fork, JB!|| Hai korang!! Dah makan ke tuh?? Moga kalian masih dapat menikmati makanan dan minuman di usia sebegini ye.. Alhamdulillah, aku diizinkan menikmati rezeki yang ada sekarang..

Haritu Nona dengan blogger Farahuda dan blogger Mia Liana singgah ke Gerai Silver Fork di bandar JB. Kitaorang dinner bertiga je sambil berborak pasal stress dalam bekerja. Gituh! Haha. Halal?? Ya, owner Melayu dan Islam tau! Don't worry lorh..

Gerai Silver Fork, Johor Bahru

First suapan je dah terasa sedapnya makanan nih! Macam makan kat hotel beb! Punyalah enak, berlemak, cukup rasa dan rangup makanan bergoreng tuh! Kue teow hong kong tu pun sedap.. Kuahnya sedap bersama sama mee yang lembut! Aku suka kuah Hong Kong..Hehe..  

Lemak buttermilk pula tidak memuakkan dan agak pekat bagi aku kuahnya tu.. Lima menu kami share makan bersama! Puas hati behtols! Tanya punya tanya, rupanya chef aka owner ni pernah jadi chef di beberapa hotel dan tempat popular woo! Patutlah rasa dan gayanya seakan akan kat hotel! Padu beb!

Gerai Silver Fork, JB

 Ya, ikut SOP semua. Scan MY SEJAHTERA

Gerai Silver Fork

Suasana di dalam gerai makan

Nasi Goreng Seafood

Nasi Goreng Seafood - RM19

Nasi Goreng Kampung Butter Chicken

Nasi Goreng Kampung Butter Chicken - RM13

Sotong Goreng Tepung

Sotong Goreng Tepung vs Udang Goreng Tepung - RM30

Kedua dua menu bergoreng kat atas ni didatangkan dengan kubis purple tu...I love it lah! Rangup dan saiznya agak besar, bersesuaian harga gituh!

Fish and Chip

Fish and chip - RM16

Kue Teow Hong Kong

Kue Teow Hong Kong- RM6.80

Air Minuman

Dah makan, kena ler minum, kang tercekik pulak!
Selain air suam, kitaorang try Silver Fork Signature Drink macam dalam gambar. Antara harganya seperti di bawah ye:


Mango Soda Fruity - RM6.80

Milo Ais Chocolate Float - RM5.00

Sirap Bandung Vanilla Float -RM5.00

Fuhhhh, menggoda betul air tuh! Meleleh leleh, aku yang tengok pun meleleh air liuq!

jdt blogger

TERBAIK! SUGGESTED!
Sedap dan menyelerakan! Sambil makan, berangin pulak tu sebab tempat terbuka dan dapat dengar muzik dari Restoran Banafe Village sana..Hihi...Eh lagi satu, aku dengan cik Huda sempat hantar cuci kereta kat carwash sebelah gerai ni ui...Nice behtol! Balik rumah kereta dah berkilat kau!

Lokasinya di tepi jalan, dan betul betul berhadapan  dengan G5 Hotel (seperti dalam gambar di bawah) 

Gerai Silver Fork

Nampak kan tu...G5 hotel di arah bertentangan dengan tempat ni tau. Lepas kekenyangan, check in lah situ..Haha.. 

Gerai Silver Fork


Sedikit Latar Belakang tentang chef aka owner Gerai Silver Fork nih:

Nama: Abdul Halil Bin Salim

Antara pengalaman dan tempat kerja beliau sebelumni ialah seperti di bawah:

  • Holiday Villa Hotel Johor Bahru sebagai Exec.Sous Chef
  • Grand Paragon Hotel, JB sebagai Chef De Partie
  • Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai Senior Sous Chef dan banyak lagi hotel lain!

Haaaa, awesome kan! Jom tengok feedback, menu dan info lain pasal Gerai Silver Fork! Terjah je link Facebook mereka: https://www.facebook.com/TheSilverForks/

Lokasinya haritu aku waze G5 Hotel baru jumpa tempatnya... So korang boleh waze G5 Hotel jugak ye.. Pesanan awal: Selamat menjamu selera! 












Post a Comment

9 Comments

  1. Presentation makanan pun menarik la....terus lapar dibuatnya

    ReplyDelete
  2. Memang nampak menyelerakan semua hidangannya terutama sorong dan udang goreng. Mengancam!

    ReplyDelete
  3. Waahhhhh,,,, ni bila rasa nak makan kat hotel tapi dok tepi jalan punya vibes. Urgh.. Sedap Milo chocolate float tu..

    Kids friendly tak agak-agak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menu, yes.. tempatnya kena hati hati sikit kalau bawak bebudak sebab tepi jalan...

      Delete
  4. nampak menarik nya foods dia... area mana ni??? nnt bole try juga laa

    ReplyDelete
  5. Menariknya semua. Telan air liur dibuatnya

    ReplyDelete
  6. Menarik juga suasana gerai ni. Menu dia wow sungguh. Murah betul harga Kue Teow Hong Kong tu ye. Isi penuh sepinggan.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐