Covid 19 Boleh Menyebabkan Mati Pucuk??

Covid 19 Boleh Menyebabkan Mati Pucuk?? || Aku pun terkejut bila baca pasal ni! Ha, nak tahu ye ke tak...baca ler sampai habis sebabnya, ok? 

Nah, aku share sedikit berita buruk untuk kaum lelaki yang terkena gejala Covid 19 ni:

Covid-19 meningkatkan risiko disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk hampir 6 kali ganda, menurut data daripada kajian pertama yang menyiasat hubungan antara ED dan COVID-19 pada lelaki muda. Angka awal juga menunjukkan, mati pucuk meningkatkan kerentanan lelaki terhadap jangkitan SARS-CoV-2!


Tambah lagi, golongan lelaki dengan masalah mati pucuk lebih cenderung sebanyak 5 kali ganda menghidap Covid-19. Bagi lelaki dengan sejarah Covid-19 pula, anggaran risiko untuk terkena ED adalah 5.66 lebih tinggi. Angka tersebut kekal sama walaupun faktor lain telah dipertimbangkan.

Penyelidik dan doktor, seperti Dr. Rahul Mehan, Ahli Urologi di Banner Health di Mesa, AZ, melihat hubungan antara virus Covid-19 dan mati pucuk.

Dr. Mehan telah menyaksikan peningkatan yang signifikan pesakit ED baharu semasa pandemik, terutama lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

Tambah beliau lagi, jangkitan koronavirus memicu tindak balas keradangan yang sangat kuat di seluruh badan, dari hati hingga otak kita, jadi tidak menghairankan disfungsi seksual juga turut terkesan.



Apakah bukti di sebaliknya?

1 kajian mendapati, orang yang dijangkiti virus korona lebih daripada 5 kali, lebih cenderung menghidap ED!

Dalam 1 kajian kecil yang lain pula, para penyelidik mengambil sampel tisu zakar daripada 2 orang lelaki yang telah dijangkiti Covid-19.

Seorang mengalami simptom yang teruk, manakala yang seorang lagi bergejala ringan.

Sampel diambil sebelum kedua-dua lelaki terbabit menjalani pembedahan untuk gejala mati pucuk yang teruk.

Para saintis mendapati, zarah virus Covid-19 dan disfungsi endothelial terbentuk lama selepas mereka pertama kali dijangkiti.

Pun begitu, masih terlalu awal untuk ketahui dengan pasti kesan jangka panjang virus ini terhadap kesihatan seksual dan reproduktif.

Hubungan antara jangkitan koronavirus & mati pucuk


#1 Pembuluh darah di zakar rosak

Tahukah anda, terdapat beberapa saluran darah yang kecil dan rapuh di zakar?

Selain membekalkan darah ke bahagian bawah badan, ia juga penting dalam membekalkan aliran darah ke organ pembiakan dan membantu ereksi.

Buat sesetengah lelaki, Covid-19 berupaya mencetuskan hyperinflammation di dalam badan, yang dapat memicu pembekuan darah kecil serta keradangan pada lapisan saluran darah.

Lantas, bekalan darah ke zakar boleh tersumbat atau menyempit, menjadikan pesakit lebih sukar alami ereksi.


#2 Sel di testis yang rosak

Testosteron, yang juga penting untuk ereksi, ternyata tidak ‘kebal’ terhadap kesan Covid-19.

Kajian terbaru menunjukkan, Covid-19 boleh menurunkan tahap testosteron dan kesuburan lelaki.

Menurut Dr. Mehan, virus korona memasuki sel dengan bantuan protein ACE2.

Virus ini menggunakan ACE2 untuk menjangkiti testis. Disebabkan testis adalah tempat testosteron dan sperma lelaki dihasilkan, virus ini juga dikatakan berupaya menjejaskan ereksi dan kesuburan.

Secara khususnya, 1 kajian di Itali mengesan tahap testosteron yang lebih rendah pada lelaki yang telah pulih daripada Covid-19.

Kata Dr. Mehan, perkara ini harus menjadi peringatan buat lelaki yang mengalami ED, agar memeriksa hormon mereka untuk memastikan testis berfungsi dengan baik.


#3 Impak kepada kesihatan mental

Tidak dinafikan, pandemik ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada kesihatan mental kita.

Lebih-lebih lagi dengan keperluan isolasi, jarak sosial, kematian ahli keluarga atau rakan, serta kekangan ekonomi.

Maka, tidak mustahil ia boleh menjejaskan libido kalian, kan?

Tambah Dr. Mehan, aktiviti seksual amat berkait rapat dengan kesihatan mental.

Untuk mempunyai fungsi seksual yang baik, anda perlu memiliki kesihatan mental yang sihat!


#4 Kesihatan menyeluruh yang buruk

ED biasanya menjadi indikasi kepada masalah kesihatan lebih besar yang memerlukan perhatian.

Jika kesihatan kalian sudah pun berada di tahap yang buruk, anda lebih cenderung mengalami ED dan berisiko lebih tinggi dijangkiti Covid-19!

Covid-19 mampu mempengaruhi jantung dan memburukkan lagi kondisi kardiovaskular yang sedia ada, seperti miokarditis, arteri, acute cardiovascular events, dan sejumlah besar komplikasi lain.


Merawat masalah mati pucuk!

Covid-19 sudah cukup menyusahkan dan menyekat kebebasan hidup kita, ditambah pula dengan masalah ED sebagai kesan sampingan, ia boleh menjadi tamparan hebat bagi sesetengah lelaki!

Sekiranya anda telah pulih daripada virus ini dan mengalami ED, dapatkan bantuan daripada doktor atau pakar urologi terlebih dahulu sebelum kalian mendapatkan pil biru (Viagra) atau alat bantuan lain.

Doktor akan bantu menentukan penyebab mati pucuk yang anda alami dan menawarkan beberapa rawatan sebagai solusi.

Salah satu cara mengurangkan risiko terhadap kesan sampingan Covid-19 adalah dengan mendapatkan vaksin!

Tiada bukti menunjukkan vaksin Covid-19 dapat menyebabkan ED atau memburukkannya.

Lagipun, bukankah mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati?


Akhir kata, sentiasa lindungi diri dan orang di sekeliling dengan terus mengikuti garis panduan dan SOP ditetapkan kerajaan, serta dapatkan suntikan vaksin tanpa waswas jika layak ya!


Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



3 comments:

  1. Bahaya ini kalau lelaki belum ada anak alami.

    ReplyDelete
  2. Teruk jugak kesan dia kan kalau dah pernah positif covid19 ni.

    ReplyDelete
  3. Ahh sudah macam macam pulak isu kesihatan disebabkan COVID ni. Semoga yang baik baik je.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐