Masakan Malaysia : 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia!

Masakan Malaysia : 6 Makanan Luar Biasa Yang Membolehkan Anda Merasai Citarasa Asli Malaysia!


Malaysia ada pelbagai jenis makanan dan setiap kaum ada makanan aslinya yang tersendiri. Untuk kaum melayu terkenal dengan menu nasi lemak, kaum cina dengan nasi ayam serta kaum india dan mamak dengan menu nasi kandar. Jika dikira semuanya memang sukar kerana terlalu banyak makanan yang ada. Rasanya juga pelbagai dan sedap-sedap belaka. Boleh pilih dan nikmati mengikut selera.



Keunikan makanan di Malaysia ini turut mendapat tempat di hati para pelancong. Dek kerana itu ada dikalangan pelancong asing yang kembali bercuti di Malaysia hanya kerana rindukan masakan citarasa asli Malaysia sebagaimana yang telah pernah dicuba ketika berada di sini. 


Dan dalam banyak-banyak makanan luar biasa special di Malaysia dengan rasa asli, di sini dikongsikan lima jenis makanan patut di cuba sewaktu berada di Malaysia ini. Antara lima menu makanan special itu adalah :


#1 - Yong Tau Foo


Yong Tau Foo merupakan salah satu antara makanan jalanan yang popular di Kuala Lumpur. Yong Tau Foo merupakan makanan dari kaum cina tapi turut juga disukai oleh kaum yang lain. Yong Tau Foo ini juga boleh dibeli secara bungkus yang enak dan senang dibawa pergi untuk makan di mana saja. 



Selalunya ia diperbuat daripada kepingan kacang tanah dibungkus dengan daging atau pes ikan yang kemudian digoreng dalam kuali. Hidangan ini juga boleh dihidangkan dengan Tauhu sebagai bahan isian untuk orang-orang yang mencari pilihan dalam hidangan vegetarian.



#2 - Nasi Lemak 


Hidangan nasi yang cukup popular di negara-negara Asia, makanan ringan sederhana ini dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia yang juga boleh dirasakan di Kuala Lumpur. Hidangan ini diperbuat daripada santan, sambal, ikan bilis, kacang tanah dan telur rebus. Oleh kerana permintaan tinggi oleh penduduk tempatan, Nasi Lemak juga disajikan dengan rendang ayam dan daging dan juga sesuai dengan anggaran.



Walaupun reputasi nasi lemak sebagai salah satu makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi, permintaan untuk nasi lemak semakin tinggi disebabkan keenakan rasanya yang membuatkannya berbaloi dan digemari ramai. 


#3 - Nasi Ayam 


Semasa berjalan di jalan-jalan di Kuala Lumpur, pasti akan dapat melihat penjaja dan restoran yang menjual nasi ayam dengan mudah. Nasi Ayam ini juga merupakan salah satu makanan yang terkenal. Ia popular bukan saja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh pelosok Malaysia. 



Hidangan ini mempunyai dua bahan utama iaitu ayam dan nasi. Cara yang biasa dibuat untuk membuat hidangan ini adalah dengan cara memasak nasi dengan stok rebusan ayam dan ayam itu seterusnya digoreng dengan beberapa perapan bahan sos dan rempah ratus. Akhir sekali, ia dihiasi dengan sedikit bawang merah goreng dan ketumbar. 


#4 - Roti Canai


Roti canai merupakan salah satu makanan yang amat diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia dan selalu dinikmati tidak kira masa. Ada orang yang suka menikmatinya semasa sarapan, makan malam dan lain-lain lagi malah terdapat juga pelancong asing yang meminati roti canai. Roti canai biasanya dihidangkan bersama kuah dal dan kuah kari. Untuk membuatkannya terasa sedap lagi, makan bersama teh tarik atau teh ais.  



Roti canai juga terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya mestilah yang biasa kita makan iaitu roti kosong, dan yang lain seperti roti telur, roti mentega, roti tisu dan lain-lain lagi. Kini terdapat pelbagai jenis roti  canai yang telah diperbaharui bagi mengikut peredaran masa dan memenuhi kehendak pelanggan. Antaranya ialah roti keju, roti milo, roti canai telur goyang dan banyak lagi.


#5 - Nasi Kandar


Nasi kandar merupakan salah satu menu yang paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. 



#6 - Satay


Kalau berada di Malaysia tak makan satay tak sah! Lagi-lagi untuk para pelancong. Ini kerana satay memang sedap dan menyelerakan. Satay ini merupakan potongan daging yang diperap dengan rempah ratus seterusnya di bakar hingga masak. Selalunya satay yang dibakar ini memang harum, sedap dan lembut berjus.


Makin best bila satay ini dihidangkan bersama dengan kuah kacang yang pekat. Kombinasi rasa kuah dari kacang yang berlemak, di tambah dengan cili dan santan, memang sangat mengagumkan. Kecil besar, tua muda, semuanya suka makan satay dan tak hairanlah kenapa satay ini boleh melonjak sebagai salah satu makanan wajib cuba di Malaysia. 


Makanan Malaysia Boleh Order Online Guna Foodpanda 


Tak kisah apa menu makanan yang diinginkan, untuk mudah boleh order guna perkhidmatan Foodpanda. Apa yang perlu dibuat hanyalah dengan memuat turun aplikasi Foodpanda ini ke handphone kemudian boleh masukkan lokasi terkini dan pilihan pelbagai makanan Malaysia akan terus muncul untuk dipilih. 



Setelah tahu makanan apa yang ingin dinikmati, boleh terus sahkan pesanan dan tunggu saja makanan yang dipesan ini tiba di depan mata. Dengan servis order food oleh Foodpanda begini sudah pastilah ianya dapat membantu memudahkan urusan orang ramai seperti kita ini..


Mungkin satu hari teringin nak makan sesuatu tapi malas nak drive, ataupun mungkin juga ditakdirkan kurang sihat dan tak ada tenaga untuk masak, bolehlah gunakan perkhidmatan pesanan berserta penghantaran makanan dari Foodpanda ini. Tambahan pula, harga makanan dan caj penghantaran yang ditawarkan masih di tahap berbaloi. 

7 comments:

  1. Aje gile ko Nonnn...camne laaa nak diet ni oiii... nengok semua sedap, terus teringin hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diet lah hari-hari, time cheat day je telan..kih3...

      Delete
  2. Paling Malaysia sekali nasi lemak dengan nasi kandar la..hahha

    ReplyDelete
  3. Semua favourite tu Nona oii..Ni yang rasa nak buka apps foodpanda ni. haippp!

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐