Good Night! Rasai Pengalaman Menginap di JO Hotel, Johor

Good Night! Rasai Pengalaman Menginap di JO Hotel, Johor || Hi! Moga sihat selalu ye.. Stay safe! So, ini kisah haritu bila aku teringin nak tidur hotel tapi malas merentas daerah lain, tapi tak nak lebih bajet! Huishh, banyak TAPI kan, maka ke sinilah aku, JO Hotel...Dalam negeri sendiri jer...Johor. Yeah, I am Johorean! 

Pergi dengan sapa haritu? Buat apa kat hotel nih?? Mahal tak? Best ker? Ok, bertalu-talu soalan ye... Aku pergi together dengan beberapa wanita cantik JDT Blogger tau, bukan berdua dengan suami~ Lorh.

Hotel ni asalnya ialah Tropical Inn tau, cuma sekarang dah bertukar ke JO Hotel.  

Musim Pandemik Covid 19 nih, bilik yang dah dibersihkan, mereka letak sticker like this tau. Baru lebih confident nak check in! Hehe..

JOM MASUK BILIK!

Nona dapat bilik di tingkat 19. Menginap di Bilik 'Deluxe Tripple' yang terdiri daripada sebuah double bed, sebuah single bed, televisyen, meja, kerusi rehat, air-cond, peti sejuk, pemanas air, telefon, cermin dan almari pakaian.  

Chak!
Berseri warnanya!
Tenang!

BILIK YANG SELESA DAN TERATUR

RM 160 untuk seharian berserta breakfast.
Luas, selesa sangat oi untuk tiga orang!

Perghhhhh, legend! Teruja seketika. 
Guna button-button ini untuk switch on air cond dari suhu perlahan hingga ke paling tinggi... 
Klasik punya style gituuu...


Kerusi dan meja jika ingin melakukan pekerjaan di situ.. 

Aku suka bila hotel tu ada peti sejuk..Hehe~


TOILET 

Dan antara benda penting ialah toilet yang bersih! 
Kalau tak bersih, nak pijak pun ada sedikit ralat lah, kan? Dah bayar, toilet seharusnya bersih.
And yes, toilet kat sini memuaskan hati... Ada pilihan untuk menggunakan air panas atau sejuk semasa mandi dan di sinki.


ARAH KIBLAT SOLAT 
Untuk orang Islam, arah kiblat pun antara benda  penting sebab kadang-kadang ada orang yang tak download apps arah kiblat, macam aku..Huhu... So ini sangat PERLU!


PELAN KECEMASAN

Yes, siap ada pelan kecemasan buat para pengunjung yang stay sini..in case berlaku kebakaran or kecemasan lain, senang kita nak rujuk..Malang kan tak berbau. So pelan seperti ini amat berguna sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. Safety first! 


TEMPAT IRON

Wujud iron board tapi di luar bilik. Walaubagaimanapun, untuk tingkat 19, takda pulak iron board nih, so kena naik ke level 20.

Pemandangan malam dari bilikku ...Bercahaya bangunan JLand tuuuu~ Memang nampak bangunan di sekitar bandar JB jela..takda view lain..Huhu



Bila malam berlabuh...aku excited dengan acara malam tu, Parti Kelawar namanya~ Dalam parti ni, sudah tentu ada aktiviti makan makan dan juga acara lain, iaitu acara tukar tukar hadiah gituu... Tak sabar! 

'FAMILY ROOM' YANG SESUAI UNTUK BERKUMPUL

Parti ni kami adakan di bilik lain. 'Family Room' yang sangat special sebab bukan sahaja ada bilik tidur malah ada ruang tamu woi! Ini biliknya...Dan kat toilet pulak ada bath tub! I love lah bath tub, sebab kat rumah takda bath tub..Hehee~ 

Nak tahu apa lagi ada dalam 'Family Room' nih?
Boleh terjah pengalaman Sis Lin pulak!

Ok, Jom makan dan settlekan acara tukar hadiah!

Antara hadiah-hadiah menanti~

Yang menang hadiah luck draw daripada aku ialah Cik Sun! 

Ye, inilah bilik cik Sun and the gang pada hari tersebut.


Dan.....aku dapat hadiah dari roomate aku sendiri!
Yeah, perkenalkan, Mak Lin yang kurussss..Jealous aku!

Apa aku dapat tu? Ha, Baca SINI

Kesokan pagi tu, breakfast lah kita ke Bibik's Kitchen. Harga bilik Nona dah termasuk breakfast, so takdalah turun nak bawak duit lagi. Slumber jer macam sis Lin, turun guna baju kelawar dia tuh! Hahaha..

Tapi in case korang memilih set penginapan yang tidak disertakan dengan breakfast, bolehlah try  set breakfast kat sini dengan harga RM10 seorang.  Ok, jom tengok apa kami telan!

Ada nasi lemak, lontong serta bakso!

Mine. 
Lontongnya penuh semangkuk dan memuaskan! I like it!

Okay, settle makan. Golek balik atas katil! Hehe.. 


FEEDBACK NONA

'BEST! BERBALOI DENGAN HARGA !'

To me, this hotel selesa, susun atur simple but nice, segalanya dalam bilik kat hotel ni memang berfungsi dengan baik. Air cond sejuk sangat, Wi-Fi pun mantap gilaaaa! Yeah, baru puas nak online kat hotel nih....Heheee~ TV pun ada siaran walaupun tak banyak mana. Masih boleh tonton siaran menarik!

Dan lokasinya strategik kerana berdekatan dengan bandar, so sekiranya blur tak tahu nak makan apa, atau ada barang urgent nak beli,  bolehla terjah ke mall-mall berdekatan. Mudah!!!!!  Sambil bercuti, sambil shopping, sambil enjoy gituhhhh!


Jalan kaki pergi City Square Mall, beli Aunt Anne..Craving Satisfied!

Nona, bagaimana dengan S.O.P? Jangan risau, mereka faham dan telah melaksanakan mengikut SOP yang sepatutnya ye..

Oh yaaaa! Kalau nak tahu,  ada banyak bilik kat sini  tau antaranya seperti Superior Twin and Queen, Deluxe Twin and Queen dan juga Delux Triple... Sesuai untuk pasangan suami isteri atau family...Jom aku tunjuk beberapa gambar seperti di bawah...




Haaaa, menarik, kan? Pilih je nak bilik yang mana satu!
 Mengikut bajet dan kesesuaian masing-masing

Okaylah, panjang kita cerita untuk bagitahu betapa bestnya hotel ni sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Jom rehatkan minda! Nikmati saat tidur dengan katil yang empuk, bantal yang lembut dan suasana tenang camni....Buat masa ni, kita tidur peluk bantal je dulu..Huhuuu....

Good Night Everyone!


Nak jugak staycation bersama yang tersayang di sini? Jom dapatkan segala info dan harga refer info di bawah ye...

JO HOTEL JOHOR BAHRU

No.15 Jalan Gereja , 80100 Johor bahru 

Contact No 

+607 288 8688

Website

The Jo Hotel Johor Bahru

Facebook

Instagram


Let's stay JO Hotel!




9 comments:

  1. best ni non. Siap buat small party lagi. Bilik hotel pun nampak bersih. Tengok pula pemandangan sekitar JB.

    ReplyDelete
  2. Hehee... Yes... biliknya memang bersih tau.. best... best ....

    ReplyDelete
  3. Luas biliknya.
    Baru ingat nak ke Johor awal bulan Oktober, terpaksa cancel sebab kes di Sabah meningkat mendadak takut keluar tak boleh rentas balik.
    Terima kasih kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas... sila singgah.. pakej banyak.. pilih je ikut bajet yang dimiliki.. ngammm

      Delete
  4. hahahhaha tu lerrr aku pun jeles mak lin da kurussss

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat 2malam lagi puas ek.. terus lepas tu party baju sukan ek, sebab memasing nak kurus hahahahaha

    ReplyDelete
  6. waaaaaa bestnyaa girls staycation

    ReplyDelete
  7. Cantik bilik luas dan selesa. so rare lah remote AC tu. klasik gila. wahh tema kaftan party ke tu?
    Seronok bertukar tukar hadiah. Aduhh kenapa muncul lontong yang sedap tu. Teringin pulak kita.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐