Dine On Bibik's First Peranakan "Tok Panjang"

Dine On Bibik's First Peranakan "Tok Panjang" || Ini kisah haritu di mana aku tertarik untuk merasa menu menu peranakan..Ada kelainan ke camana dalam menu tersebut? Alang-alang bercuti tu, kita lunch dulu sebelum check in ke JO Hotel.. 



Maka terjah lah ke Bibik's Kitchen bersama geng JDT Blogger. Wah kau Non, sampai dapur Bibik pun ko singgah ek...Hehe..

Pada tajuk tu aku ada sebut pasal Tok Panjang. Apa itu? Haaa.. Dalam Hokkien, 'Tok' itu merujuk kepada meja manakala 'Panjang' merujuk kepada budaya Peranakan tu sendiri..Mereka mengamalkan penggunaan meja panjang untuk tetamu dan dihidangkan pelbagai makanan di atas meja tersebut. 

Salah satu sebab aku tertarik untuk try menu Peranakan kat sini adalah disebabkan set exclusive Nyonya set Lunch berharga RM35 sahaja untuk dua orang dari haritu sampai sekarang!

So, apa menu yang ada dan set yang kami try?

At first, kami dibenarkan untuk buat sendiri Kueh Pai Tee, iaitu sejenis pembuka selera dalam majlis pada zaman Nyonya...


Buatan sendiri..kih,kihh...
Udang ada, telur ada, sambal ada..
eh macam macam dalamni!

Nah, nona highlight terus menu utama yang ada kat sini... 

Ayam Pongteh

Cencaru Sumbat Sambal

Ayam Kapitan

dan

Limikotea

Sebagai pencuci mulut,

terdapat kuih seri muka, kuih koci dan klepon (ondeh-ondeh)

Selain itu, menu ni jugak wajib korang try tau!

Kueh Pai Tee (RM6)

Assam Pedas Kepala Ikan (RM35)

Ayam Buah Keluak (RM15)

Nyonya Chap Chye (RM6)

Udang Masak Lemak (RM18)

Telur Dadar Cincalok (RM10).


I love the telur dadar cincalok tu! 


Ini rupanya ayam buah keluak.
Baru tahu apa itu buah keluak..Tak kena sangat dengan tekak kita buah ni..Haha..tapi puas hati dapat merasa...

Hi Assam Pedas Kepala Ikan!
Betul betul masam dan pedas! Cukup rasa!
Air liur merembes keluar bila teringat!

Udang sambal petai ni sedap weh!I love it!


Ayam Kapitan
Kari yang dimasak mengikut Nyonya style

Fuh, ada sup itik pulak!
First time makan...Boleh tahan bau herbanya...

Cendol oh cendol!
Manis! Segerrr terus!

So, if korang nak try jugak rasa kelazatan menu Nyonya kat sini, terutamanya Assam Pedas Kepala Ikan, Sambal Petai Udang, Telur Dadar Cincalok dan lain lain lagi, jom try! Memang ada kelainan daripada yang selalu kita masak tu..Hehe...Puas hati bila keluar duit untuk merasa menu menu kat sini!

In conjunction with Christmas festival on 24-25 December 2020, lets celebrate the one and only Bibik Style Christmas Dinner in Bibik's Kitchen at only RM80 nett for two pax come with Goh Hiong Roll, Roasted Chicken with Keluak Sauce, Steamed Fish with Nyonya Sauce, Pulut Kuning, Sago Gula Melaka,  and lemongrass drink..


Inilah 'Tok Panjang' style!

This Hall name is THIA BESAR..Cantik..deko gaya baba nyonya style tau!  Takleh tengok kebaya kat situ! Geram rasa nak try, tapi size takda! KAH KAH!



Untuk reservation dan maklumat lain, korang boleh direct call hotel ni +607 288 8688



Post a Comment

10 Comments

  1. Udang sambal petai tu dah ada dalam list nak masak. Sedihnya petai asyik tak ada je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh, kesiannya... nanti p beli simpan buat stok.. hehe.. masak tau!

      Delete
  2. geramnya tengok menu semua...sedap2

    ReplyDelete
  3. sedap sedap semuanya..takleh aku lupa asam pedas dengan ayam kapitan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ahh.. tapi i suka sambal petai udang.. ngeheheeh

      Delete
  4. Jomm Non teman Sis makan asam pedas kat sana lagi....nak tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weh, teman je ke.. hahahahaa.. teman je.. leh je.. i on diet.. i duduk tepi teman you pun bolehhhh sistur

      Delete
  5. cendol tu ! sedapnyaa makan musim panas mcm ni

    ReplyDelete
  6. hidangan yang lazat lazat. Lama pulak tak makan pai tee tu. suka crispy kulit tu dan inti vege.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐