Jawapan Untuk Teka Teki Isnin

Jawapan Untuk Teka Teki Isnin

 Jawapan Untuk Teka Teki || Yess, nak bagi jawapan.. maaf.. semalam masa menaip.. dah tertidur.. Ngantuk benor! Ini jawapan untuk dua teka teki yang aku berikan pada entri INI

Tiada yang dapat jawab tekaan untuk sehari yang diberikan pada soalan pertama..Untuk soalan kedua, member aku ada yang PM tepi jawapan. And betul!!! Takdak hadiah, saja ujii...Kah!

Soalan pertama:

Memula terfikir, betul ke jawapan yang dorang bagi tu?
Bila baca komen...oh..yela...ianya adalah brand..kadang kadang teka teki tu berkaitan jenama jenama sesuatu produk...



Soalan kedua : 
Haaaaa..ini setuju!!! Haritu masa pergi training Emergency Response Team (ERT), aku belajar pasal benda ni.. Kenapa api semakin marak dalam kebakaran dan bagaimana mengatasinya...So harini Nona nak share sikit Prinsip Memadam Api dalam Kebakaran: 

1. Melaparkan ( Starvation )
Ini bermaksud kita biar api tu lapar mencari benda yang boleh dibakar.. Dengan kata lain, mengurangkan atau mengasingkan bahan dari tempat kebakaran seperti:-

a. Memindahkan bahan-bahan yang belum terbakar ke tempat yang lebih selamat
b. Mengalihkan bahan yang terbakar ke tempat yang lebih jauh dari bahan-bahan yang belum terbakar.
c. Memecahkan serta menghancurkan bahan tersebut kepada bahan yang lebih kecil supaya mudah dipadamkan.

2.Melemaskan (Smothering)

Seperti yang kita tahu, oksigen akan membuat kebakaran semakin besar. Jadi kita perlu lemaskannya. Penting untuk melakukan aktiviti menghalang dan mengurangkan kadar kemasukan gas oksigen ke dalam kebakaran. 

Sekiranya ia dilakukan, kebakaran akan padam dengan sendirinya. Kaedah ini dapat dibuat dengan menggunakan alat pemadam api jenis foam, pasir, debu kering, gas atau menggunakan kain basah.

3.Menyejukkan (Cooling)
Bahan bahan yang mula mengeluarkan wap atau gas terbakar apabila mencapai takat sambaran. Inilah keperluan proses penyejukan. Ianya untuk menyegerakan penurunan suhu kebakaran agar berubah menjadi lebih rendah dari takat sambaran apabila proses pemeluwapan diberhentikan dan kebakaran terpadam. 

Kaedah ini dapat dilakukan melalui semburan atau menggunakan gas karbon dioksida.


Sekian saja perkongsian yang ada.. 



Kalau nak tengok dan baca teka teki lain, boleh terjah link INSTAGRAM INI 

Post a Comment

8 Comments

  1. finally !!!! ini jawapan dia rupanyaa hahahaha mmg fikir binatang je la sblm ni hahaha kena fikir luar kotak betul

    ReplyDelete
  2. Binatang tu dah kaya sekarang.
    Siap ada bank lagi.

    ReplyDelete
  3. Jawapan dia memang tak terfikir lansung..ada betulnya jugak kan. logik lah gitu.
    Johor Southern Tiger :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .