Enjoy Dengan Aktiviti di Friendship Fest kat LEGOLAND® Malaysia Resort

Enjoy Dengan Aktiviti di Friendship Fest kat LEGOLAND® Malaysia Resort || Hai korang! Nona nak bagitau baru-baru ni Nona jejakkan kaki ke Legoland bersama-sama adik! Ada apa apa yang terbaru ke? Of course! Sekarang tengah berlangsung Friendship Fest! Inilah first time Nona tengok Legoland time malam.  Ya, sampai 8 malam ye festival ni. 

Disebabkan Nona dah rasa kemeriahannya, dan keseronokannya, Nona nak ajak korang luangkan masa ke LEGOLAND Malaysia Resort! Lebih-lebih yang ada anak atau anak sedara atau anak jiran tu..Hehee..

Adik Nona memang pencinta Legoland (ada annual pass), jadik Nona ajak dia pergi ke sinilah untuk join 'Friendship Fest' yang sedang berlangsung sekarang start dari 3 Disember haritu sehingga 9 Januari 2022 nanti. 

Friendship Fest

''Largest Fun, Built on Friendship''. Nice theme kan? Aku suka tema yang digunakan, dalam bahasa Melayu, maksudnya lebih kurang seperti ini: 'Keseronokan Terbesar, Dibina atas Hubungan Persahabatan.' Betapa kawan-kawan diperlukan agar kehidupan menjadi lebih berwarna warni dan mencipta memori bersama mereka adalah hal yang terindah! 

Jom tengok aku buat apa kat sana?? Yeke untuk bebudak je yang best? Ehhh, ada ler banyak aktiviti. Sambil main main game extreme kat sana atau singgah Sealife, bolehlah ke area pentas nih pulak. Terdapat show show dan aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung. 

Meriah haritu tengok bebudak enjoy dance ikut tarian BBF! Hihi..  Anak anak happy, mak bapak pun senang hati sama..


Friendship fest

Friendship Fest

Legoland

Dorang ni ler BFF! Mia, Emma, Olivia, Andrea dan Stephanie merupakan watak utama yang cerdik, dan menyeronokkan!  Kat sana nanti mereka ajar dan ajak kids dance bersama sama. Tema aktiviti kat sini pun berkaitan BFF tau! Menguji kesabaran, kecerdikan dan kekreatifan anak anak serta ibu bapa. Secara tak langsung membantu dalam proses pembesaran kanak kanak jugak ye.


Legoland

Dah lama tak gi pusat karaoke! Sini boleh ui! Open punya.. Haha..

Legoland

Nurture your love for animals at Mia’s Stables and build a Bella – Mia’s favourite horse!

Yes, seperti dalam gambar di bawah.

Legoland Malaysia Resort

Menguji minda parents dan anak masa pasang lego kuda favourite si Mia tu... Phew!
Aku nak try tapi rasa macam lama masa yang diperlukan..HAHA, Padahal malas, kan?!


Legoland

Stephanie’s Shoot and Score

Diberi peluang shoot sebanyak tiga kali untuk masukkan dalam jaring, next kalau berjaya, dapatlah something seperti bracelet gituh.


Legoland

LEGO DOTS Promotion 

Kena purchase/beli any LEGO Friends atau LEGO DOTS playsets, then korang boleh dapatkan DOTS Bracelet FREE, bawak balik rumah dan buat sendiri gelang tangan ikut suka hati korang nak deko bracelet tu macam mana. Hihi.. Nice! Nanti Nona tunjuk Nona punya di lain entri.. Ewah! 

OH YA!

Aktiviti aktiviti yang best seperti:

1.  Live Performance: LEGO Friends LIVE!
2.  Meet and Greet with Mia, Emma, Olivia, Andrea, Stephanie (Main characters) So cute lah!

3. Lain Lain

🥳 Andrea’s Karaoke booth.
🥳 Mia’s Stables
🥳 Stephanie’s Shoot and Score.
🥳 Emma’s Expressive Art Class.
🥳 Stephanie’s Stepathon.
🥳 Olivia’s Mad Science
🥳 Friends Fun Find.
🥳 Fireworks Extravaganza, 8.00pm - 31 December 2021
🥳 LEGO Friends Xmas Special.
🥳 Advent Calendar Draw bagi pembelian melebihi RM50 di LEGOLAND Retail Store.
Farewell Show.

❤️Pertandingan/ Contests:

🎉 Andrea’s Catwalk Contest.
🎉 Mia’s Speed Building.



Legoland Malaysia Resort

Tingginya pokok! Haaa..datang sini dan tengok sendiri 9 meter LEGO® DUPLO Xmas Tree Light Up nih! 


Jangan lupa yang ni:

Embrace 2022 with a spectacular light show with a LEGO twist at the Fireworks Extravaganza at 8.00pm on 31 December!

Nanti ada bunga api malam 31 Disember tu ui! Pukul 8 malam, jangan tunggu pukul 12am. Hihi.. Mesti gempak kan!



Okaylah, kalau korang berminat nak tahu lebih details tentang harga, promotion atau aktiviti lain yang menarik dan tertarik, boleh baca pasal Building Lasting Memories and Awesome Friendships at LEGOLAND® Malaysia Resort.




Post a Comment

5 Comments

  1. Bestnyaaaa.. bila ada rezeki nak masuk ni..

    ReplyDelete
  2. wow..jarang² berlaku kan legoland bika smpi kol 8

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa gi Legoland. Lama tak pergi. Kemain cantik pokok krismas lego dia

    ReplyDelete
  4. Menarik dia punya aktiviti. Meriah betul. Mesti ramai aim nak ke Legoland masa 31 tu kan. Boleh tengok bunga api sekali.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!