Hidangan Cina-Malaysia Yang Sesuai untuk Perayaan Tahun Baru

Hidangan Cina-Malaysia Yang Sesuai untuk Perayaan Tahun Baru  || 2020 bakal pergi, 2021 pula datang. Cepat masa berlalu..tapi Covid 19 masih belum pergi..Sabar jela..

So, sempena tahun baru yang bakal tiba, harini Nona nak share hidangan Chinese-Malaysian yang sesuai untuk perayaan Tahun Baru. 

Apa kata, sesekali berubah angin mencuba menu Chinese pula.. Kan? Tapi semestinya yang halal..

Err..sekarang ni nak keluar bersesak kat kedai makan tu pun dah tak berani kadang kadang tapi teringin makan..atau teringin cuba makanan hidangan lain....Menu kaum lain..

Haaaaa, jangan gelisah, boleh gunakan perkhidmatan seperti Food Panda untuk Food Delivery ke tempat kediaman memasing..


Jom tengok antara menu hidangan cina-Malaysia yang halal ialah:


1. Yee Sang

Yee Sang atau nama lainnya ialah salad ikan mentah gaya Kantonis. Ianya melambangkan kemewahan, kemakmuran, dan kesuburan. Ada pelbagai jenis sayuran di dalam yee sang. 

Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan seperti ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum

Google

Dan yang menariknya, mereka akan melaungkan yee sang tu sambil melaungkan 'lou hei' yang bermakna gaul naik. Menurut kepercayaan mereka, lebih tinggi yee sang diangkat dan digaul, itu bemakna lebih banyak kemakmuran dapat dicapai.


2. Mooncake

Nona suka mooncake! Tapi ikut la apa inti di dalam. Mooncake ialah makanan tradisional warga Chinese dimakan semasa pertengahan musim luruh.

SDS punya mooncake! 
Halal!

Ianya mengandungi inti yang tebal dan meriah dengan dicampurkan telur kuning atau telur masin.

Mooncake didatangkan dengan pelbagai perisa. Ada perisa pandan, kacang merah, kaya dan sebagainya.

Sedap dan Nona suka! Cuma ada jugak jenis yang non halal.. Careful!


3. Dumpling

Dumpling merupakan makanan tradisional cina yang membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao. Ianya sedap, boleh direbus atau digoreng.


4. Dim Sum

Dim sum diperbuat dari tepung jagung, tepung gandum yang dicampurkan bersama isi udang, daging, ayam serta sayuran.

Dim sum di Renaissance Hotel 

5. Mee Wantan

Mee wantan antara hidangan yang begitu dikenali di Malaysia. Ianua merupakan hidangan mee Kantonis yang dihidangkan bersama sup panas, sayur hijau seperti sawi dan juga wantan. Kenal wantan? Hehe



6. Nasi Ayam Hainan

Nasi ayam Hainan pun popular di Malaysia kini. Ia antara hidangan masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ini dinamakan nasi ayam Hainan kerana ia dipopularkan oleh masyarakat Hainan yang berada di kawasan Nanyang.

7. Tau Fu Fah

Ini salah satu makanan kegemaran emak Nona. Manis dan sedap! Mana tak manisnya, dah dimakan mesti nersama air gula putih atau merah sebagai manisan.

Pergh, memang enak dimakan sejuk atau panas.


8. Glutinous Rice Cake

Ianya juga dikenali sebagai Tang Yuan.

Tang Yuan merupakan hidangan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Selalunya, ia dimakan semasa Festival Tanglung. Namun, ia juga sering menjadi pencuci mulut semasa majlis perkahwinan.

Colourful!



Whoaa..banyak jugak eh! Sedap sedap pulak tuh! Unik dan pelbagai..kalau nak tahu apa rasa hidangan di atas, semestinya kena try...Tengok mana yang kena ngan tekak...Order je terus di tempat berdekatan anda dengan apps Food Panda tau.. Food Panda ada, settle! Hikhik...



9 comments:

  1. Replies
    1. Sedap. kan... hehe.. orang Melayu dgn nasi tak dapat dipisahkan.. hehe

      Delete
  2. haah la..da tak lama lagi ekkk nak CNY

    ReplyDelete
  3. Yee sang, mooncake dengan Glutinous Rice Cake tu tak pernah makan lagi. Hidangan trademark tahun baru. sedap sedap :)

    ReplyDelete
  4. seriously i love mooncake too !!!

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐