Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat, Johor

Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat, Johor

Mendaki Gunung Banang, Batu Pahat, Johor || Alhamdulillah. Masih bernyawa..Weekend pergi mana tu? Maybe Gunung Banang boleh jadi tempat korang luangkan masa untuk beraktiviti bersama...ataupun boleh bagitau saudara lain untuk keluarkan peluh di kawasan sini... 

Ya, aktiviti mendaki Gunung Banang, Batu Pahat, Johor. Ini kisah November lepas sebelum start semula PKPB kat Johor. Aku datang sana untuk ambil keretaku yang dah siap dibaiki setelah kecelakaan pada raya haji yang lepas. Entri di SINI. Fuh, seram bila diingat semula~

Maka berjumpalah kami geng Batu Pahat! Eh, tiber jadi geng Batu Pahat! HAHAHA..Lama behtul tak jumpa budak berdua ni, yela, memasing jauh...dan busy dengan single life kan... KAH, KAHH! So malam tu dating sampai dekat pukul 12 malam, esoknya pepagi gigih pula panjat gunung weh!! 

Dalam hati aku,'kalau hujan, takyah panjat!'. Tengok keesokan harinya, tak hujan pulakkk der ... Hahahaa, so kena procede. Tahu ker ini idea sapa?? Huhu...  Idea Fiza! Alang alang Ziqah pun setuju! Siapakah dorang ni?? Ar scroll ler lagik sambil tengok keindahaan alam semulajadi~

Let's!

Ketinggian Gunung banang ialah 1402ft. Ada jalan tar disediakan untuk sampai ke atas. Cuma time betul betul nak dekat dengan puncak tu, dah takda jalan tar daaa..lalu jalan tanah dan semak sikit.. Kalau jenis expert, maybe bolehlah lalu dalam hutan tu...

Disebabkan kami memilih lalu jalan tar (nak kejar masa), so perjalanannya sedikit mudah, kerana tidak terlalu berliku tapi tetap ada cabaran di sudut lain tau! Nak tahu apa? Baca lagik! Hehe..

Hutan Semulajadi.

TENANG.


We are here !
Pertama ali jejak kaki ke sini, dan pertama kali hiking bersama mereka berduaaaa..

Semangat memasing! Segar plak mata datang sini.. hehe.. 



Mencabar!

Kenapa mencabar? Sebab treknya ni ada part yang sedikit mencuram walaupun jalan tar je.. Ada masanya mendatar..boleh rileks kejap...Ya, walaupun takdalah sampai kena lalu sungai, ataupun semak hutan, ianya tetap mencabar kaki untuk yang tak biasa mendaki...Gigil jugak aku weh!

Dan jalannya ada yang berselekoh..tiba tiba datang van TNB nak naik ke pencawang atas.. Nasib baik bunyiknya tu agak kuat, so kita boleh standby untuk ketepi...Beberapa kali jugak dorang lalu...Haaa, x sempat nak baring kat atas jalan. Lol..

Ada kelompok manusia yang kami jumpa memang laju je, kami tak sampai lagi atas lagi, mereka dah turun.Hahahaa..Tapi kitaorang slow and steady gitu...Menikmati alam sambil borak dan selfie! Inilah masa untuk bertenang sekejap, dan cerita apa yang kami nak.. Bergambar sudah tentuuu banyakk! 


Pakai Palazo, kasut sukan pun pinjam Fiza, 
sebab tak plan awal pun..so pakai apa ado! 
Tapi still kena pakai kasut sukan, tak berani kalau guna selipar or sandal sahaja.. Safety first! Ewah!


Well actually, kat sini ada dua Peak point yo..Satu tu, kedudukannya agak bersemak, banyak rimbunan pokok .. tapi bila panjat batu besar tu, haaa..nampak ler sekitar kawasan Gunung nih...and lagi satu tu, tempatnya lapang sikit..

Sampai! Puncak yang pertama...

Tadaaaaa, kat bawah ni..lagi satu puncak...

Puncak kedua dan check point last..

Yayy! Sampai! 
Tenaga wanitaaaa..Tibber!!
Meskipun terasa berat badan, berat perut, lenguh kaki, tumit pedih (tak pakai stokin), namun begitu....sampai tetap kena sampai!

Yang paling depan, namanya Ziqah yang cute..i nak slim macam diaaaaa tau! Yang paling belakang tu namanya Fiza Lilacboom. Dialah yang ajak kitaorang ni, dan bagi pinjam kasut joggingg tu ha..



Peak point kedua, bolehlah bergambar tiga orang cam kat atas ni...ada ruang..Hehe..Thanks dua orang budak yang tolong amekkan gambar kami...Nampak muka macam student..Nasib dia ramah nak amekkan gambar..maybe tengok kami lama sangat kat situ duk cari pencahayaan..Haha..


Syok juga mendaki Gunung Banang! I love it..
Boleh datang lagi ah nanti!


Sayang budak dua ketul nih!
Moga bertemu jodoh segera.. AMIN!

Dah, jom turun! Nampak demok Nona ye..

Thanks korang spend masa layan orang JB datang BP! Mendaki kita bersamaaa! Hahaa..
Aku hargainyaaaa! Nanti lepak JB pulak eh!


TIPS 
Salah satu cara nak turun dari bukit atau gunung yang curam kat jalan tar, kita haruslah berjalan secara reverse ke belakang..atau buat bentuk S masa turun tuh..Aku buat bentuk S, memang laju gila kedepan...Bila reverse pulak, kurang sikit rasa sakit kat hujung jari kaki..Huhu..

Untuk hiking, kena always berhati hati..Pakai kasut dan pakaian yang sepatutnya..walaupun mungkin kau dah handal...no komen lah yang tu..


Puas hati dapat hiking Gunung Banang nih!
Syukur selesai dengan selamat.....


Korang yang nak ke sini, waze je namanya...pasti jumpa...Cuma park kenderaan tu kena hati hati...














Sedikit pasal Gunung Banang (info from Google)

Dalam filem klasik terbitan Malay Film Production Limited pula, Gunung Banang digambarkan kawasan pergunungan indah didiami seorang puteri bunian jelita yang membantu seorang pemuda hodoh dan miskin menjadi kacak serta kaya kerana hatinya yang baik, jujur dan rajin.


Kesahihannya? Wallaualam..Tapi takda pulak benda pelik pelik semasa aku ke sana. Syukurlah! 


Post a Comment

19 Comments

  1. wah seronoknya hiking. aktiviti yg sihat ni

    ReplyDelete
  2. Bukan calang calang hebat naik gunung tu. steady nona dengan berpalazo tu ha..cantik view kat peak.kehijauan dari atas. tahniah berjaya sampai ke puncak gunung. Pertama kali dengar nama gunung ni. almaklumlah dah lama tak hiking. kurang ambil tahu sikit.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik view.. sy suka.. hehe.. Thank you.. x tinggi mana pun.. tapi lenguh tu terasa gak.. hahaa.. Nama gunung ni pun sy tahu bila kawan dah pergi... dulu tahu bukit soga tuh je... Haha

      Delete
    2. lenguh tu harus..hehe.alamak, bukit soga pun baru dengar gak ni :)

      Delete
  3. bestnya hiking, i suka juga tapi tadak geng huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lahhh. yeke... try masuk group2.. mesti jumpa... tapi sy mmg ada member yg suka benda benda gini.. hehe

      Delete
  4. Assalamualaikum, nak tanya ...masuk gunung banang ni perlu bayar apa 2 ke, pastu perlu ada permit ke nak masuk atau boleh masuk terus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya ke sini, tak perlu bayar apa apa, dan tak perlu permit.. Jaga keselamatan sendiri memasing.. Masuk jer terus.. hehe

      Delete
  5. Seronoknya dapat hiking...mmg healing.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sdri. Saya nak dapatkan sikit maklumat mengenai pendakian Gunung Banang. Adakah perlu permit masuk hutan simpan? Berapa lama masa di ambil untuk sampai ke puncak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .