Kulit Gatal-Gatal Sampai Timbul Biji-Biji Kecil? Mungkin itu Penyakit Dishidrosis!

Kulit Gatal-Gatal sampai Ada Biji-Biji Kecil? Mungkin itu Penyakit Dishidrosis! ||  Hai korang! Pernah mengalami sesuatu seperti gambar di bawah?? 

Dishidrosis


Tetiba biji biji kecil timbul?? Uish, kalau gini, korang jangan garu garuuu! Mungkin ianya sejenis penyakit bernama Dishidrosis! Pernah dengar?? Aku tak pernah dengar! Baru tahu harini, so i share with uolz okayh!

Dishidrosis merupakan antara jenis penyakit kulit kering dan gatal yang biasa berlaku. Ia menyebabkan kelepuhan kecil yang berisi cecair, yang terbentuk pada tapak tangan dan tepi jari.

Kadangkala, ia juga boleh berlaku pada bahagian bawah kaki!

PUNCA BAGI KEADAAN PENYAKIT KULIT KERING DAN GATAL??

Punca sebenar bagi keadaan kulit ini tidaklah diketahui.

Namun, ia boleh berlaku disebabkan beberapa keadaan pencetus.

Antaranya adalah ketika seseorang itu sedang mengalami tekanan atau mengalami alahan.

Selain itu, seseorang yang kerap berpeluh pada bahagian tangan dan kaki juga amat cenderung untuk mengalami keadaan penyakit kulit kering dan gatal ini.

Jangkitan kulat pada kulit juga boleh memicu dishidrosis untuk muncul.

SIMPTOM-SIMPTOM:

  • Wujud lepuh seperti biji-biji kecil yang padat pada bahagian tepi jari, tapak tangan dan tapak kaki anda
  • Kulit anda menjadi gatal dan bersisik di sekitar kelepuhan tersebut
  • Berasa sakit pada atau sekitar lepuh
  • Berpeluh dengan banyak di sekitar kawasan kulit yang terkena lepuh
  • Kulit kering dan merekah yang kelihatan sebagai lepuh pudar
  • Kulit menebal di kawasan kulit yang gatal dan melepuh muncul

Kulit pada jari, tangan dan kaki anda mungkin akan menebal jika digaru dengan kerap.

Kawasan lepuh yang besar juga boleh dijangkiti dan boleh menyebabkan kesakitan.

Dishidrosis


SIAPAKAH YANG BERISIKO?

Sesiapa sahaja boleh mengalami dishidrosis, tidak kira sama ada seseorang itu merupakan kanak-kanak, remaja atau orang dewasa.

Namun, keadaan kulit ini paling biasa berlaku pada orang dewasa yang berumur antara 20 hingga 40 tahun, lebih-lebih lagi wanita! Aduhaii, ghisau hakak!

RAWATAN

Kebiasaannya, doktor suggest sapu krim untuk kurangkan kegatalan dan kesakitan yang dialami tapi kalau dah teruk sangat, lain pula rawatannya.

BOLEHKAN MERAWATNYA DI RUMAH?

Yes, boleh!! Cuba lakukan antara perkara ini:

  • Rendam tangan dan kaki anda dalam air sejuk bagi mengurangkan simptom yang berlaku
  • Gunakan air suam berbanding air panas apabila anda membasuh tangan atau mandi
  • Gunakan pelembap kulit dengan kerap untuk mengelakkan kulit menjadi terlalu kering
  • Gunakan kompres sejuk setiap hari sekurang-kurangnya 15 minit untuk setiap sesi bagi mengurangkan rasa sakit atau kegatalan pada kulit

KESIMPULAN

Jika berasa sangat tidak selesa dengan keadaan penyakit Dishidrosis, rujuk segera kepada doktor ya!


SNotakaki: Segala info, Nona dapat dari Hello Health Group




Post a Comment

5 Comments

  1. tak pernah lagi terkena macamni. Kalau ada pun sebab tak tahan dengan produk pencuci. Risau jugak kalau terkena sebab tak tau punca dari mana

    ReplyDelete
  2. Tgk gmbr tu tetiba rasa gatal2 plak haaha... Adoii ni kalau kena mau pedih oii tgk tmpt gatal tu

    ReplyDelete
  3. Kita pula contact dermatitis allergic dengan bawang putih, debu dan subtance dalam sabun atau syampoo. Rupa lebih kurang. Tapi kita kat kawasan jari sahaja dia kering lepastu kulit menggelupas. Jadi terpaksa pakai sabun syampu semua yg fragrance free & chemical free.

    ReplyDelete
  4. Kalau digaru2 semakin bertambah2lah

    ReplyDelete
  5. pernah terjadi dan garu. Memang melarat. Tapi selepas kejadian dan berlaku lagi terus tuam dengan kain guna air suam. Kurang sikit rasa gatal tu.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐