Tayar oh Tayar!

Tayar oh Tayar! || Alhamdulillah, baru ada kekuatan nak menaip pasal ni..Huhi.. Ini kisah beberapa minggu lepas di mana keadaan tayar keretaku amat menakutkan weh!! Aku tak sedar pulak bila ianya meletup. Aku bersyukur masih bernyawa... Sobbbs! 

Balik kerja lalu highway, tapi tak rasa tanda tanda tayar ni nak meletop. Dengar bunyi bila dah meletop pun takdak. Haih! Bukak radio kuat sangat kot!

MashaAllah! Seram kitaaaa!

So kisahnya masa tu nak tengok kereta adik aku yang tersadai kat Tesco masa tu.. Sekali tak boleh dibetulkan jugak, maka kena lah tarik bawak ke bengkel. Sekali dah dalam perjalanan tu, abang towing nampak dari belakang....tayar kereta aku dah tak betul! Perghhhh! Cuak! Okaylah, aku pun bawaklah slow slow nak tukar tayar kat bengkel la kiranya..

Agak mendebarkan bila dah keluar bunyik yang menyeramkan dan kereta bergegar. 



And..... Tetiba masa kat trafik lite, ada seorang hamba Allah tegur pasal tayar kereta aku..Borak jap kat tingkap...Hahahaha.. . Aku pun ajak dia tolong sebab takut takut abang towing tu banyak kerja lain nak dibuat..Huhu... 

Terima kasih hero hero yang membantu kami yer...
Moga Allah permudahkan urusan kalian..Amin.


Dua hari lepastu, aku singgah kedai tayar....Tahu tak aku terkejut bila orang tu cakap, tak leh buat kalau tayar tak sama brand. Perghhhh...Baru aku tahu ek...Pening sis dibuatnya... 

Lepas Google, memang betul..cuma ianya tak berapa tepat je nanti ..Bukan tak boleh langsung...Huhu..

Then tunggu lepas beberapa hari, aku singgah kedai tayar lain. Kat situ, baru perasan absorber pulak ada problem....huhu...Macam macam lah...Then tanya sepupu aku.....dia cakap absorber tu keluar minyak, (bocor), errr...memang nampak tak elok..  Berbeza dengan tayar lain yang helok lagik..

Gambar dekat

Ni gambar jauh


Hm..demi keselamatan, aku setuju betulkan. Dua tayar je condition camtu.. Lepastu buat alignment dan balancing tayar pulak...Phewww.....Kemain duit melayang layangggggng gituh... Apa pun, bersyukur masih bernyawa. Alhamdulillah!!! Moga terus selamat....! Terima kasih yang mendoakan dan prihatin terhadap nasibku....Benda dah nak jadi.......



16 comments:

  1. Nasib baik tak ada apa-apa. Tak apa duit melayang, jangan nyawa melayang. gituuuu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye... terpaksa terima.. bersyukurlah... Hehe..

      Delete
  2. alhamdulillah takdak apa2 yang berlaku..kita memang kena berhati-hati dan peka dengan kenderaan kita apabila memandu kan

    ReplyDelete
  3. Uiii ko Nonnn... adoiii nasib laaa tak apa-apa atau bawa di highway ke.. ishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, xde pape . seram uii... Haa. bawak kt hiway pasir gudang tu . memang jalan balik rumah ..

      Delete
  4. Perghhh tgk rupa tayarnya mmg terkejut gak tu.. Nasib xde pape...

    ReplyDelete
  5. Setahu Syu la kan...tayar tak sama brand tak ngape. Janji saiz empat2 tayar sama.Biar betul foremen tu 😂,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa pun alhamdulillah tak ada apa2 jadi kat Nona.Bahaya tau tayar pecah tiba2 ni.

      Delete
    2. Ye.. Alhamdulillah.. xde pape jadik pada saya... sobbs.. fobiaaaaa... Memang bahaya betul la..Kena check sebelum balik kerjaaa

      Delete
  6. Syukur tak ada apa apa yang berlaku. Mujur ada orang tegur. Bertimpa timpa pulak kena tukar macam-macam. Nak tak nak terpaksa jugak keluarkan duit untuk keselamatan juga. Moga digantikan dengan rezeki yang lain. Aaminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuuu .. Terima kasih... Memang terpaksa la kalau bab keselamatan ni.. Sobbbsss!

      Delete
  7. Allahu... this is dangerous.. Alhamdulillah tadak apa2

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐