Cheese Tart Sempena Perpisahan Di Musim Durian

Cheese Tart Sempena Perpisahan Di Musim Durian || Hai! Alhamdulillah, masih bernyawa! Ini kisah semalam, sempena member last day, kita hadiahkan dia dengan cheese tart tapi bertemakan buah durian sebab sekarang kan musim doyan! Haha.. 

Aaaa..comelnya doyan! Huruf I dekat nama Zati tu dah tercomot masa aku bawak.. Jadik 'ZAT' jer!!! Kah! Maap Zati!

Kalau perisa doyan lagi mantap ek! Tapi aku request perisa yang dah biasa makan je... Blueberry dan coklat. Member dah pelik, ingatkan durian tart, dan rasa durian.... Haha...Bentuk jer doyan awak...namun rasanya blueberry dan coklat tau!

Selain daripada tu, cheese kat dalam pun agak tebal woo.. Puas hati!

Shell nya lembut, tapi bukan rapuh, cheese banyak, blueberry dan chocolate filling kat dalam pun sedap rasanyaaa..Tak muak, tak terlalu manis!

Harga siap COD: RM50. Dapat offer ni ..asalnya rm55, COD RM2 


 And benda lain yang menarik is batang durian tu rangup tau, rasa kacang... 

Dari mana dapat idea?  Haritu ternampak ada orang buat design cute ni tapi kat negeri lain.. so lelaju aku cari kat Instagram. Tapi ramai tak buat camni dalam area tempatku..Then orang tu bagi nombor orang yang boleh buat gini, rupanya seller ni aktif kat FB

Lepastu dalam masa yang sama aku mintak nombor seller dengan member aku, dia bagi nombor yang sama uiii .. Barulah aku tahu, dah banyak kali dah kami order dengan beliau rupanya. 

Masa birthday aku, dan birthday kawan, memang kawan aku order cheese tart dari beliau cuma design yang biasa tu..  Maknanya seller ni trusted and handal la... Hehe.. 

Overall, aku puas hati sangat dengan hasil tangan beliau! Sama seperti apa yang kumahukan... Gituh! 

Korang yang berdekatan, area Pasir Gudang, Masai, Seri Alam tu...kalau nak jugak, boleh terjah Facebook beliau tau atau contact seperti info di bawah:







Kepada Izzati: Good Luck! Stay safe, selamat maju jaya dan kuat semangat di tempat kerja baru... Nanti buat entri lain untuk ni .... Hehe...Barulah banyak entri blog aku...Bahahahaha..


Post a Comment

11 Comments

  1. Fuyoo terliur tgk doyan tu hehee.. Klu perisa lagi laa mmg marvelesss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betollll tuuuuu... Kalau perisa doyan lagi marvellousssss gitu

      Delete
  2. Lawanya design sebiji macam durian hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, bukan je cantik... tapi memanggg sedappp .. Hehe

      Delete
  3. Comelnya design cheesetart rupa durian. Sayang pulak nak makannya pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. Sayang sayang tetap kena makannnn.... Saya memang tak sabar nak telan ni masa sampaiiii tu...

      Delete
  4. Comel gila bentukkk durian! Nak makan sayang ni hahaha

    ReplyDelete
  5. cute nya. if perisa durian lagi power tu. salute kat pembuat, creative dan sabar tul dia buat

    ReplyDelete
  6. Cantik buatannya.. Mesti payah sedikit si pembuat membuatnya.

    ReplyDelete
  7. Cantikkk pandai buat. Kalau cheese tak muak tu suka la

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐