Review Filem Spider-Man: No Way Home (2021)

Review Filem Spider-Man: No Way Home (2021) || Hai korang! Harini aku nak review movie baru keluaran Marvel Studios ni..Spider-Man: No Way Home yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Spider-Man

*SPOILER ALERT* Sikit je spoiler ok!

Filem ini adalah sambungan daripada Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man:Far From Home (2019). Watak utama sebagai Peter Parker/Spiderman ialah Tom Holland, bersama-sama Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned Leeds, Benedict Cumberbatch sebagai Dr. Stephen Strange dan banyakk lagi! Mesti korang teruja tengok aksi dorang yang kembali dalamni seperti Doctor Octopus, Green Goblin, Lizard! Beberapa watak yang pernah berada dalam siri Spider-Man kini kembali!

Dalam scene terakhir Spider-Man:Far From Home (2019), identiti Spider-Man dah terbongkar oleh Mysterio! Aku ingatkan dah tamatlah kisah Spiderman ni ek.. rupanya ada lagi ui! 

Penonton dibawa melihat bagaimana kehidupan seorang Peter Parker atau Spider-Man selepas rahsianya diketahui. Ramai mencemuh Peter and kawan kawannya. Rumah yang dia tinggal tu pun dah jadi wanted. So Peter Parker melarikan diri ke sebuah apartment lain dan tinggal bersama ibu saudaranya, May dan Happy Hogan. 

Lagi kesian bila semua permohonan Peter dan kawan kawannya (Ned dan MJ) untuk masuk ke universiti pun ditolak sebab kontroversi yang dihebohkan tu walaupun tak terbukti kesalahan tersebut Spiderman yang buat.. Hmm.. Biasalah, ada yang menyokong, ada yang haters, tetap menyalahkan...

Dalam kesedihan tu,  si Peter Parker ni cari Dr Stephen Strange untuk memintanya mencipta mantera biar satu dunia dah tak ingat pasal hal hal kontroversi Spider-Man. Tapi mantera tu tak jadik pulak maka bermula lah plan Spiderman bersama teman wanitanya, MJ yang pintar dan Ned yang comel dan kelakar!

Nak tahu kenapa mantera tu tak jadik?? Kena ler tonton sendiri ye..Hihi..

Koreografi aksi filem ini sememangnya terbaik dan memuaskan. Sound dan muzik pun ngam clear! Apa yang aku boleh tekankan, Spiderman terkini dah semakin canggih mengikut peredaran masa. Bajunya pun cantik beb!!! Ada kelainan kau! Haha.. Tapi tetap tema warna yang sama gituh! At the end pun nanti baju hero ni bertukar jugak but sama tema warnanya..Hahaaa.. 

Bagi aku, filem ini cukup element sense of humournya, sebab ada jugak babak babak kelakar antara semua watak dalamni, menghiburkan, mendebarkan,  menyedihkan, mengejutkan dan menyakitkan hati woo! Tak bosan dan tak rasa rugi bila tonton. Terdapat ayat motivasi dan mesej pengajaran yang diberikan! I keep in my mind! Seorang hero mempunyai tanggungjawab yang besar. 

Kalini betul betul Spider-Man betul lahh..Kalau nak tahu maksud mendalam aku ni, korang kena gi tonton sendirik...Rasa macam tengok Boboiboy kuasa tiga....Heheh..Ops..hint sikit jer...Kalau nak fahamkan kenapa aku cakap camtu, sila lah tonton sendiri.. Part 18sx yang ringan ringan ada tapi sikit je..ada dalam tiga kali tak silap.. (Kemain alert~)

Soalan mengenai kenapa banyak watak jahat kembali muncul dalam era Spider-Man kalini padahal dah lama mati dalam siri sebelumnya, kejadian magik apa yang ada? Siapa yang mati dalamni? Dan bagaimana scene pengakhiran movie kalini? Kini terjawab! Rasanya macam ada sambungan lagi kot?? Tapi macam tak mungkin ah! Hahaaha..Pening ek baca review Nona ni? Penuh pertanyaan tak sudah! 

Ada yang mati dalam movie kalini tapi bukan musuh Spider-Man. Haaaaa, siapa tuu? Kena tengok lah ye...

Apa yang penting, aku suka lah kejutan demi kejutan yang dimunculkan dalamni! Siap ada yang menjerit dalam pangggung ni nampak kejutan tu.. Hihi.. Girlfriendnya, MJ dan kawannya, si Ned tu sangat banyak membantu Peter Parker dan menghidupkan lagi cerita ni tau..

Scene awal pun tak memboringkan, syok tengok, taklah slow je jalan penceritaannya.. Pasti menghiburkan dan puas hati lah! Saya bagi 8/10 bintang! Sila lah tonton di pawagam berdekatan korang!

No Way Home

Hello Peter! I'm Nona! I know you are Spider-Man! Please hayun i pergi kerja hari hari.. Malas nak drive! KAHHH! 




Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh dah tengok ye. Okay nak skip terus komen. Tak nak baca spoiler even sikit. Hehehe..nanti tak feel nak tengok.

    ReplyDelete
  2. wahh tengok spiderman kat today's market masai ke tuhh., hehehe

    ReplyDelete
  3. nanti nak ajak anak anak tengoklah

    ReplyDelete
  4. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete
  5. Best!!Kita menangis tengok Spiderman ni.Ha3 😂.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐