Hukum Melakukan Sihir

Hukum Melakukan Sihir ||   Aku tertarik dengan perkongsian dari Saharul Ridzwan tentang kisah manusia yang terkena perbuatan sihir sehingga mengganggu rumah tangga mangsa tersebut... Ganggu bukan calang-calang..tapi sampai bercerai berai! Astaghfirullah!!

Tapi memang wujud sihir pemisah ni! Dah namanya hati busuk, mana kisah kesengsaraan orang lain, kan! Bila dah cuba sondol tak dapat, apa lagi..mintak bantuan jin dan syaitan ler pulak .... Hadoi!

Aku memang stress tengok drama 'Cinta Sekali Lagi' kat TV 3 bila ianya berkaitan dengan sihir sihir ni... Geramm sangat, kenapa perlu sampai sihir bagai nih! Ya Allah...seram betul weh....Kadang kadang orang yang terkena sihir ni, dia tak sedar dirinya disihir tau..Sampailah orang lain yang nampak perubahan drastik dirinya....

Member aku pun, maknya terkena..ada jiran tak puas hati....Macam macam tempat dibawak berubat...Bukan sekali rawatan je dah terus pulih..Kesian weh kalau tengok keadaan camtu.....

Yang aneh, Bila bawak pergi hospital, nampak elok je..takda sakit yang teruk pun.....Hishhh...Sabar jela yang mampu...Nak lawan, takda kudrat..tapi semangat kena ada untuk lawan balik..Kan..Jangan mengalah dulu! Allah ada, Allah maha Mengetahui...


Moga dijauhkan daripada hasad dengki manusia..dan moga hati ini pun tak tegar nak hantar sihir meskipun marah yang teramat atau benci kepada seseorang.....




Harini kita buat orang, esok lusa giliran kita...Tak takut ker?? Hmm... Teruskan solat, baca ayat Qursi, dan berdoa sentiasa dijauhi perkara sebegini....



Post a Comment

4 Comments

  1. semoga kita semua dijauhkan dari sihir dan seangkatanya.. amin

    ReplyDelete
  2. Bahaya bila kena sihir ni. Kena berubat cepat-cepat dan teruskan berdoa supaya dilindungi.

    ReplyDelete
  3. semoga dijauhkan dari sihir2 ni kan..nauzubillah..
    non, nanti emel bukti screenshot ke syaznirahim@gmail.com ye :D

    ReplyDelete
  4. Semoga kita dijauhi sihir daripada mereka yang berniat jahat pada kita. Aaminn
    Sihir ni dia akan berbalik kepada tuannya juga.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐