Resepi Spaghetti Bolognese Simple Cara Aku

Resepi Spaghetti Bolognese Simple Cara Aku || Selalu makan spaghetti kat luar, jarang masak kat rumah ni...Tapi haritu teringin try air tangan sendiri, malas order order. Jadi kita pun masak sambil buat reels...Hahahahaha ..Ada reels kat IG aku pasal masak ni je pun. . Asalnya nak ikut Che Nom punya resepi, tapi banyak pulak bahan tambahan. So aku derhaka sikitlah dengan resepi yang ada.Hubu..



Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk pasta:
    • 2 liter air
    • 500 gram spaghetti
    • 2 sudu kecil garam
    • sedikit minyak zaitun
  • Bahan-bahan untuk sos Bolognese:
    • sedikit minyak masak. Sepatutnya minyak zaitun lagi elok.
    • 1/2 biji bawang Holland
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 biji karot
    • 8 biji cendawan
    • 400 gram daging kisar
    • sos Bolognese
    • 3-4 sudu besar tomato puree
    • sedikit air pasta
    • serbuk parmesan
    • sedikit garam
    • sedikit gula (jika perlu)
    • 1/4 cawan susu full cream
  • Cara-cara

    1. Cara-cara untuk pasta:
      1. Rebus spaghetti.
      2. Masukkan air kedalam periuk yang besar dan masak air sehingga mendidih.
      3. Masukkan garam secukupnya.
      4. Setelah mendidih, masukkan spaghetti kering.
      5. Terus kacau spaghetti supaya spaghetti tidak melekat antara satu sama lain.
      6. Rebus mengikut berapa minit mengikut arahan di packat pasta.
      7. Setelah pasta lembut sikit tapi tak terlebih kembang, tapis dan gaulkan dengan sedikit minyak zaitun.
  • Cara-cara untuk sos Bolognese:
    1. Simpan sedikit air rebusan spaghetti untuk kita masukkan dalam kuah nanti.
    2. Potong dadu bawang holland dan carrot.
    3. Cincang halus bawang putih.
    4. Hiris kecil cendawan butang putih 
    5. Panaskan sedikit minyak masak. Guna minyak zaitun lebih elok
    6. Tumis bawang holland sehingga bawang lembut.
    7. Masukkan bawang putih.
    8. Masukkan daging kisar dan kacau.
    9. Masukkan carrot.
    10. Kacau dan teruskan masak sehingga kering air daging.
    11. Masukkan hirisan cendawan.
    12. Kacau sehingga cendawan layu sikit.
    13. Kemudian masukkan sos bolognese segera.
    14. Tambah tomato puree.
    15. Masukkan sikit air pasta dan kacau sebati.
    16. Tambah serbuk parmesan dan garam.
    17. Kalau masam boleh tambah sedikit gula.
    18. Akhir sekali tambahkan sedikit susu full cream (optional). Aku ikut jugak yang ni.
    19. Hidangkan dengan spaghetti dan sedikit taburan keju parmesan.
    20. Siap! Baca doa sebelum makan!

    Sekian resepi mudah cara aku! Ada orang tak letak cendawan.. Ikut suka la mu .. Cuma kali ni saja try cucuk mee spaghetti tu dengan sedikit sosej... Sosej dipotong kecil dan rebus bersama.... Ada orang tanya, tu sosej brand apa sebab dalam ada mee . Hahaha .


  • Actually, pernah nampak orang buat dulu, aku rasa menarik . saja lah try.. dalam kuah bolognese tu aku tak letak sosej langsung tau..




    Ok lah.. settle ngidam!!! 

    3 comments:

    1. ya ampun fav sgt ni.. lama tak makan. tgk nona buat trus rasa nak beli bahan nk masak hehe..
      sakit tumit
      sakit tapak kaki
      punca sakit belakang
      kaki bengkak

      ReplyDelete
    2. Style pulak spaghetti cucuk sosej tu. Sedap ni ada taburan serbuk parmesan.

      ReplyDelete

    Thanks For Coming !
    Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
    Take Care Everyone ⭐