Tajuk : 5 Tips Dapatkan Engagement Media Sosial Tahap Maksimum

 Apa


#1  Sentiasa berkongsi info menarik dan kisah kisah yang dekat dengan kehidupan sekeliling

Ini yang aku sentiasa cuba praktikkan bila menaip sesuatu di media sosialku..Sama ada di blog mahupun di Instagram atau Facebook..  Ada orang memang suka baca pengalaman orang lain sebelum pergi ke sesuatu tempat atau membeli sesuatu makanan tersebut.. Sesekali, selitkan unsur jenaka untuk menarik perhatian pembaca agar selesa dan tenang jika berkunjung ke blog atau media sosial yang lain.

Sebab, aku sendiri pun suka baca info dan kisah yang dekat dengan jiwa aku..


#2 Bertindak kepada pembaca

Aku sebolehnya try untuk reply apa yang pembaca komen. Tak kisah yang komen tu memang blogger atau anonymous, tapi selagi komen yang ditinggalkan itu tidak memudaratkan, maka aku akan cuba untuk jawab atau reply..Tinggal orang tuhla untuk datang balik dan baca balasan komen dariku.. Dan pembaca lain pun ada masanya suka baca balasan serta komen daripada orang lain untuk menambah info sendiri..Kan



#3 Kekal Berhubung

Untuk diri ini terus dikenali di dalam media sosial, kekallah berhubung antara satu sama lain. Saling 'boom' dengan membalas komen, dan likes posting orang lain. Dari situ, kita takkan tenggelam. Orang nampak kewujudan kita dan tak ragu ragu untuk cari tahu tentang apa apa link media sosial yang kita miliki. Akan ada someone yang sudi bekerjasama kerana kita dipercayai. Kita Wujud. Haaa..gituhhhh...

Aku pun akan make sure, tak biarkan media sosialku sepi tanpa berita dalam jangka masa yang lama..Sayang kan..Hehe..

Follow my IG. sapa boom, i boom balik..
Hehee...

Tapi be careful, jangan too much sampai lebih limit dalam sehari, takut kena block..Haruuuuu


#5 Mengadakan Contest/ Giveaway

Yes, bila buat giveaway, memang naik engagement sebab orang akan datang cari info tentang contest tersebut. Para peserta yang join dikehendaki untuk melakukan beberapa syarat seperti FOLLOW, LIKES Dan SHARE. Semakin berkembang cuma kena sediakan bajet untuk hadiah.. Jika bukan hadiah berkaitan duit, boleh bagi dari segi perkhidmatan, seperti membuat doodle menarik, atau header blog atau promote di laman sosial lain.


#6 Tag di Media Sosial 

Ini memainkan peranan penting jugak. Haritu aku tak boleh update caption dan tag di Instagram, pergh....S T R E S S  sangat! Gerammm, rasa macam nak call je Office Instagram tuh tauuu! Tag ni penting, orang nampak kita review benda yang camana. Senang untuk mereka cari info lebih lanjut bila kita ada buat tag dalam caption..

Tentang HASHTAG: Kadang kadang ada orang guna hashtag yang takda kena mengena dengan gambar tapi disebabkan sesuatu tag tu tengah viral, maka mereka meletakkannya pada post..kerana sesungguhnya mereka tahu mesti ramai cari tag tu dalam masa tertentu. 

Bila kita tag sesuatu pada gambar, orang pun akan nampak kita jenis profile yang camana...

Oh ya! Ada lagi satu untuk dapatkan dan naikkan engagement, boleh try Facebook Marketing Malaysia dan Digital Marketing Malaysia. Mereka ada buat banyak servis untuk naikkan engagement ..Confirm result yang memberangsangkan...







Sekian saja beberapa tips yang aku guna dan try agar link aku disedari kewujudannya..Kalau kalian, macamana pulak?? Jom share! Boleh kita follow belakangggg


Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus share tips. Ehh terselit pulak ss dalam entry ni. Terima kasih atas perkongsian ni Nona.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐