AWAS! Letih dan Loya Antara Simptom Utama Lapan Penyakit Hati Ini!!

AWAS! Letih dan Loya Antara Simptom Utama Lapan Penyakit Hati Ini!!   || Sakit Hati? Err, bukan sakit hati dengan manusia sekeliling tu.. tapi sakit hati pada tubuh badan ni.. Ada banyak petanda tau.. Lagi lagi kalau berat tetiba mendadak turun tanpa sebab.

Korang tahu kan, hati merupakan organ yang paling kuat bekerja dalam tubuh kita. Namun ia juga terdedah kepada isu kesihatan serius. Ini antara lapan jenis dan gejala penyakit hati yang boleh terjadi kepada sesiapa saja!


Gejala penyakit hati

Hati memainkan peranan besar berkaitan fungsi tubuh. 

Ia membantu proses pencernaan makanan, mengubahnya menjadi tenaga dan menyimpan tenaga tersebut untuk kegunaan masa mendatang.

Organ ini juga berfungsi dalam menyaring bahan toksik daripada darah.

Maka jika hati tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan masalah penyakit hati, ia mungkin menyebabkan wujudnya potensi kesan kesihatan serius. 

Oleh sebab itu, amat penting untuk anda mengenal pasti sebarang gejala penyakit hati agar ia boleh dirawat segera.


1. Gejala umum masalah penyakit hati

Gejala penyakit hati adalah berbeza bergantung kepada penyebabnya. Tetapi ini antara tanda biasa dialami, seperti:


Mata dan kulit kuning (penyakit kuning)

Air kencing gelap

Najis pucat, berdarah atau hitam

Pergelangan kaki, tangan atau perut bengkak

Loya

Muntah

Penurunan selera makan

Keletihan berterusan

Kegatalan kulit

Mudah mengalami lebam

2. Gejala hepatitis

Merupakan masalah keradangan hati disebabkan virus, mengakibatkan bengkak dan menjejaskan fungsinya.

Hepatitis virus boleh menular dan tersebar melalui kontak dengan makanan, air atau cecair tubuh yang tercemar seperti darah atau air mani.

Ia bermula dengan simptom selesema. Kemudian wujud tanda lain seperti:

Keletihan atau tidak bertenaga

Sakit otot dan sendi

Sakit abdomen

Loya 

Muntah

Selera makan menurun

Air kencing gelap dan najis pucat

Penyakit kuning


3. Gejala penyakit hati berlemak

Berlaku apabila terdapat kandungan lemak berlebihan di dalam hati. 

Ia menyebabkan organ ini membengkak dan keradangan – boleh mengakibatkan sirosis (parut) yang boleh merosakkan hati secara kekal


Terdapat 2 jenis:

Penyakit hati berlemak alkohol – kesan pengambilan alkohol jangka panjang

Penyakit hati berlemak bukan alkohol – berlaku tanpa sebab jelas

Pada peringkat awal penyakit hati berlemak, alkohol tidak menimbulkan simptom. Tetapi ada yang mengalami kesakitan pada bahagian kanan perut.

Semakin ia berkembang, ia boleh menyebabkan:

Demam

Loya dan muntah

Penyakit kuning

Penyakit hati berlemak bukan alkohol mungkin mempunyai sedikit atau tiada gejala pada peringkat awal. 


Tetapi lama-kelamaan ia mengakibatkan:

Rasa letih dan lemah

Penurunan berat tanpa sebab

Hilang selera makan

Penyakit kuning

Kulit gatal

Kaki dan perut bengkak




4. Keadaan genetik

Genetik turut boleh menyebabkan wujudnya masalah penyakit hati, seperti:

Hemochromatosis keturunan – Tubuh menyimpan zat besi secara berlebihan dalam hati

Penyakit Wilson – Hati menyimpan tembaga sehingga wujud kesan sampingan

Kekurangan alpha-1 antitrypsin – Biasanya dihasilkan dalam hati

Gejala yang dialami adalah berbeza mengikut keadaan, antaranya:


Keletihan dan lemah tenaga

Sakit sendi

Sakit abdomen

Tiada selera makan

Kaki dan perut membengkak

Penyakit kuning


5. Gejala penyakit hati autoimun

Penyakit autoimun merupakan keadaan melibatkan sistem imun menyerang tisu sihat dalam tubuh.

Dalam kes ini, ia menyebabkan sistem imun menyerang hati dan mengakibatkan keradangan serta parut. 


Masalah penyakit hati autoimun termasuklah: 

Kolangitis bilier primer (PBC)

Kolangitis sklerosis primer (PSC)

Hepatitis imun

PBC dan PSC berkembang perlahan. Tetapi mengembangkan gejala seperti keletihan dan kulit gatal.


Antara simptom lain:

Kesakitan pada abdomen kanan

Penyakit kuning

Kaki dan perut membengkak

Hati, limpa atau perut membesar

Penurunan berat tanpa sebab

PSC juga boleh menyebabkan tubuh menggigil, demam dan peluh malam. 


Hepatitis imun pula berkembang secara tiba-tiba. Sesetengah individu mengalami simptom selesema ringan.

Akhirnya, ia mengembangkan gejala penyakit hati sama seperti hepatitis virus, seperti:

Penyakit kuning

Penurunan tenaga dan keletihan

Sakit abdomen dan sendi

Kulit gatal

Air kencing gelap dan najis pucat

Loya 

Hilang selera makan


6. Simptom barah hati

Merujuk kepada kanser yang bermula pada hati. Karsinoma hepatoselular atau barah hepatoselular (HCC) – jenis kanser hati paling biasa. 


Antara tanda kanser hati termasuklah:

Hilang selera makan

Kehilangan berat tanpa sebab

Kulit gatal

Penyakit kuning

Bengkak dan sakit pada abdomen

Loya

Muntah

Mudah mengalami lebam


7. Gejala penyakit hati sirosis

Sirosis atau parut hati, berlaku apabila hati rosak kesan keradangan atau pembengkakan.

Tiada simptom dialami pada peringkat awal. Uiii ini seram ekk?! Tetapi apabila berkembang, ia boleh menyebabkan:

Letih dan lemah badan

Penurunan selera makan

Berat badan turun tanpa sebab

Kulit sangat gatal

Loya

Bengkak dan sakit pada kaki serta perut

Penyakit kuning 

Pendarahan dan lebam mudah terjadi


8. Tanda kegagalan hati

Kegagalan hati ini boleh menjadi kronik atau akut. Ia sering terjadi selepas sirosis.

Biasanya berlaku pada peringkat akhir masalah penyakit hati, apabila organ ini sudah rosak untuk berfungsi.


Simptom peringkat awal meliputi:

  • Kehilangan selera makan 
  • Keletihan 
  • Loya
  • Cirit-birit 

Gejala peringkat akhir termasuklah:

Keletihan 

Kekeliruan

Koma 

Pengambilan ubat berlebihan, terutamanya acetaminophen boleh menyebabkan kegagalan hati akut.

Antara gejalanya adalah:

  • Sakit atau bengkak di perut kanan
  • Loya 
  • Muntah 
  • Kekeliruan 
  • Penyakit kuning
  • Mengantuk, tidak fokus atau tidak sihat

Jika mempunyai gejala penyakit hati ini, dapat rawatan perubatan segera.

Kegagalan hati secara tiba-tiba berisiko menyebabkan penumpukan cecair pada otak, pendarahan berlebihan dan kegagalan buah pinggang. 




Info: Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



4 comments:

  1. kalo berkaitan dgn penyakit hati ni selalunya sinonim dgn bdn menjadi kuning.. anyway, nice info ni.. tq sis

    ReplyDelete
  2. Kena berhati-hati kalau kulit sudah kuning.

    ReplyDelete
  3. Gejala dia nampak macam biasa macam kurang selera dan letih tu. tapi tak sangka gejala macam tu sampai jadi penyakit hati. Thanks share.

    ReplyDelete
  4. thank you sharing.. sbb tak pernah tau pun ttg ni

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐