Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai

Hotel Tour & Product Review JDT Blogger Di Impiana Hotel Senai  || Selesai sudah aktiviti di sini. Dengan tudung pink, berbaju putih, aku bersiap awal sebab nak tumpang kereta dengan Blogger Eda dan Blogger Suzie. Sempena mengikut tema 'Pinktober', so kena ler pakai pink. Gituh..

                                                     

Sepanjang jadi warga Johor, this is my first time masuk dalam hotel ni tau. Menginap kat sini lagilah tak pernah, sebab tu aku setuju nak join tour ni, at least tengok sendiri depan mata, apa yang ada. Nanti bebila FREE time, bolehlah check in pulak. Kan. Tapi bukan setakat tour, ada beberapa produk lain yang dapat dilihat dan produk tersebut berguna pada masa kini.

                       

Setelah dibahagikan mengikut group, kita orang gerak mengikut personal in charge on that day. So berjalan lah together blogger Sis Lin, blogger Kak Afzan, Member Sis Lin (Izam dan Kak Sue)



#1  HOTEL TOUR

Kami dibawa masuk ke dalam Deluxe Room dan Executive Room. Teruja aku bila masuk bilik hotel yang bersih dan teratur susunan di dalamnya! Lebih excited dengan Executive Suited Impiana Senai Hotel nih sebab ada Televisyen 3D tuh! Pertama kali kulihat, so kalau rasa rasa nak baring kat atas katil, bolehlah pusing ke arah kita tapi kalau nak duduk minum kopi kat kerusi, just pusing jela TV tuh. Hewhewww~



Perghhh. I love it! 3D punya TV.
Memang exclusive betul this Executive Suite!!!!

Siap ada ruangan bekerja. 
Sambil bercuti, masih boleh hadap kerja kat situ..Tapi for me, kalau bercuti takdanya buat kerja apa-apa dah...Okay, next pergi ke Deluxe Room pulak.

Can you spot me there? Heeee :)
Ini TV biasa tapi design kat dalam is simple dan selesa. 

EH, nanti nak bercuti kat sini ar. One day.......

Bilik meeting pun ada

Ini tempat menunggu bagi mereka yang buat majlis perkahwinan dalam hotel ni.

Oleh sebab isu yang sedang berleluasa, segala bilik meeting, event room or wedding hall, mereka amat menitikberatkan tentang jarak 1 meter and other S.O.P... So you guys dont worry and can book for your event or meeting. Okayy 
Also has pool!

Nak tahu lebih lanjut pasal this hotel? Terjah Website : www.impianasenai.com atau contact +607 595 8899 atau info.lhs@impiana.com



#2   PRODUCT REVIEW by DRS SECRET

Ini tentang skincare yang sangat membantu untuk mencapai tahap kecantikan semulajadi. Aku dah cuba produk ni haritu sebab ada open for facial menggunakan produk tersebut. Pergh, memang lembut kulit, rasa moist dan glow sampai habis event. Hihi. Selesai facial, show off muka pada ahli JDT Blogger yang lain, terus kak Suzi and kak Eda pun try it. Hehe.. Ni kalau guna terus hari-hari, confirm dah tak perlu tepek foundation lagi bila keluar rumah. 

Sedikit Explanation oleh si cantik Angeline dari Brand Culture JB

5 barang ni untuk kulit aku pada hari tersebut..

Nak runcing dagu, nak bentuk muka sampai jadi V-Shape, nak cantik secara natural?
Boleh try this. Singgah link Facebook Drs Secret  ,  Instagram Link https://www.instagram.com/drssecretofficial/ atau hubungi  di talian 016 719 9010



#3  PRODUCT REVIEW by VSCHOOL TREND

Ini menarik! Special untuk anak-anak dari usia 7 tahun sehingga 17 tahun. Lebih-lebih lagi sekarang zaman study kat rumah je. Memang perlu sesi pembelajaran seperti ini. Modul-modul dalam ni pasti boleh menarik minat student sebab berserta dengan audio yang pelbagai, dan notes yang berwarna warni. Pasti mudah untuk difahami dan diingati. Semua topik adalah mengikut silabus pelajaran di sekolah. Ibu bapa juga boleh memantau sesi pembelajaran anak-anak dari jauh. 

Yes, sediakan yang terbaik buat pembelajaran anak-anak for their future. 'Study anytime, anywhere!'

Info lanjut di WEBSITE VSCHOOL TREND


#4  PRODUCT REVIEW by INCHAWAY
Dalam badan kita, mesti ada lemak jahat yang degil dan boleh merosakkan kesihatan kita. Oleh itu, produk ni untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam badan dan menyihatkan tubuh kita. Ianya mengandungi Scha Inchi Oil dan Macadamia Oil. Memang rasa nak membuang setelah beberapa jam. Tapi kesan cepat tu depends pada body masing-masing ya.


Nona mix dengan buah..Lebih membantu proses pengurangan kolesterol.. 

Info lanjut di Instagram HealthTalkSinc

Tamat sudah tour pada hari tersebut. Phew, banyak juga perkongsian bermanfaat.
Facial settle, kita pun terus lunch di The Tiffin Impiana Hotel Senai. Kini sedang ada promosi tau.

Semuanya nak dimakan!!! Hahaa

Waktu Operasi 
Isnin-Jumaat (12PM-0230PM)

Harga
RM25 nett Dewasa
RM12 nett Kanak-kanak

Untuk hari Sabtu & Ahad serta Public Holiday:

12 PM- 04 PM sahaja

Harga 
RM30 dewasa, dan RM15 untuk kanak-kanak

Kalau nak buat tempahan awal, direct contact nombor di bawah,

 Whatsapp nombor 016 713 4590
 

Done tour. See next if i want to check in this hotel. WOW

Thanks to Grace Chiam kerana membantu dalam kerjasama antara JDT Blogger with Brand Culture PR dan Marcom Agency  



Taken by : SIS LIN 









Notahati : Aku suka event camni, sekurang kurangnya, lihat dunia luar,got something new things to share.. 


 

Post a Comment

10 Comments

  1. Kan kan Nonaa..tak semestinya nak stay baru nak masuk hotel, at least bila dapat tour hotel macam ni, so kita ada pilihan bilik yang mana best untuk kita stay kan kan..

    ReplyDelete
  2. terbaik laa.. Banyak-banyak part paling best dapat jalan tengok bilik dan makan. Yummm~

    ReplyDelete
  3. akak menyaksikan sepanjang tempoh pembinaan hotel ni sebab umah mak akak blkg tu, hihi

    ReplyDelete
  4. Aktif sungguh JDT blogger ni ye. Tahniah.

    ReplyDelete
  5. aku pun teruja gila tengok tv 3d tu non..

    ReplyDelete
  6. Lawanya mask pink tu. Beli mane. Hehe. Ni kalau menginap hotel anak la excited tgk tv. Haha

    ReplyDelete
  7. Kita berkenan betul dengan Executive Suite tu ha..nice sangat kalau stay kat Executive Suite.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .