Elak Buat Tiga Cara Ini Bila Air Masuk Dalam Telinga

Elak Buat Tiga Cara Ini Bila Air Masuk Dalam Telinga

Elak Buat Tiga Cara Ini Bila Air Masuk Dalam Telinga  || Rasanya kita semua pernah dimomokkan dengan kepercayaan di mana perlu mengetuk telinga lagi sebelah jika air masuk dalam telinga. Aku punfikir benda sama weh!

Ini kerana aktiviti seharian yang biasa seperti mandi di dalam bilik air juga boleh mengakibatkan keadaan ini berlaku lalu menyebabkan ketidakselesaan.

Persoalannya, apakah yang perlu dan tidak perlu dibuat untuk mengeluarkan air masuk dalam telinga?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih mendalam lagi!

Bahaya air masuk dalam telinga…

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua tahu akan bahayanya terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu perkara yang normal dan biasa terjadi kepada setiap individu.

Ini kerana kita semua sangat kerap terdedah kepada air terutamanya ketika membersihkan diri sendiri.

Bayangkan, aktiviti seharian seperti mandi di bawah pancuran air, di dalam tab, jakuzi, kolam atau laut sudah pasti akan mengakibatkan air masuk dalam telinga.

Meskipun ia normal dan biasa, kalian tidak harus memandang ringan akan perkara ini kerana ia boleh mengakibatkan bahaya terhadap kesihatan jika dibiarkan begitu sahaja.

Bahaya yang diperkatakan itu adalah anda berisiko terkena jangkitan otitis externa atau lebih dikenali sebagai swimmer’s ear.

Apakah ia? Ia adalah sejenis jangkitan yang berpunca daripada bakteria!

air masuk telinga

Jika dijangkiti dengannya, inilah yang akan terjadi kepada telinga anda:

Disebabkan itu, adalah penting untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga dengan cara yang akan kami nyatakan di bawah nanti.

Apa yang perlu dibuat?

Air yang masuk dalam telinga mungkin akan menyebabkan anda kekurangan atau kehilangan pendengaran yang boleh jadi bersifat sementara atau kekal jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan susulan.

Jadi, apa yang perlu dibuat sekiranya keadaan ini terjadi?

  • Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembut
  • Sengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluar
  • Tarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran air
  • Gunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendah
  • Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospital

Sekiranya anda tiada masa untuk ke hospital, tiada masalah ya!

Kalian boleh membuat ubat ini sendiri di rumah dengan cara campurkan cuka dengan alkohol dan letakkan 1 sudu kecil sebatian ini ke dalam kedua-dua telinga.

Selepas itu, tegakkan kembali kepala anda yang disengetkan untuk memasukkan sebatian ini dan biarkan sahaja air mengalir keluar daripada telinga dengan sendiri.

Pun begitu, adalah sangat disarankan untuk kalian pergi berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan sebarang diagnosis mengenai telinga yang dimasuki air.

telinga berdesing

Apa tidak perlu dibuat?

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu cara yang betul untuk mengeluarkan air daripada dalam telinga melalui 5 langkah yang kami berikan di atas tadi.

Berbalik pula pada persoalan utama artikel ini iaitu apakah 3 perkara yang menjadi pantang larang tersebut?

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa pantang larang yang kalian mesti patuhi jika cuba merawat keadaan ini.

Ramai individu melakukan kesilapan ketika berusaha untuk mengeluarkan air daripada telinga tanpa menyedarinya.

Ketahuilah bahawa penggunaan teknik yang salah boleh mencederakan bahagian dalaman telinga kalian.

Bukan itu sahaja, ia juga mungkin akan meningkatkan lagi risiko telinga untuk mendapat jangkitan lebih teruk.

Oleh itu, JANGAN buat 3 perkara ini jika air masuk telinga:

  • Menggunakan putik kapas kerana ia akan menyebabkan tahi telinga termasuk ke dalam telinga dengan lebih dalam sekali gus menyebabkan jangkitan bakteria lebih mudah
  • Memasukkan jari atau kuku kerana ia hanya akan menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman atau sekitar lubang telinga
  • Menitiskan ubat titis telinga (hydrogen peroxide) sekiranya anda mempunyai keadaan kesihatan atau kelainan pada telinga

Konklusinya, sila buat 5 langkah dan elak 3 perkara di atas ini untuk menyelesaikan masalah air masuk dalam telinga anda okay!

pekak sebelah telinga

Air masuk dalam telinga, jangan dibiarkan!

Mungkin ramai yang menyangka bahawa tiada apa yang perlu dibuat jika air masuk dalam telinga kerana ia akan keluar dengan sendiri.

Ya, pemikiran sebegitu mungkin ada benarnya namun ketahuilah bahawa kalian juga berisiko mendapat jangkitan bakteria yang teruk.

Oleh itu, jangan sesekali anda membiarkan sahaja perkara ini berlaku tanpa berbuat sebarang tindakan.

Dalam pada itu, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati bukan? Jadi sila elak ia daripada berlaku!

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu menggunakan alat penutup telinga atau topeng penutup telinga ketika melakukan aktiviti yang melibatkan air.

Tidak kira sama ada kalian mandi di dalam bilik air rumah sendiri atau di takungan air awam, langkah ini wajar diamalkan untuk langkah berjaga-jaga.

Atau lebih mudah, sumbatkan sahaja dengan putik kapas sebelum masuk mandi! Namun diingatkan agar kalian tidak memasukkannya terlalu dalam ya?




Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Post a Comment

5 Comments

  1. Sis kalau air masuk telinga, pertama Sis check dulu telinga mana, then senggetkan kepala, kalau dah keluar airnya, okay selamat.. kalau masih berdengung, Sis akan loncat-loncat hahaha..lama-lama airnya akan keluar..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang bagus, sebab selalu orang akan panik bila air masuk telinga, dan akan buat apa2 saja

    ReplyDelete
  3. Hal-hal yang berkaitan telinga ni, kalau dah sampai sakit sangat kena rujuk ke Jabatan Otorinolaringologi (ENT) hospital. Bahaya kalau dibiarkan, takut infection.

    ReplyDelete
  4. biasa wak akan masukkan air dlm telinga n tonggekkan air keluar sama2.. sslalu berjaya 😅😅😅

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .